Thursday, March 5, 2015

BERAT NAIK MENDADAK LEPAS KAHWIN !!

Aaaaarrrggggghhhhh !!!

Sebulan sebelum kahwin, berat nana 49 kilo je. Masa tu relax. Tak rasa nak turun lagi. Tapi masa tu tengah senang hati kot. Tak perasan seminggu nak kahwin, berat naik ke 52 kilo. Haaaiii .. 

Masa kahwin tu sedih sangat sebab gemuk. Rasa tak kemas. Make Up Artist pulak tak setting rambut elok elok, Serabai sangat. Malas nak ingat. Benda dah lepas. 

Stress weh.

Lepas kahwin ni, berat naik mendadak. Menjadi jadi. Nafsu makan pun tak hengat. Macam macam cara dah usaha nak turunkan. Semua gagal. Minggu lepas 53 kilo. Harini timbang 55 kilo. Nak nangis rasa. Perut lah paling teruk sekali. Membuncit. Memang dari zaman anak dara lagi nana buncit. Sekarang ni makin teruk.

Current weight : 6 March 2015

Nak tak nak .. Next week insyaallah start diet. Kene buat. Kene disiplin. Kalau tidak sampai bila.

TERNGORAT ABANG JUAL SAYUR DEKAT PASAR KERAMAT

Hhaahhaaa .. Yang ni lawak ..!!

Masa ikut amy amik suri haritu, kitorang singgah Pasar Keramat. Nak beli Telur Puyuh pastu nak cari barang basah sikit. 

Kami berpecah lepas pergi kedai telur. Kecewa. Telur puyuh tak de. Bawang putih dekat rumah dah habis. Nak topap lah. Kebetulan kedai depan mata ni jual. Mcm murah. 3 barang RM5. Ada bawang besar, bawang kecil, bawang putih, kentang, cili kering. Dia dah packet packet kan. Tak fikir panjang, nana ambil bawang besar satu, bawang putih satu dengan kentang satu. Settle RM5. 

Masa nak bayar tu, nana terfikir nak masak apa malam ni nak bagi dale makan. Kat rumah ada isi ayam. Paprik sedap, goreng kunyit pun sedap kan Letak sayur sikit. Tapi sayur kat rumah dah habis stok. So nana pun ambil lah kobis bunga sikit dengan kacang buncis. Sikit je. Dalam 10-15 batang. 

Terkejut mak kau!! Suruh akak tu kira, dia cakap RM10. Mahalnya. Sikit sangat tu. Bukan takat sekali masak. Sekali hidang aje tu. Sabar je lah. Bayar dalam keadaan sentap dan berlalu pergi. Cari Amy. 

Amy baru lepas beli sotong. Nak beli sayur pulak. Amy cakap dia nak buat sayur masak lemak. Sayur kangkung. Dia beli sayur depan kedai jual ikan. Tengah amy tunggu abang tu packing2. Nana nampak cendawan. Eh, sedap jugak ni. ada dua paket nana ambil satu terus bayar. 

Nana : Berapa yea ni bang ..?
Abang Sayur : Singgit setengah. 

Nana buka kantung duit syiling. Dalam tu ada duit RM2. Terus bayar. Kitorang pun angkat barang masing masing nak beransur. 

Tiba-tiba.

Abang Sayur : Eh, gambar sapa ni ..? (muka terkejut)

Nana dengan amy nyebok tengok. Eh!! Gambar nana terselit dekat duit singgit dua keping tu. Amy gelak besar sambil cakap "Eeeeiii .. Ko nak ngorat abang jual sayur yea". Nana ambil gambar then kitorang jalan. Sambil gelak gelak memikirkan hal tadi. 

Masa kitorang nak beransur tu dengar abang tu cakap "Ingatkan balik terus.. Ni dah bagi ambil semula". 

Sebenarnya, dale tak makan sayur. Nana beli sayur nak buat seri je. Bagi warna warna sikit dalam masakan. Haaahhaaa .. Tapi, nana memang tak puas hati beli dengan akak tu mahal. Daun pudina dah layu pun dia jual jugak. 

Amy cakap lenkali beli dengan abang sayur tu. Abang tu baik. Dia siap bagi amy free kangkung seikat. Murah rezeki.

SAYU TELUR PUYUH ABANG ZAKI ..

