Sunday, March 1, 2015

KASUT KORANG

Rata rata orang perempuan beli kasut ikut citarasa. Orang lelaki ikut keperluan. Orang perempuan nampak kasut cantik, beli. Nak pakai baju baru, beli kasut lagi(nak match dengan baju), nak raya beli kasut lagi. Ada aje alasan nak dapatkan kasut baru. Kalau lelaki, cukuplah sekadar satu kasut kerja, satu kasut casual, satu kasut sukan. Ada jugak lelaki yang gila beli kasut. Tapi jarang lah. 

Perkara paling penting bila kita beli kasut ni adalah keselesaan dan kesesuaian. Macam kalau dekat pejabat pakailah kasut tertutup, berwarna korporat, dan sedikit bertumit. Baru nampak official. Kalau time sukan, pakai kasut sukan. Kalau outting, casual shoes. Tak semestinya kita kene beli kasut yang branded. 

Bad habit, nana selalu beli kasut sebab kasut nampak cool. Sudahnya. Simpan je sampai reput. Hhhmmm .. Membazir kan. Bab brand, selalu VINCCI dengan NOSE lah yang menjadi pilihan. Senang didapati dan murah. Kira jenama mampu miliklah.

Antara kasut yang menjadi pilihan kami untuk kepejabat. 
Dari kiri kasut Emi, Nana n En. Gee

HIDUP LUAR BIASA


Harini colleague kat office bagi Tip untuk hidup luar biasa. Bila baca baca, nana rasa semuanya melibatkan disiplin, sikap positif kendiri, dan ego, dan penghormatan.

Antaranya :

Perkara 1. Bersenam setiap hari.
Nak bersenam tu tak de masalah. Tapi nak disiplin bersenam tu yang bermasalah.

Perkara 39. Minta maaf apabila anda perlu minta maaf.
Minta maaf lah yang paling sukar sekali manusia ni buat. Ego bila dah melangit. Sanggup bergaduh dan bermasam muka.

Perkara 50. Hormati ibubapa anda.
Terus terang pasal menghormati orang tua.

Semuanya ada 60 tips. Tak rumit tapi tak senang jugak. Jom try buat .. Orang kata kalau kita biasa amalkan dalam 44 hari insyallah menjadi. Boleh atau tidak. Kita sendiri yang tentukan. Kbai.

DOLFIN DALAM MAMAI

Eh, korang tahu tak yang kita ni tak payah nak susah payah pergi Australia nak tengok Dolfin berenang renang. 

Alhamdulillah
Diberi kesempatan nak tengok dolphin kat Malaysia walaupun dalam keadaan mamai. Tapi tak sempat nak snap gambar. Ni aje yang dapat. 

Bertuahnya rasa

ANGLER'S PARK

Haritu, Anz ajak Dale memancing. Oleh kerana dah bosan mancing kolam, kitorang decide nak mancing laut pulak. Dale suggest ke Angler Park. Hahahaaa .. Nana senyum lebar sebab nana suka tempat tu. 

Kitorang gerak dari rumah lebih kurang pukul 8. Singgah Teluk Gong beli umpan. Sotong pulak habis !! Frust kejap. Terkubur aje lah niat nana nak mancing ikan buntal.

Hahahaaa .. Pelik kan. Orang nak mancing jenahak. Nana sibuk nak mancing buntal. Bukan boleh makan pyn ikan tu. Eh, sebenarnya seronok mancing buntal. Mula mula dalam air dia kurus je. Bila naik darat dia mengembang. Bulat. Pastu bunyi dia bising. Hahahaa .. Selalu nana catch and release. Bila dapat ikan, lepaskan balik.

Masa kitorang sampai Anglers Park tu, air tengah surut. Stress sebab nampak batu aje. So terpaksa lah kitorang menunggu. Air mula pasang dalam pukul 2 sampai sembilan. Dari pukul dua sampai sembilan ni nak mancing boleh. Tapi kene bawak banyak bersabar sebab ombak kuat air pun berkocak tali pancing pun hanyut. Nana ambil cari port, ambil sleeping bag, tido. Tido tepi jeti je. Senang. Pukul 4 nana terjaga, tengok Dale tersandar kat tiang. Tido. Anz pun takde ntah kemana. Kompom tido dalam kereta. 

Tido camni. Jeti tak besar. So hati hati kalau korang jatuh memang kelaut lah.

Pemandangan di awal pagi. Cantiknya !!

Sunrise. Subhanallah !! Touching kejap..

Makin Terbit

Dale breakfast. By the way kitorang bawa bekal nasi goreng dengan roti, tuna dan mayonaise. 

