Monday, April 26, 2010

SABTU LEPAS CIK NANA FUTSAL & PICNIC..!!

Syok nya bila bersama dengan teman-teman. Selalunya kami akan menghabiskan masa window shopping, makan-makan, service motor, cuci motor, macam-macam lagi lah. Kali ni lain pula aktiviti kami. Guess what..? ermm.. Kami ber FUTSAL. Hahahaaaa... Sound funny but its really cool. beb.. kenapa lah dari dulu kami tak terlibat dengan aktiviti macam ni..? Nana join event ni pun Zaza dengan Iza yang ajak. Office diorang buat sukan bahagian. happening sungguh office diorang ni. Tak macam office Nana. Kelam Suram. Busan. Sentiasa dalam "boring mode" ade jugak lah rasa cam time tengah berkabung kat office ni. Rase nye Nana ajelah yang buat kecoh tiap-tiap hari kat office. Huh! Mesti semua orang dah busan dengar suara Nana tetiap hari and they feel much better bila Nana Cuti. Hahaaa. Maybe ler kan.

Hari tu Nana ajak Kak Via join sekali. Zaza pula ajak Shahrir (Adik dia bukan boyfren tau). Saje je sesekali menyibuk-menyibuk dalam event orang. Hahaaa.. itulah dia Nana. Ada 4 team semuanya - Mashimaro - Teletubies - erm.. lagi 2 tak ingat lah - :p Zaza kata Sharir tak pandai main bola. Tapi bila tengok Sharir main. Ok lah. Tidak lah kaki bangku. Adegan yang paling kelakar and tak dapat Nana lupakan bila Nana sambut bola yang team lawan(Team Iza) nak sumbat dalam goal team Nana. Tak pasal-pasal dapat Penalty. Dooommmbb.. Masuk sebijik goal Free Iza sumbat. Hahaaa.. Time tu Nana blur-blur jugak. Hahaaa.. mungkin sebab dah terbiasa main Bola Tampar kat JPBD. So bila bola tuh dekat je dengan kita nak sambut. Hahahaa.. I wont repeat it again!! never.. and never...!! Lepas je tamat aktiviti bola-bola, Kami ke Templer Park. Senyum lebar ler Nana. Nana memang suka Mandi Sungai or Laut. Walaupun Nana alergy dengan air laut. Pendek kata Nana suka PICNIC!! Best betul bila duduk celah-celah batu air terjun. Perasaan haritu best sangat. Tak tahu lah camane nak gambar kan. Hope next time ade lagi aktiviti macam ni. - Miss it-

Wednesday, March 24, 2010

DAH LAMA CARIK LAGU NIH..BARU JUMPA..AGAK NYA ADA LAH DALAM 4-5 TAHUN..MACAM TAK PERCAYA JER..!!

Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia mengikat pandanganku

Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat kumelupakan dirinya
Terbayang wajahnya di mataku

Ingin kutanya namanya tapi hatiku rasa malu
Tak terucapkan walau sepatah kata
Mungkinkah diriku telah di lamun cinta
Oh hatiku resah selalu

Haruskah daku menyatakan perasaanku kepadanya
Mungkinkah dia kini telah berpunya
Getar hati makin terasa
Bila terdengar suara dan bertentang mata
Kubagaikan bebunga kehujanan
Berkembang mekar di setiap ketika

Tidur malamku tak lena
Asyik teringat padanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya
Hanyalah dirinya bermain di ingatan
Oh tuhan kurindu padanya

I MISS THE OLD TIMER..!!

Pergh..berhabuk..bersawang blog ni..rasenye ade sebulan lebeh aku tak jenguk-jenguk page ni.. Rutin harian sekarang sangat padat. Bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Lepas office hours view ape yang patut kalau balik terus pon tak guna sebab jalan JAMMED giler. Lepas Maghrib baru dapat balik. Sampai rumah selak BUKU skejap sambil-sambil menghadap FACEBOOK. Pukul 11 malam baru tidur. Rutin tak banyak berubah cuma penat bertambah. Bila tidur malam rasa macam tak sedar apa-apa. Punyalah letih.

