Wednesday, February 25, 2015

HAPPY 26TH BIRTHDAY NANA

Hadiah harijadi tahun lepas (2014) 

11 Novermber 1988, my birth date. 

11 November  2014 genap 26 tahun, and i feel old. Dahi pun dah terang terang berkerut .

Since nana kenal dale, kami tak pernah ada peluang nak celebrate birthday nana bersama. Selalu ada aje penghalangnya. First year, dale kerja. Outstation. Masa tu dale kerja under Nilam, kene jaga event Petronas dekat Pantai Timur. 

Nak cerita pasal tahun 2014 pulak, still the same. Jarak kami lebih kurang 500KM . Kalau travel ikut jalan darat lebih kurang 8 - 10 jam tapi kalau naik flight sejam je. Dale dekat Langkawi. Ada kerja sikit nak di settlekan dekat Langkawi Branch. Masa ni dale kerja dengan SopanSantun.

Sedihnya laaa rasa bila big day kita, yang tersayang takde kat sisi. Ntah kenapa rasa sedih sangat. Seminggu lepastu, dale balik. Muka nana, monyok, moncong je. Tanda mogok. Tapi nana jugak yang ambil dale dekat KL Sentral. 

Dua tiga hari, dale masih busy dengan kerja dia dekat KL pulak. Lagi bertambah moncong lah nana. Ntah macam mana tiba tiba, satu malam, nana dapat kotal dari dale. Buka buka ... Tadaaaa ...
Kickers Leather Wallet in Red, special made dengan nama nana print dekat bahagian dalam. Ohhh .. teruja .. speech less .. tapi mulut ni terlepas pulak cakap "Alllaaaa.. tak best .. takde tempat duit syiling.." .. Tetiba muka dale berubah. Sambil cakap "Terima ajelah I belikan khas untuk you, special as birthday present". Nana balas "Thank You Sayang. I Love You".

By the way, nana memang nak mencari wallet. Tapi tak de yang berkenan. Asal pergi shopping mall, ternampak kedai jual wallet, singgah. Tapi tak de yang berminat. Wallet sekarang banyak yang tak tahan. Dalam dia kain nipis aje. Pakai sekejap koyak. Harga tetap ratus ratus. Alhamdulillah, dapat hadiah dari dale. So, wallet lama yang dah koyak tu dah masuk dalam kotak khazanah. hehheee .. 

Thanks again Sayang !!


Kickers Leather Wallet in Red

 Special Made for Me

Birthday Cake - Celebrate dengan lovely family

Birthday Wish from Family

and few Birthday Wishes yang nana sempat nak Screenshot !!


WAN WARDED

KringKring .. Kring Kring .. Kring Kring Kring ...
As usual kalau telefon bunyi nana dan nana tak perasan.

Setengah jam lepas tu baru teringat nak tengok handphone. 10 missed call dari Aunt Ipah.
Aunt Ipah ni adik kepada mak nana. Lebih mesra dipanggil Mak Pah. Umur kami tak jauh beza pun. Dia duduk dengan wan kat kampung. Ada anak sorang. Nama anak dia Nazri tapi kitorang satu family panggil dia TOET.

Berbalik kepada 10 missed call tadi, kelam kabut nana telefon balik. 
Terkejut yaw .. 10 kali macam urgent je. 

PotpetPotpetPotpet...

Rupanya, MakPah nak bagitahu wan accident. Accidently tercurah air panas dekat badan sampai kulit habis melecur, masak dan jatuh sendiri .. Mula mula buyninya tak seram .. bila dengar jatuh sendiri terkelepet .. terus nana berdebar. End the conversation then call mak. Bagitahu mak. 

Mak terkejut. Mak pun call MakPah.

..................................................

Nana dapat info wan dibawa ke HKL. Dapatkan rawatan dekat HKL. Eh, mula mula nana argue kenapa jauh sangat. MakPah cakap senang. Sebab dekat dengan CikZal. CikZal yang paling concern sekali pasal wan. So, balik kerja haritu, nana terus singgah HKL. Lawat wan. Kebetulan opis nana dengan HKL dekat sangat.

Wan masuk wad ICU. ICU kebakaran. Pelawat tidak dibernarkan. Untuk kes kes tertentu aje yang boleh. Itupun satu pesakit sorang. 











Wednesday, February 4, 2015

BESEDERHANA AJE

Setiap org punya keinginan. Tentu sekali sesuatu yang berlebihan dari kemampuan dirinya. Terpulang kepada individu tersebut nak ikut kan hati atau nak ikut keperluan. Bagi nana cukup lah besederhana. Cukup makan, cukup pakai, cukup kasih dan sayang..  Insyaallah .. 