Anz baru bangun tido and switch ON mode mancing

Angler's tak kira jantina, tak kira usia

Ramai yang datang memancing dekat sini. Tapi hati hati dengan batu ye.

Angler's Park ni bukan aja tenpat untuk memancing, kita boleh jugak sewa untuk aktiviti berkhemah. Masa kitorang perhi ni ramai jugak yang tengah camping. Macam best je. Asal memang nak bawa khemah tapi khemah nana hilang ntah kemana.

Pacak khemah bawah pokok

Enviroment bersih

Teringin nak ajak beth, mispi dengan jidah camping kat sini. Sini ada toilet. Toilet batu. Bersih. Kalau korang tak nak berkhemah, diorang pun ada chalet untuk disewa. Khemah pun boleh sewa. 

Yang best sekali, boleh tengok dolphine!!

First time nana tengok Dolphine

AYAM

Korang biasa beli ayam tak ..? 

Biasa kalau beli ayam, korang prefer potong berapa ..?

Korang buang kulit tak ..?

Korang buang lemak tak ..?

Okay. Kalau ikutkan, nana suka makan ikan. Ikan fevret ikan kembung dengan ikan susu. Tapi ikan kat KL ni selalu beli kene masak terus. Kalau simpan, tak lalu dah nak makan. Jadi, AYAM ajelah yang nana selalu jadikan stok dalam peti ais.

Sebelum ni, kalau beli ayam, bawak balik rumah, cuci cuci, masuk peti ais. Kadang kadang buang kulit buang lemak. Kafang kadang tidak. Ikut kerajinan. Tapi, sejak dah berlaki ni memang cuci abis. NO kulit NO lemak sebab dale diet. Memang Nana support Dale bab diet ni. Good for our health. Kalau tidak sia sia ajelah usaha dale ke gym tetiap malam. Beli protein mahal mahal untuk buat badan idaman dia tu.

Biasanya nana beli ayam, potong 20. Then nana bahagikan kepada 4 Bahagian. Bahagian bertulang dan bahagian isi untuk makan. Bahagian kulit dan bahagian lemak dibuang. Puas hati bila cuci ayam sekor, then asingkan bahagian bahagian tu. Rasanya, bahagian kulit dan lemak, sama banyak dengan bahagian yang boleh diamakan. Yang penting, rasa selamat diri dari Kolestrol.

Nak cuci ayam buang kulit dengan lemak ni agak leceh sikit. Tapi bagus untuk kesihatan sebab kita kurangkan kolestrol tu. Ayam pn rasa lagi sedap. Nak makan pn lebih yakin. Korang tahu tak yang lendir bawah kulit ayam tu sungguh menjijikkan. Kadang kadang berbuih dan berdarah lagi. Eeeeee.. Geli ..

P/S : Hati hati masa tarik kulit ayam tu. Memang liat dan pakai tenaga. Nana pernah terluka jari sebab tersusuk tulang ayam. Sampai terkupik dan berlubang jari. Sakit woo .. Berpeluh ketiak. Macam workout dekat gym.

Kulit



Lemak





Saturday, February 28, 2015

LEPAK DEKAT LOMBONG

Weekend hari bersama keluarga

Duduk rumah, rehat rehat. Nak makan masak sebab malas nak keluar. 



Semalam (sabtu), kami pergi memancing dengan Anz dekat Lombong depan Pandan Perdana Lake View Apartment. Hampeh !! Tak dapat hasil. Talapia sekor pun tak de. Balik memancing, kami singgah Tesco Ampang, Nana beli ayam sekor. Balik ingat nak masak. Yea!! Memang kami bertiga dah kelaparan.




Nasi panas - Ayam goreng - Sambal ala ala sambal ayam penyet (sambal ni Dale yang masak) 

Makan pukul 10 malam. Memang nikmat.

Thursday, February 26, 2015

KOIR INOVASI NRE

 Bulan September, nana join Pertandingan Koir Inovasi anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Mai ler singgah tengok gambar gedik gedik kami.











TERINGIN NAK SNOKERLING !! 3D2N

Nana, hhhmmmm .. memang suka buat benda bukan bukan. Ntah camna tiba tiba Bedah ajak bercuti.  "eh, jom pergi lepak pantai." Dapat lepak tepi pantai pun best jugak kan. Snokerling ke. Respon nana always, "aku OK je. Tapi cam biasa. Ko buat bajet, present. Kalau OK, aku ON". Entah kenapa masa tu tak pikir panjang. Nana beli aje tiket. Tak fikir pun lagi nak kesana buat apa. Pikir nak keluar KL je.

Lepas beli tiket terus EXCITED.

Tak Sabar.