Abang Zaki lah ni. Haritu kami keluar pergi beli barang pantry. Dia singgah kedai telur beli telur puyuh. Ntah macam mana nana terbawak bawak pulak telur puyuh tu dalam kepala, sampai harini.

Tengah hari tadi nana semangat nak ikut amy pergi amik suri balik sekolah. Singgah pasar keramat. Kitorang nak beli telur puyuh. Teringin nak makan telur puyuh. Kak Siti dengan Dana pun kirim.

Sedihnya telur puyuh takde. Frust sangat!!
Apa pun. Nak beli jugak.





Tuesday, March 3, 2015

NAGA VS AYAM. DAH KENE DAH !!

33. Membaca setiap hari. 

Tips untuk menjadi orang yang luar biasa, Membaca setiap hari. Membaca apa? Novel ke? Buku Teks ? Article ke? Surat Khabar? Majalah? Mesej Whatapps tu kira baca tak? hahhahahaa .. Bagi nana tak kisah laa. Baca apa pun. Janji nana membaca. Since colleague kat office bagi nana 60 Tips Untuk Hidup Luar Biasa, nana nak cuba amalkan. Nak belajar disiplin diri. 

Tak semua individu boleh membaca. Bukan nana maksudkan tak reti mengeja dan menyebut. Tapi boleh meluangkan masa untuk fokus membaca sesuatu dari tajuk hinggalah ke ayat terakhir, tanpa skip mana mana perkataan dan perenggan. And that's me!! Kalau surat Khabar tu, nana baca tajuk, the baca perenggan pertama. sebab dekat situ kita boleh tahu lokasi, dan nama orang terlibat dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk tu. Then terus tengok perenggan akhir sambil cari gambar (kalau da gambar yang berkaitan dengan rencana tu).

Dan apa yang nana buat untuk melatih diri membaca, cari sesuatu yang menarik perhatian. Contohnya pengalaman hidup seseorang. Cerita seram, Cerita Lawak, etc. Semalam, nana baca perihal zodiak, sempena tahun kelahiran kita, mengikut kalendar Lunar. Terus nana cari tahun Naga (which is tahun nana lahir 1988). Baca baca baca ... Hhhhmmm .. nampaknya 90% mengena. Aiyooo... betul ke ni ..? Dalam rencana tu ada cakap yang orang tahun Naga ni sesuai dipadankan dengan orang tahun Ayam Jaguh. Terus terfikir, "eh, dale tahun apa yea.".




1981. Tahun Ayam Jatuh!! Wah, dah mengena lah maksudnya. Kriteria dale pun sama dengan karakter dia. Kalau u'ols nak try, boleh laa baca dekat web ni PERWATAKAN MENGIKUT TAHUN LAHIR.  Really interesting. Tapi jangan percaya sangat. Khurafat!! 



kredit to kakazz.blogspot.com

Monday, March 2, 2015

BAHAYA SUKAN PADA WAKTU MALAM

Bahaya Sukan Pada Waktu Malam | Majoriti antara kita yang memang bersukan pada waktu malam, ada yang pergi gym, main futsal dan bersukan pada waktu malam, tapi adakah kita tahu yang Bahaya Sukan Pada Waktu Malam ? Jom baca kenapa Bahaya Sukan Pada Waktu Malam.

Keratan Akhbar - KOSMO

Bahaya Sukan Pada Waktu Malam

KUALA LUMPUR – Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.

Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.

Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.

“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya. -Kosmo!

Bersukan adalah suatu aktiviti yang digalakkan, malah ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membantu meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran, disini apa yang dimaksudkan adalah jika bersukan dilakukan pada waktu diri anda dalam keletihan seperti kurang rehat dan sebagainya, mungkin risiko aktiviti sukan itu akan menjadi bertambah teruk.

Pastikan sebelum melakukan sesuatu aktiviti, dapatkanlah rehat yang secukupnya, pengambilan air yang banyak dapat mengurangkan anda terhidrat ketika menjalani aktiviti sukan.

Yang penting, mendapat rehat yang secukupnya sebelum melakukan aktiviti adalah kunci untuk mendapat kesihatan yang baik.

Dulu nana pernah cakap dekat dale pasal bahaya sukan waktu malam. Tapi dia macam tak percaya and buat derk aje. So, malas dah nak ulang. Nak aje cakap sakit tanggung sendiri. Geram!! 

Kredit to Silangjari.blogspot.com

Sunday, March 1, 2015

COUNT ALLAH AZZAWAJAL'S BLESSINGS

If you have food in the refrigerator, clothes on your back, a roof overhead
and a place to sleep ... you are richer than 75% of this world.