Monday, January 25, 2010

EN. ISMAIL BIN YUSUF (my PA)

Khamis, 2008 September 18

ANAK YLS KE - 7
En. Ismail Yusop diberi nama. Orangnya kecil dan rendah pula. Ada pula banyak ceritanya. Beliau menetap di Kuala Lumpur, Jalan Ipoh. Seorang usahawan jua dan membuat kerja-kerja sendiri dan mempunyai syarikat sendiri. Isterinya Pn Noraini dan mereka dikurniakan dengan enam orang cahaya mata.Maklumat mereka belum dapat dikeskini lagi.......................kekurangan data-data.Nanti ada maklumat kita akan maklumkan.

Dicatat oleh ABD MUAZ BIN HJ ABD AZIZ
http://yusoflebaisalleh.blogspot.com/

KURANG AJAR BETUL!!


Selamat Pagi. Harini Selasa, 26 Januari 2009. Nana baru balik breakfast. Kerja banayak tapi seru tak sampai lagi. So, nana pun buka lah email. Selak-selak, nana tertarik dengan satu email yang dihantar oleh jamal.hassan1968@gmail.com. Rase macam nak marah pun ada. Tapi kalau boleh nana nasihatkan jangan sensitif sangat hal2 macam ni. Apapun tanggapan orang terhadap kita (MELAYU/ISLAM) dan individu. Kalau kita susah hati sangat entah siapa2 tanggap kita macam2 hidup kita akan jadi very miserable. Kalau boleh kita tumpukan bagaimana supaya mendapat tanggapan ramai orang, tanggapan yang baik terhadap kita. kadang2 kita susah juga nak salahkan seseorang kalau tanggap kita atau bangsa kita yang buruk kerana kelemahan bangsa kita sendiri. Kalau kita boleh kawal emosi dan kemarahan kita itulah ciri yang terbaik.

“Kalau 1 juta orang dalam dunia ini kata kita khinzir tapi kita tidak khinzir, insha Allah kita tidak akan menjadi khinzir, tapi kalau Allah kata kita khinzir, tapi sejuta orang atau semua 10 bilion manusia atas mukabumi ini kata kita bukan khinzir, percayalah kitalah hakikatnya memang seekor khinzir. Kalau benda tu tak benar, jangan susah hati sangat tentang pendapat entah sapa2. Apa kata kalau kita tumpukan kepada punca2 kekuatan kita dan kita bina bangsa kita mengikut agama ISLAM yang sebenarnya, insya Allah kita mohon bantuan Allah swt kepada kita, wallahua'lam. –nana ismail-

Sunday, January 24, 2010

MENCARI JIWA YANG TENANG (it disturb me emotionally)


Bagaimanakah hendak mencari ketenangan jiwa? Ada yang menonton wayang , merokok, mengambil dadah atau berkunjung kepusat hiburan. betulkah itu cara untuk menenangkan fikiran? Mungkin?

Ya. Mungkin. Mungkin untuk SEKETIKA.

TWILIGHT *new moon*


"I can’t believe I am actually watching this"

"Buduh nye pompuan ni, so selfish!"

"OMG people actually paid to watch this?"

"Lembab nyer citer nih..."


Above are among the statement by my other half while watching the latest vampire box office, New Moon..Kesian dia (and other audience sorround him, hi hi hi... )

All in all,
1. it is such a heavy love story drama (tiada unsur lawak langsung!), sesuai for lovebirds
2. Oooooh, I do enjoy watching Jacob's six packs *drool* ;p
3. Agreed with other half, Bella tu memang selfish, she is so feeling-less (tak senyum, tak nangis, tak gelak?)
4. The ayat-ayat cinta script sangat sesuai for mat2 jiwa,casanova or 'ladies' man to further improvise their 'mengayat' skill.
5. Kalau dapat serigala tu pon best jugak..hahhaaaa...~

Note: dearie V, Aimi & Bud, put aside the movie, I had a wonderful evening with you and I am already looking forward to the next date with you :-)

Monday, January 18, 2010

ADA LAGI TENTANG "DIA"

entah kenapa isu tentang "DIA" je yang bermain-main dalam kepala aku ni. Kenapa aku mesti fikirkan tentang "DIA", sedangkan aku tahu memikirkan "DIA", hanya akan membuat aku sakit kepala aje. Kali ini, "DIA" macam nak menunjuk-nunjuk kan sesuatu kepada aku dan rakan-rakan yang lain. Entah kenapa. Daripada kami nak memaafkan, elok-elok hati kami ni nak sejuk, tiba-tiba je rase panas macam dibakar balik. Entah kenapa "DIA", macam ade aje yang tak puas ati dengan aku ni. Aku hanya diam dan bersabar. Nasib baik ada "KAKAK" empat untuk aku luahkan semuanya. Tak sangka pulak "KAKAK" pun dah lama berfikiran macam aku.

