Wednesday, May 15, 2013
Monday, March 4, 2013
PRAY FOR SABAH
sebak rasa bila dengar pejuang tanah air gugur
semasa menjalankan tugas mempertahankan negara
berat sungguh tanggungjawab yang dipikul
mereka mungkin bukan siapa-siapa dalam hidup kita
namun doa yang tidak putus putus dari kita
insyaAllah dapat menjauhkan mereka dari segala musibah
doa yang mustajab sebagai kekebalan dan perisai
semoga sabah kembali aman
Ya Allah, berkatilah perjuangan mereka
lindungi saudaraku
kau kuatkan mereka dari segala kelemahan
demi mempertahankan bangsa, agama dan negara
Ya Allah, kau rahmatilah tanah airku
Malaysia
berikan kami kejayaan dan ketenangan
kau jauhkan kami dari segala jenis musuh
dan golongan orang orang yang zalim
Amin Ya Rabbal Alamin
Thursday, February 28, 2013
PEREMPUAN & LELAKI
Orang lelaki jangan nak merungut kalau perempuan kurang pandai masak.
Sekurang-kurangya dia belajar masak.
TAPI
si lelaki patutnya merungut bila diri tiada persediaan untuk jadi Imam masjid/surau, dan keluarga.
Dalam 24jam tak kan ada istilah bz.
Sempat solat, sempat belajar fardhu 'Ain dan kifayah, sempat belajar mengaji Al-Quran.
Sempat selagi dipinjamkan umur oleh Allah kpdmu.
Thursday, February 21, 2013
POLITIK DI TEMPAT KERJA
Jumaat 22 Februari 2013, Jam 2 Petang
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :)
Alhamdulillah, perut pun dah kenyang lepas santap makanan tengah hari yang ditaja khas oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Heee ... Yang sebenarnya harini kitorang ada Mesyuarat Pengurusan Bilangan 1/2013.
Harini, tiba tiba nana terfikir tentang satu isu. Isu yang mungkin dikatakan biasa tapi kadang kala boleh jadi srius kalau dibiarkan. Mungkin akan ada yang makan hati atau terjun lombong (kononnya nk bunuh diri ler) .. hahahaa ... Okay, jangan biarkan korang tertanya tanya tengtang apa isu nya. Politik di tempat kerja atau lebih sinonim dengan gelaran office politic .
OFFICE POLITIC, orang kata benda ni lumrah dan biasa berlaku tak kira dekat mana kita bekerja. Asalkan kerja kita dalam ofis, maka tak boleh lari dari kegiatan-kegiatan politik yang berlaku dlaam pejabat, tak kira lah secara terus, atau halus.
Kenapa ya?? Politik ni berlaku? Padahal semua orang dah serba maklum yang politik ni kotor, perlu dijauhi sifat negatif tu . halo, ofis kan tempat kerja .. tempat kita cari makan .. kalau kat ofis nak main kotor, boleh tak kalau nak samakan - apa yang kita makan tu pun KOTOR .. hahhaa .. baik fikir-fikirkan. Sebab bila orang lain yang buat, kita nampak aje. Tapi kalau diri sendiri - mana nak perasan. Tak adil lah kalau nak kata orang lain aje yang makan "REZEKI TAK BERKAT".
Mungkin mereka ni ada KEPENTINGAN PERIBADI, atau GILAKAN KUASA, atau SUKA MEMPENGARUH ORANG LAIN dan yang paling best sekali, selalunya diorang ni bukan nya rajin. bukan yang terbaik. bukan yang cemerlang . Cuma pura pura, berdrama rajin padahal, dialah manusia yang PALING MENGELAT DALAM NAK BUAT KERJA.
Cara diorang nak berpolitik pun macam macam. Ada yang jenis GOSSIP. Biasanya gossip girl lah. Yang ni bahaya .. gossip gossip lepas tu salah cakap salah maklumat .. tak pasal pasal gossip kecil jadi besar. Yang puji jadi kutuk .. confident aje cakap colleague tu "BODOH", "TAK PANDAI BUAT KERJA", "MALAS", "KAKI AMPU" dan macam macam lagi lah. hhmmm ..
Satu lagi yang jenis kuat mengadu. Memang satu penyakit. Sikit sikit nak mengadu dekat boss. Sampai benda kecik pun nak mengadu dekat boss. Kalau benda yang diadu tu serius, atau boleh jejaskan produktiviti organisasi tak apelah. Ini, kawan minum teh tarik 3in1 waktu pejabat pun nk diadukan. Bukan hal besar pun . Please ... Janganlah buat orang meluat . Wwuuekkk !! Nak muntah !!
Susulan dari Gossip Gossip dengan adu mengadu tadi, timbullah pulak rasa tak puas hati . Haaaa .. Yang ni pernah jadi kat nana . Bila tak puas hati, mulalah manusia ni saling balas membalas .. Yang sana keluar pedang samurai, yang sini sibuk acu M16 .. tak sudah lagi yang sana tak nak kalah kluarkan BOM TANGAN .. Sebab dia punca isu, takkan nak ngaku dia buat cerita kot .. dan since itu, mata masing masing celik, besar membulat. Bukan sebab focus bab kerja.. Tapi focus nak memerhati mencari salah orang. Nak buat evidence kununnya.. HHHaaiishhh ..
