Wednesday, July 9, 2014

MAKSUD PUISI HATIKU

KENAPA KURASA SUNYI
(isi hati)

dan kau tanya dalam diam
dengan mata kau biar pejam
bagaimana mampu wujud sunyi
diriuh engkau berdiri 
(hati ni selalu argue, kenapa dirini rasa sunyi sepi dan sendiri. tak seronok. padahal aku punya teman)

satu persatu hilang ertinya
berdikit dikit menyesak dada
mahu kau lari dan bersembunyi 
tapi mana kau harus pergi
(kata dan janji ditabur tapi tak rasa apa apa. tak yakin sebab selalu tak seperti yang diperkatakan. sudahnya setiap kata menyakitkan hati. dah tak sanggup nak pendam. nak luah tapi tak tahu kemana.)

haus tak terpuas lautan
lapar tak terkenyangkan
kau tahu
namun tak kau akukan
(hidup jadi tak menentu, emosi terganggu dan kemurungan sedangkan ada jalan penyelesaian. tapi hati tak sanggup dan masih menafikan, beri peluang)

kau selongkar bumi langit petala
sedang jawabnya lama kau ada
maka perlu apa kau bongkar gali
kalau cuma diletak tepi
(macam macam benda yang diri ni tahu, tapi kutelan n letak tepi, buat2 tak ambil port)

sayu tak terjelas fikiran
rebah tak tersambutkan
kau tahu 
namun tak kau akukan
(sedih dan down.)

apa kau cari yang sebetul betulnya
lama mana begini
bertelanjang jiwanya
apa kau cari yang sebetul betulnya
malam siang berganti
jawabnya tetap sama
(i doesnt want a perfect boy. i just wants someone to act silly with, treats me well, make me happy, cause i had enough with all the things that making me sad & the one who loves being with me more than anything. sekarang aku rasa hati ni mcm tak berjaga. sedangkan aku tahu apa hal nya, aku sendiri menidakkan. dan ia memakan diri dari hari ke hari.)



MENCARI KETENANGAN HATI

perit hati berterusan keadaan macam ni. bila orang tua bersuara, barulah aku mula nak buka mata. masih belum terlambat untuk segalanya. nana sendiri yang perlu pilih jalan mana yang nana nak lalui, samaada jalan yg ceria 
atau yang suram.

hubungan kami lebih kurang 4-5 tahun. satu tempoh yang agak lama sebab aku xpernah in a relationship seserius ini. sayang yang tak berbelah bagi. kami pun telah bercadang untuk punya keluarga sendiri. seseorang telah berpesan kat nana, jika seorang perempuan itu menerima lamaran seorang lelaki, mereka telah dikira bertunang. aku dan dia. entah sejak bila kami bertunang, kami pun tak sedar.

semua beranggapan hubungan kami memang tak ada masalah. mungkin. cuma aku selalu makan hati dan sering kene pujuk diri sendiri dengan layanan yang si dia beri. dah banyak kali kami cuba selesaikan masalah ni. tapi nampaknya tak berjaya. makin hari makin lama, hati makin sakit. sampai satu masa aku rasa tak kisah dengan apa nak jadi.

kali ni, hati ni betul betul terguris. mungkin kami tidak sehaluan. tak sefahaman. sebab sering kali aku tanya dia "paham tak keadaan nana kat sini" dan dia pula menjawab "nana aje nak fikirkan perasaan dan faham nana". sayang, ikatan yang kita ada selama ni pn berpunca dari perasaan. harap si dia sedar akan semua itu. 

sebenarnya banyak yang diri ni tahu pasal si dia. dan mungkin dia tak tahu. nan bagi peluang kedua. peluang untuk terus bersama, sekarang ni tak tahu peluang ke berapa ntah. tak pernah lagi kita dgr peluang ketiga keempat kelima ...

aku jadi muram, emosi dan kemurungan. hingga keluargaku tak kisah jika aku menyendiri. atau melihat aku menangis sampai tertidur. diorang cuba memahami. semalam, datang seorang bapa kepadaku, dia berpesan jangan bersedih jika anda kehilangan, sebab dari kehilangan itu manusia belajar erti kecewa, menyesal dengan sesuatu yang sudah tiada. dan menghargai apa yang masih dimiliki. dari situ juga manusia belajar untuk membahagia.

aku terfikir untuk mengakhiri semuanya. aku sendiri rindu dengan diriku yang periang dan ceria. rindu dengar ketawa sendiri, rindu tersenyum selfie. mungkin dengan perpisahan, kehidupanku akan lebih baik. aku kembali rasa bernafas. even hati sangat tak ingin. tak mampu aku menafikan yang aku sayang sangat dekat si dia. mungkin masa akan membantu aku melupakan segalanya. aku terpaksa. setelah banyak kali mencuba menyelesaikan masalah ini. 

maafkan nana.

mungkin kita sesuai untuk jadi kawan. sebab masa kawan dulu, elok aje awak layan saya. 




keadaan: 75:25 (more less)