Wednesday, July 9, 2014

MAKSUD PUISI HATIKU

KENAPA KURASA SUNYI
(isi hati)

dan kau tanya dalam diam
dengan mata kau biar pejam
bagaimana mampu wujud sunyi
diriuh engkau berdiri 
(hati ni selalu argue, kenapa dirini rasa sunyi sepi dan sendiri. tak seronok. padahal aku punya teman)

satu persatu hilang ertinya
berdikit dikit menyesak dada
mahu kau lari dan bersembunyi 
tapi mana kau harus pergi
(kata dan janji ditabur tapi tak rasa apa apa. tak yakin sebab selalu tak seperti yang diperkatakan. sudahnya setiap kata menyakitkan hati. dah tak sanggup nak pendam. nak luah tapi tak tahu kemana.)

haus tak terpuas lautan
lapar tak terkenyangkan
kau tahu
namun tak kau akukan
(hidup jadi tak menentu, emosi terganggu dan kemurungan sedangkan ada jalan penyelesaian. tapi hati tak sanggup dan masih menafikan, beri peluang)

kau selongkar bumi langit petala
sedang jawabnya lama kau ada
maka perlu apa kau bongkar gali
kalau cuma diletak tepi
(macam macam benda yang diri ni tahu, tapi kutelan n letak tepi, buat2 tak ambil port)

sayu tak terjelas fikiran
rebah tak tersambutkan
kau tahu 
namun tak kau akukan
(sedih dan down.)

apa kau cari yang sebetul betulnya
lama mana begini
bertelanjang jiwanya
apa kau cari yang sebetul betulnya
malam siang berganti
jawabnya tetap sama
(i doesnt want a perfect boy. i just wants someone to act silly with, treats me well, make me happy, cause i had enough with all the things that making me sad & the one who loves being with me more than anything. sekarang aku rasa hati ni mcm tak berjaga. sedangkan aku tahu apa hal nya, aku sendiri menidakkan. dan ia memakan diri dari hari ke hari.)



MENCARI KETENANGAN HATI

perit hati berterusan keadaan macam ni. bila orang tua bersuara, barulah aku mula nak buka mata. masih belum terlambat untuk segalanya. nana sendiri yang perlu pilih jalan mana yang nana nak lalui, samaada jalan yg ceria 
atau yang suram.

hubungan kami lebih kurang 4-5 tahun. satu tempoh yang agak lama sebab aku xpernah in a relationship seserius ini. sayang yang tak berbelah bagi. kami pun telah bercadang untuk punya keluarga sendiri. seseorang telah berpesan kat nana, jika seorang perempuan itu menerima lamaran seorang lelaki, mereka telah dikira bertunang. aku dan dia. entah sejak bila kami bertunang, kami pun tak sedar.

semua beranggapan hubungan kami memang tak ada masalah. mungkin. cuma aku selalu makan hati dan sering kene pujuk diri sendiri dengan layanan yang si dia beri. dah banyak kali kami cuba selesaikan masalah ni. tapi nampaknya tak berjaya. makin hari makin lama, hati makin sakit. sampai satu masa aku rasa tak kisah dengan apa nak jadi.

kali ni, hati ni betul betul terguris. mungkin kami tidak sehaluan. tak sefahaman. sebab sering kali aku tanya dia "paham tak keadaan nana kat sini" dan dia pula menjawab "nana aje nak fikirkan perasaan dan faham nana". sayang, ikatan yang kita ada selama ni pn berpunca dari perasaan. harap si dia sedar akan semua itu. 

sebenarnya banyak yang diri ni tahu pasal si dia. dan mungkin dia tak tahu. nan bagi peluang kedua. peluang untuk terus bersama, sekarang ni tak tahu peluang ke berapa ntah. tak pernah lagi kita dgr peluang ketiga keempat kelima ...

aku jadi muram, emosi dan kemurungan. hingga keluargaku tak kisah jika aku menyendiri. atau melihat aku menangis sampai tertidur. diorang cuba memahami. semalam, datang seorang bapa kepadaku, dia berpesan jangan bersedih jika anda kehilangan, sebab dari kehilangan itu manusia belajar erti kecewa, menyesal dengan sesuatu yang sudah tiada. dan menghargai apa yang masih dimiliki. dari situ juga manusia belajar untuk membahagia.

aku terfikir untuk mengakhiri semuanya. aku sendiri rindu dengan diriku yang periang dan ceria. rindu dengar ketawa sendiri, rindu tersenyum selfie. mungkin dengan perpisahan, kehidupanku akan lebih baik. aku kembali rasa bernafas. even hati sangat tak ingin. tak mampu aku menafikan yang aku sayang sangat dekat si dia. mungkin masa akan membantu aku melupakan segalanya. aku terpaksa. setelah banyak kali mencuba menyelesaikan masalah ini. 

maafkan nana.

mungkin kita sesuai untuk jadi kawan. sebab masa kawan dulu, elok aje awak layan saya. 




keadaan: 75:25 (more less) 

Tuesday, May 20, 2014

WHEN HE'S AWAY

Ya Allah. Hanya tuhan tahu punya terkejut perasaan ni bila dapat tahu yang dale dah start kene kerja dekat Langkawi esok. Sampai hati!! Esok nak pergi baru nak bagitahu. GERAM!!