Thursday, January 14, 2010

GERAM

Aku tak suka cakap benda berulang-ulang.

Bila aku bagitau benda yang aku tak suka, tolong jangan buat.
Bila aku bagi nasihat, sila fikir bulat-bulat.
Bila aku dah senyap, sendiri mau ingat.

Tapi dalam banyak-banyak hal, aku menyampah bila orang minta nasihat tapi dia taknak dengar. Maksudnya, kamu dah bagi nasihat berbakul-bakul tapi dia tetap macamtu jugak.

Membazir air liur aku je.

Lagi-lagi bila dia ada masalah dengan boyfriend. Padahal kita dah cakap macam-macam dan dia pun beriya-iya mengiyakan apa yang kita cakap. Kemudian kata, "oklah aku akan tinggalkan dia". Tapi esoknya, mereka masih bersama. Dan seminggu selepas itu dia datang jumpa kamu semula dan ceritakan masalah yang sama.

Ye, masalah yang sama.

Aku tak faham lah. Lain kali kalau rasa nak bersama sampai mati, jangan tanya lagi pendapat orang lain sampai menyakitkan hati. Kau terima jelah apa pun pukulan, sepakkan yang boyfriend kau bagi.

Tadah je sampai bernanah.
Sebab bila kau asyik cerita yang sama, kau buat aku jadi menyampah.

Akhir sekali aku nak ingatkan, walau macamana pun masalah kita. Jangan lah sampai mengganggu gugat orang sekeliling, kerja di pejabat dan juga hubungan baik orang lain. Tak baik simpan HASAT DENGKI kat orang. Kau yang cari masalah, pandai-pandai lah kau selesaikan. Harap kau faham dan aku nak benda ni berakhir sampai sini je. Tolong jangan hantui hidup aku lagi. –END-

RINDU

Walaupun aku bukan seorang penulis. Tapi rase rindu tetap ada. Dah lama tinggalkan Blog ni. Kalau nak di ikutkan, banyak benda menarik yang nak di kongsi bersama. Memandangkan mood yang tak menentu dan kesibukan.

Sibuk di pejabat.

Sibuk dengan hal-hal lain.

Aku terlupa tentang annesamuel.blogspot.com.

Tunggu je lah bila ribut kabut ni dah reda. Aku akan publish sebaik mungkin.
Sekarang - aku mood aku kacau bilau
Mungkin diganggu oleh "SESUATU"....

ikuti kisah seterusnya..

JANGAN BUAT LAGI

Menerima kekurangan orang lain itu kadang-kadang boleh buat kita sakit jiwa kan? Menahan rasa marah. Rasa geram. Rasa nak sepak. Rasa menyampah. Lagi-lagi kalau benda tu berlaku live depan mata. Kena tingkatkan mutu kesabaran. Last-last apa yang jadi?

Menangis macam budak kecil yang tak dapat cikedi 20 sen.

Tolonglah berhati mulia sikit. Kalau orang dah cakap tak suka, jangan ulang lagi. Itu yang boleh buat gaduh berkali-kali. Tolong lah bersikap bertanggungjawab sikit. Tolong lah faham keadaan di sekeliling kita. Allert lah sikit.
Sebab aku takkan buat benda yang orang lain dah sound aku tepat. Kalau orang tu tak suka dan dah remindkan aku, aku akan selalu ingat. Aku tak suka nak buat orang tak selesa dengan aku. Dan sebab itu aku pun harapkan, orang lain pun macam.

Masalahnya, tak semua macamtu.
Terpaksalah garu hati dengan garfu.

Sakit wei