If you have money in the bank, in your wallet, and spare change in a dish
someplace ... you are among the top 8% of the world's wealthy.

If you woke up this morning with more health than illness ... you are more
Blessed than the million who will not survive this week.


If you have never experienced the danger of battle, the loneliness of
imprisonment, the agony of torture, or the pangs of starvation...you are
ahead of 500 million people in the world.

If you can pray in a Mosque without fear of harassment, arrest, torture, or
death ... you are more blessed than three billion people in the world.

If your parents are still alive and still married ... you are very rare.

If you hold up your head with a smile on your face and are Truly
Thankful... you are Blessed because the majority can, but most do not.

If you can read this message, you just received a double Blessing in that
someone was thinking of you, and furthermore, you are more Blessed than
over two billion people in the world who cannot read this message at all.

Have a good day, count your Blessings to Thank ALLAH Azzawajal, and pass this along to remind everyone else how Blessed we all are.

Alhamdulillah!

Indeed, His Creations are The Best, as He Is The Best of all Creators.



KASUT KORANG

Rata rata orang perempuan beli kasut ikut citarasa. Orang lelaki ikut keperluan. Orang perempuan nampak kasut cantik, beli. Nak pakai baju baru, beli kasut lagi(nak match dengan baju), nak raya beli kasut lagi. Ada aje alasan nak dapatkan kasut baru. Kalau lelaki, cukuplah sekadar satu kasut kerja, satu kasut casual, satu kasut sukan. Ada jugak lelaki yang gila beli kasut. Tapi jarang lah. 

Perkara paling penting bila kita beli kasut ni adalah keselesaan dan kesesuaian. Macam kalau dekat pejabat pakailah kasut tertutup, berwarna korporat, dan sedikit bertumit. Baru nampak official. Kalau time sukan, pakai kasut sukan. Kalau outting, casual shoes. Tak semestinya kita kene beli kasut yang branded. 

Bad habit, nana selalu beli kasut sebab kasut nampak cool. Sudahnya. Simpan je sampai reput. Hhhmmm .. Membazir kan. Bab brand, selalu VINCCI dengan NOSE lah yang menjadi pilihan. Senang didapati dan murah. Kira jenama mampu miliklah.

Antara kasut yang menjadi pilihan kami untuk kepejabat. 
Dari kiri kasut Emi, Nana n En. Gee

HIDUP LUAR BIASA


Harini colleague kat office bagi Tip untuk hidup luar biasa. Bila baca baca, nana rasa semuanya melibatkan disiplin, sikap positif kendiri, dan ego, dan penghormatan.

Antaranya :

Perkara 1. Bersenam setiap hari.
Nak bersenam tu tak de masalah. Tapi nak disiplin bersenam tu yang bermasalah.

Perkara 39. Minta maaf apabila anda perlu minta maaf.
Minta maaf lah yang paling sukar sekali manusia ni buat. Ego bila dah melangit. Sanggup bergaduh dan bermasam muka.

Perkara 50. Hormati ibubapa anda.
Terus terang pasal menghormati orang tua.

Semuanya ada 60 tips. Tak rumit tapi tak senang jugak. Jom try buat .. Orang kata kalau kita biasa amalkan dalam 44 hari insyallah menjadi. Boleh atau tidak. Kita sendiri yang tentukan. Kbai.

DOLFIN DALAM MAMAI

Eh, korang tahu tak yang kita ni tak payah nak susah payah pergi Australia nak tengok Dolfin berenang renang. 

Alhamdulillah
Diberi kesempatan nak tengok dolphin kat Malaysia walaupun dalam keadaan mamai. Tapi tak sempat nak snap gambar. Ni aje yang dapat. 

Bertuahnya rasa

ANGLER'S PARK

Haritu, Anz ajak Dale memancing. Oleh kerana dah bosan mancing kolam, kitorang decide nak mancing laut pulak. Dale suggest ke Angler Park. Hahahaaa .. Nana senyum lebar sebab nana suka tempat tu. 

Kitorang gerak dari rumah lebih kurang pukul 8. Singgah Teluk Gong beli umpan. Sotong pulak habis !! Frust kejap. Terkubur aje lah niat nana nak mancing ikan buntal.

