- Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
- Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
- Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
- Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.
- Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
- Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
- Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
- Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
- Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
- Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
- Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.
- Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya… Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
- Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
- Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
- Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.
- Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
- Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung..
- Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
- Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
- Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
- Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.
- Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
- Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .
- Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
- Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
- 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
- Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
- Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
- Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
- Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
- Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
- Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
- Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
- Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.
- Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
- Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
- Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
- Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…
- Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap perkara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain
- ..............................................
Tuesday, March 20, 2012
40 SEBAB LELAKI TAK LAYAK JADI SUAMI
Sunday, March 18, 2012
Friday, March 16, 2012
Thursday, March 15, 2012
KETAHUI 7 SIKAP WANITA DENGAN MELIHAT CARA BERJALAN
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalauwanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.
Wednesday, March 14, 2012
JAGA LAH KESIHATAN
dulu nana pernah kene sakit ganjil . badan jadi lemah - lemah . tak de slera makan . sakit sakit badan .
selalu nk muntah muntah . sakit kepala . pening pening . kadang kadang sesak nafas . tapi nana tak de athsma . kadang kadang sakit dada . kadang kadang leh rasa jantung tu berdegup . dupdapdupdap . suhu badan tak menentu . skejap panas skejap suam suam skejap panas yang teramat sangat skejap sejuk . paling ketara bila berat turun dengan mendadak, muka jadi cekung . pucat . berat badan pun bawah 45 kilo. kawan kawan pesan suruh g buat check up dekat clinic . so nana pn pergi lah check up .. dekat klinik batu dekat rumah :)
doctor yang selalu check up nana, muslimah . seorang ibu. nampak tegas dan alim dengan tudung labuh sarung tangan dan stokin dia . macam biasa doctor tu tanya sakit apa . then nana pun cerita lah apa yang nana rasa . everything .. doctor tu pun pelik . ini bukan demam .
doctor tu mula menyiasat . dia pun tanya pasal kehidupan nana . dari rumah, pejabat ke kehidupan social. adik merokok ke? TAK adik pergi kelab malam? TAK adik minum alcohol? TAK adik pernah lakukan hubungan kelamin? TAK PERNAH LANGSUNG adik ade ambil sebarang pil pil ? TAK JUGAK macam mana dengan kitaran haid ? BIASA AJE ade pernah cuba apa apa? TAK DE itu dan ini .. seram jugak dengar soklan doctor tu .. tapi nana jawab aje lah apa yang betul .. then dia cakap nk buat blood test and pregnancy test.
mak aih .. pregnancy test ? terkejut nana skejap . dengan berani nya tanya doctor tu . kenapa kene buat pregnancy test ? doctor tu cakap dia nk periksa untuk tahu apa masalah nana sebenarnya . then doctor tu cuba memujuk . dia kata adik jangan takut . adik jangan risau . kita buat test pakai urine . okay kan?
i have no choice . takkan nak cakap tak okay . lagi pun buat apa nk takut kan kalau tak buat . cuma terkejut aje lah doctor tu macam tak percaya aje dengan info yang nana bagi tadi . patut lah tanya macam macam in and out . lepas bagi semua benda dekat lab, kene tunggu 20 minit baru keputusan keluar. tunggu punya tunggu ... dan ini lah keputusan nya.
ini borang yang kene isi, maklumat peribadi
ini keputusan ujian darah
ini pulak keputusan pregnant test
doctor, saya tak tipu doctor pun . percaya lah . mak nana pun terkejut dengar cerita bila nana balik rumah . rupa rupanya, nana kene jangkitan kuman pada darah . tapi nana pun tak tahu dari mana punca nya . bila darah tu kotor, dia memang effect satu badan . tu pasal semua nya tak betul . doctor pesan suruh makan makanan yang sihat . sayur sayuran . ikan . dll . kurangkan snek snek yang tak berfaedah untuk tubuh badan . dan banyak kan berehat . alhamdulillah tak lama lepas tu nana dah sihat balik . badan pun dah naik :) syukur sangat sangat . tapi doctor cakap berkemungkinan benda ni boleh berulang lagi . Allah tu maha berkuasa .