Cuma Allah. S.W.T aje yang tahu betapa susahnya nak bekerja dalam satu enviroment yang mana manusia disekitar ni asyik nak cari salah orang, nak mengadu pasal orang, tak puas hati atau dalam bahasa kampungnya "hati busuk sama orang". Susah .. Yea .. Ini sangat sukar.
Monday, January 14, 2013
Sunday, January 13, 2013
Thursday, January 3, 2013
PROMO PROMO THE BEST PERSONAL LOAN PROMO :)
PEMBIAYAAN PERIBADI ISLAM MBSB 2013
(KAKITANGAN KERAJAAN DAN GLC)
*TERBAIK, TERHEBAT DAN TEMUDAH DARI PASARAN
*KADAR TETAP SERENDAH 3.99%
*PEMBIAYAAN SEHINGGA RM 400,000
*BAYAR BALIK SEHINGGA 25 TAHUN
*OVERLAP DITERIMA
**PALING HEBAT CCRIS DAN CCTOS BOLEH MEMOHON
*ANDA MOHON, KAMI PROSES, MBSB BIAYA
PROMOSI DAN PERMOHONAN TERHAD
MOHON BERSAMA KAMI, UTK KETERANGAN SILA HUBUNGI:-
EN. AHMAD / DALE / Ahmad Fadzil Razali
PM/CALL/WHATSAPP
018-380 1102 —
for more info :-
Tuesday, January 1, 2013
AZAM TAHUN BARU
sebelum ni, bila sampai tahun baru, nana takde azam apa apa pn. Permulaan tahun baru, sama aje macam permulaan hari baru. Tapi Tahun ni, lain pula rasanya. Alhamdulillah. Mungkin satu perasaan untuk permulaan yang BAIK. THANK YOU <3 allah.="allah.">3>
Kisahnya,
TAHUN BARU 2013
Nana ada few benda yang nak capai tahun ni . Antaranya :)
1st nak beli RUMAH. Secara specific nana nak beli rumah teres untuk family nana. Nana pun nak beli rumah flat low cost. Untuk buat invest. Area KL or Selangor. Kebetulan OFFICE tengah offer rumah untuk staff. RM35K aje. So, tangan ni ringan aje nk isi Borang Application. Borang belum ada dalam tangan lagi. Tapi dah mintak tolong Encik Sayang - Ahmad Fadzil bin Razali belikan. By the way, THANK YOU SAYANG <3 font="font">3>
2nd nak belajar menyimpan. SAVING. Bunyi maybe macam perkara kecil je. Tapi ini benda paling penting sekali bagi nana. Kalau ada emergency or apa apa nanti, nana yang susah. Jadi belajar lah menabung dan menyimpan. Permulaan semestinya sakit sikit. Tapi InsyaAllah nana boleh buat :) Hidup dengan merendah diri dan beserdehana aje lah lepas ni.
3rd nak kurangkan perkataan yang membawa maksud TANGGUH atau sesuatu yang tak pasti. Contohnya, "nanti" "tengoklah" "dan lain lain. Asyik hidup dalam pemikiran yang negatif, memang sangat merosakkan hati, jiwa dan perasaan. Jadi, jadilah seorang yang POSITIF. Inspirasi diri dengan perkataan dan pemikiran yang positif. InsyaAllah, berjaya.
4th nak KAWEN. Hoh !! Am i serius...? YES FOR SURE !! Selepas satu insiden yang berlaku ke atas kami yang memang buat masa ni nana tak boleh nak lupakan. Nana rasa mungkin masanya dah sampai. Serius!! Sebelum ni memang tak ada rasa nak kawen pun. Dulu fikir, Kalau ada jodoh InsyaAllah. Sebab Allah jadikan manusia ni berpasangan. Nana terima si DIA seadanya. My Boyfie wasnt so bad. He was just fine to me. Fine for me. InsyaAllah hati ini boleh terima sedikit kekurangannya. Nobody PERFECT isnt it? So far, i was in love with HIM. Ya Allah, kau perihalalah kasih sayang kami ini hingga ke akhir hayat kami. Kau jadikanlah dia suami yang membimbing aku ke jalanMu. Kau peliharalah hatiku untuk menjadi seorang isteri yang solehah, taat kepadaMu, kepada suamiku, kepada ibu dan ayah. Kau kurniakanlah kepada kami anak anak yang soleh dan solehah. Ya Allah, jika Ahmad Fadzil Razali adalah jodohku, kau berikanlah petunjuk kepada kami untuk memperbaiki hubungan ini ke jalan yang engkau redhai. Kau ampunkan lah dosa dosa kami. Kau berikanlah kami kekuatan untuk menempuh hari hari yang mendatang. Amin
Sekian, Maklum :)
OUTRAGEOUS FOOD CRAVING
deyh!!
dont know why ..
lately i've been infect by a disease
that i call
"OUTRAGEOUS FOOD CRAVING"
where ever i go
what ever i do
when ever i think
it was something about
FOOD
FOOD
FOOD
FOOD
FOOD
Dear Allah, help me. I want to stop this.
I dont want to live SICK and FAT.
I want to have a Healthy Life
Forever
Amin :)
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)