Hahahaaa .. Pelik kan. Orang nak mancing jenahak. Nana sibuk nak mancing buntal. Bukan boleh makan pyn ikan tu. Eh, sebenarnya seronok mancing buntal. Mula mula dalam air dia kurus je. Bila naik darat dia mengembang. Bulat. Pastu bunyi dia bising. Hahahaa .. Selalu nana catch and release. Bila dapat ikan, lepaskan balik.

Masa kitorang sampai Anglers Park tu, air tengah surut. Stress sebab nampak batu aje. So terpaksa lah kitorang menunggu. Air mula pasang dalam pukul 2 sampai sembilan. Dari pukul dua sampai sembilan ni nak mancing boleh. Tapi kene bawak banyak bersabar sebab ombak kuat air pun berkocak tali pancing pun hanyut. Nana ambil cari port, ambil sleeping bag, tido. Tido tepi jeti je. Senang. Pukul 4 nana terjaga, tengok Dale tersandar kat tiang. Tido. Anz pun takde ntah kemana. Kompom tido dalam kereta. 

Tido camni. Jeti tak besar. So hati hati kalau korang jatuh memang kelaut lah.

Pemandangan di awal pagi. Cantiknya !!

Sunrise. Subhanallah !! Touching kejap..

Makin Terbit

Dale breakfast. By the way kitorang bawa bekal nasi goreng dengan roti, tuna dan mayonaise. 

Anz baru bangun tido and switch ON mode mancing

Angler's tak kira jantina, tak kira usia

Ramai yang datang memancing dekat sini. Tapi hati hati dengan batu ye.

Angler's Park ni bukan aja tenpat untuk memancing, kita boleh jugak sewa untuk aktiviti berkhemah. Masa kitorang perhi ni ramai jugak yang tengah camping. Macam best je. Asal memang nak bawa khemah tapi khemah nana hilang ntah kemana.

Pacak khemah bawah pokok

Enviroment bersih

Teringin nak ajak beth, mispi dengan jidah camping kat sini. Sini ada toilet. Toilet batu. Bersih. Kalau korang tak nak berkhemah, diorang pun ada chalet untuk disewa. Khemah pun boleh sewa. 

Yang best sekali, boleh tengok dolphine!!

First time nana tengok Dolphine

AYAM

Korang biasa beli ayam tak ..? 

Biasa kalau beli ayam, korang prefer potong berapa ..?

Korang buang kulit tak ..?

Korang buang lemak tak ..?

Okay. Kalau ikutkan, nana suka makan ikan. Ikan fevret ikan kembung dengan ikan susu. Tapi ikan kat KL ni selalu beli kene masak terus. Kalau simpan, tak lalu dah nak makan. Jadi, AYAM ajelah yang nana selalu jadikan stok dalam peti ais.

Sebelum ni, kalau beli ayam, bawak balik rumah, cuci cuci, masuk peti ais. Kadang kadang buang kulit buang lemak. Kafang kadang tidak. Ikut kerajinan. Tapi, sejak dah berlaki ni memang cuci abis. NO kulit NO lemak sebab dale diet. Memang Nana support Dale bab diet ni. Good for our health. Kalau tidak sia sia ajelah usaha dale ke gym tetiap malam. Beli protein mahal mahal untuk buat badan idaman dia tu.

Biasanya nana beli ayam, potong 20. Then nana bahagikan kepada 4 Bahagian. Bahagian bertulang dan bahagian isi untuk makan. Bahagian kulit dan bahagian lemak dibuang. Puas hati bila cuci ayam sekor, then asingkan bahagian bahagian tu. Rasanya, bahagian kulit dan lemak, sama banyak dengan bahagian yang boleh diamakan. Yang penting, rasa selamat diri dari Kolestrol.

Nak cuci ayam buang kulit dengan lemak ni agak leceh sikit. Tapi bagus untuk kesihatan sebab kita kurangkan kolestrol tu. Ayam pn rasa lagi sedap. Nak makan pn lebih yakin. Korang tahu tak yang lendir bawah kulit ayam tu sungguh menjijikkan. Kadang kadang berbuih dan berdarah lagi. Eeeeee.. Geli ..

P/S : Hati hati masa tarik kulit ayam tu. Memang liat dan pakai tenaga. Nana pernah terluka jari sebab tersusuk tulang ayam. Sampai terkupik dan berlubang jari. Sakit woo .. Berpeluh ketiak. Macam workout dekat gym.

Kulit



Lemak