Kebelakangan ni kitorang asik gaduh aje. Ada aje yang tak kene. Kalau ikutkan marah hati memang dah tak nak jumpa . Tak nak amik tahu langsung pasal dia . Tapi dipujuk jugak hati ni sendiri. Tolak tepi benda yang jadi. Lepas ni tak tahu bila pula boleh jumpa sayang lagi. 

Sayang, harap u pandai jaga diri dekat sana. Na kat sini akan selalu rindu u. Ingat matlamat u pergi sana yer. I doakan u success n segalanya dipermudahkan. 

WHAT WE HAVE FOR THE DINNER :)

assalamualaikum bloggers

hello guys, wah! lama tak update blog. semakin bersawang lah laman sesawang ni nampak nya. hehhee .. 
by the way entry kali ni tak de nak cerita apa pun. cuma nak share menu makan malam nana masa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kat Pusat Konvensyen Centre Putrajaya semalam (20 Mei 2014).

we were having ceaser salad for the starter


then we've been serve a mushroom soup and garlic bread 

 beef as a main course
taste really good
5 star 


 cheese cake for desert



Tuesday, April 22, 2014

WHEN THEY ARE WITH THEIR LOVE

Alahai, jealous je bila tengok kawan kawan update status dan upload gambar diorang dengan buah hati masing masing. While im here, still waiting for him  back from away. 

Genap 7 hari dale pergi. Kami jarang berpisah lama. Time dale kerja dekat Nilam dulu pun at lease seminggu sekali jumpa.

Terkilan juga sebab salah satu sebab nana minta tukar balik KL sebab dale ada dekat KL. 

Hhhuuhhuuu .. Moga diperkuatkan hati ini. Janganlah ada yang cuba nk jet time ni. Takut tertambat pulak nanti. Na ingat lagi sebelum dia pergi. Hari terakhir pertemuan kami, Dale ada cakap "i tak risau tinggalkan u sebab i taw i tahu jaga diri". By the way sayang, im not strong enought to face this. 3 hari pertama u pergi, hidup i sadis gila. Siang i murung aje sampai kawan2 pn tegur. Nak buat kerja pun tak boleh. Malam2 i nangis sampai tertidur. Nasib baik na ikut zaza balik kampung. Tak fikir sangat perihal u dekat sana.


P/S buat Dale : Sayang, i tahu u pergi kerja. Tapi ingat2 lah dan fikir fikirkan lah keadaan nana dekat sini yea. 

Monday, April 21, 2014

FEEL THE LOVE AND APPRECIATE

other guys want her, while you have her. while you have her, you no longer act like you want her like you used to. she still wants you, but other guys are starting to treat her better than you do. do you know how lucky you are? you have a girl that other guys wish they had and if you keep acting like you don’t want her anymore, you might just end up not having her anymore. think about this. you don’t want to talk to her? other guys wish they had her number and those who do, probably blow up her phone. you don’t want to see her? other guys wish they could spend the day with her and those who can, value their time with her. you don’t want to be there for her? other guys wish they could be close to her and those who are, comfort her until she’s happy again. out of all these guys, she talks to you the most, sees you the most and depends on you to comfort her the most. don't
make her regret that.

Friday, August 16, 2013

BILA

bila ada yang sayang
jangan lukai hatinya
bila ada yang cinta
jangan kamu titiskan air matanya
bila ada yang menanti
pastikan kamu kembali
bila ada yang setia
lakukan yang sama
bila dia banyak berkorban untuk kamu
hargailah jangan lukakan hatinya
bila dia pergi
pergilah kejar selagi merasa dia bererti
kerana bila dia tiada di sisi
barulah nanti kamu menyesal
mensiakan satu-satunya insan yang ikhlas mencintai

Friday, July 19, 2013

BETUL KE LELAKI ZAMAN SEKARANG NI KURANG BERKUALITI ...?

tertarik dengan komen ni :) jom selami ...


harap Kerajaan lebih perhatin terhadap mejana populasi lelaki yang lebih positif & berkualiti tinggi.Tubuhkan satu kementerian khas untuk lelaki seperti mana untuk wanita demi kesejahteraan negara dalam aspek kestabilan kewangan, moral hidup dan kesihatan supaya mencapai matlamat wawasan negara.