Monday, March 12, 2012
STRENGTH
ppl say dat when u r missing someone dey r feeling d same
but i dont think u miss me as much as im missing u
<3
Sunday, March 11, 2012
KITARAN HAID . MARI BELAJAR !!
entry kali ni macam mana nak kira kitaran haid
kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari
tetapi wanita mempunyai kitarannya sendiri
ada yang 25 hari dan ada juga yang lambat iaitu 35 hari
tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari
.empat fasa dalam kitaran haid.
Fasa Pertama (Hari 1 - hari 4)
ini dipanggil fasa Pengeluaran Haid (menstruation) atau lebih senang nak faham, hari di mana haid keluar. hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid adalah penting untuk ditanda dikalendar dan tamat selepas beberapa hari. bagi yang merancang untuk mengandung, digalakkan untuk menanda di kalendar pada setiap bulan. ini memudahkan untuk korang mengetahui tarikh subur dan tarikh korang akan datang haid pada bulan hadapan.
Fasa Kedua (Hari 5-13)
ini dipanggil Follicular. pada fasa ini hormon estrogen meningkat. ketika fasa ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. di kawasanovari pula, ovum atau telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Fasa Ketiga (Hari 14)
waktu inilah satu Proses Peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormon (LH). telur ini jika tidak disenyawakan oleh Sperma akan mati dan hilang. sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran folofio ke rahim.

Fasa Keempat (Hari 15-28)
ia dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. selepas telur terkeluar dari sarangnya, sejenis hormon di panggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. setelah Progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, dinding rahim akan runtuh. proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.
maka begitulah yang akan terjadi pada setiap pusingan berulang-ulang
okay! dah faham ...?
bilakah waktu subur?
waktu subur ialah pada waktu ovulasi berlaku
ini kerana pada waktu itu, telur sudah keluar dari sarangnya.
waktu tepat ianya berlaku adalah
14 hari daripada tarikh pertama datang haid atau ketika fasa luteal bermula
kalau tengok kalendar kat atas ni, ini adalah contoh kitaran haid
haid pertama bermula pada 7hb April (pink kaler)
dan kiraan diteruskan hingga hari ke14 (green kaler) jatuh pada 20hb April.
ini bermakna pada 20hb April hingga 22hb April adalah waktu subur anda.
terdapat juga kajian yang menyatakan waktu subur adalah 5 hari
kemudian, kiraan diteruskan hingga hari ke 28 iaitu jatuh pada 4hb Mei
maka haid pada bulan Mei jatuh pada 5hb Mei jika kitaran haid anda sebanyak 28 hari
setiap wanita itu mempunya kiraan masing-masing dari 28-35 hari
jadi, bawak-bawaklah semak semula dan catit pada kalendar ;)
dah pandai kira?
seterusnya.. cara lain untuk mengetahui waktu subur?
pada waktu subur
suhu badan wanita akan naik sebanyak 1 darjah celcius daripada kebiasaannya
juga
terdapat cecair jernih daripada kemaluan disebabkan hormon yang meningkat
pada waktu itu
menganggar waktu terbaik untuk mendapat zuriat kerana telur atau Ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja
maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah terhad
oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula
selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan
ia juga boleh bertahan selama 3 hingga 5 hari
ini bermakna jika suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur
atau 2 hari selepas waktu subur
maka ada peluang untuk Ovum berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama
Sunday, February 26, 2012
DIAM
Saturday, February 11, 2012
KENAPA?
hhmm..puas cari jawapan
kenapa nana tak boleh tidur lena setiap malam
agak-agak kenapa yea?
tidur-tidur.. tejaga
nak kata mimpi
rasanya takde pun
lepas tu susah nak tidur balik
kne lah golek-golek dlu
then bila terlelap skejap
terjaga balik
kadang-kadang dalam keadaan yang sangat mengejutkan
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)