Dan hari berlepas. Excited. Bedah bawa kawan. Akak ni nak ikut jugak. Nana OK je. Selama ni lagi lah. Trip dengan mak cik mak cik gomen. Kak sempoi, boleh masuk kepala. Memang best!! 

Sampai sampai kitorang terus check in. Homestay. Recomended. Homestay Islamic betul betul depan Pasar Philiphine. Tapi nana tak de contact dia. Bilik kami, boleh duduk 3 orang RM70 je semalam. Terus bayar dua malam. Settle bab penginapan. Bab makan kitorang tak risau sangat sebab pasar philiphine kat depan. Dah terbayang ikan bakar sekoq !! Kerabu rumpai laut. 

Aktiviti kami : 
First day : Makan dan Shopping
Second day : Makan dan Aktiviti Pantai (Sepanjang hari) 
Third day : Makan dan Balik KL
Kesimpulannya, pergi sana. Makan.

Masa kat KLIA2. Lepas Check in. Selfie one click. 

Oooohhhh .. Teruja tengok ikan dalam kumpulan. Macam tengah menari berirama.

Aktiviti Pantai sepanjang hari bermula di sini. Masuk Taman Laut kene bayar.

RM3 sehari. Sekali bayar boleh keluar masuk mana mana pulau yang ada. 

Lepas bayar cukai. Bergambar dekat guest centre.

 Sebelum keluar Pulau Manukan, bergambar dulu kat jeti.

 Gaya gedik one click

 Suka sangat !!

 View menarik dalam kawasan Taman Laut

Sekitar Pulau Laut banyak babi hutan. Dia selongkar barang nak cari makan. Ada yang beg kene bawak lari masuk hutan. So, kalau korang pergi Pulau Manukan, beware of your belonging. jangan seronok seronok balik kene samak.

 Dari bukit ni boleh tengok Pulau Gaya. Best !!

 Bertaur panjang kat jeti sambil buat kecoh.

I orang Semenanjung Okeh!!


PAKEJ PHOTOGRAPHER - MAJLIS AKAD NIKAH NANA & FADZIL

Wuuhhuuuu .. 

Nak cerita pasal majlis gilang gemilang kami, nana buat check list untuk persediaan, persiapan dan barang baran keperluan. Bajet kami tak besar, jadi kene list down semua untuk mengelakkan ada yang tertinggal. So, harini, nak cerita pasal Photo. 

Photographer sangat penting. Ye lah kan. Kahwin sekali je kot. Mesti nak simpan gambar sebagai kenang kenangan. Tapi sekarang ni, kos photographer tu sangatlah tinggi. Rasanya sewa pelamin lagi murah dari photographer kot. Nana dah puas cari sana sini. Ada yang nak sponsor tapi kami tak mau termakan budi. Bagi nana, buat apa yang kami mampu aje. Bajet kami kecik. Kalau ada yang lagi murah lagi bagus.

Setiap pakej yang nana cari, nana discuss dengan dale dulu. Nak persetujuan bersama. Tapi semua dale reject . Argghh !! Stress !! .. Last last nana suruh dale aje yang cari. Lepas azab. You pulak buat kerja yer sayang. Dalam pencarian dale, lagi mahal dari apa yang nana dapat. You see.  

Malas nak pening pening kepala lagi, kitorang pun amik pakej ni. Dari Roh Studio . Photographer dia Apiq. By the way, Apiq ni kawan Dale. So kami dapat lah diskaun sikit. Harga kawan kawan.
Tak sampai sebulan kami kawin, tgk Facebook Roh Studio, diorang shoot Jue Aziz. Wooowww .. Bukan calang calang juga yer photographer i. Ahaks !!

Nana dengan Dale banyak bincang dekat Whatapps aje

DESIGN KAD KAHWIN SENDIRI

Sementara nak dapat tarikh nak buat majlis, nana dah start design kad kahwin.

Masa nak buat kad banyak benda nak kene ambil kira. Paling penting dekat sini design dan warna.
Bila sebut warna, orang selalu kaitkan dengan tema. 

Ohhh .. my wedding theme.. Apa ek ..?
Vintage English Theme
Nak main dengan warna warna pastel
Just Simple
and
nampak sweet sweet lah kononnya

Kad kahwin pulak buat tema Chalk Board.

Design Kad Sendiri - Madcam Hebat aje

First Design yang nana buat, Tema Chalk Board belah kiri Save the Date 17.01.2015
Nama kitorang dengan wording
"Formal invitation to follow"
kebetulan kami buat private event

Belah Kanan letak gambar kitorang masa tengah hangat bercinta 
Hak Tuih

Kiri Belakang, Map, Aturcara Majlis, Contact Number
Kanan Belakang, Perenggan menjemput


 First Design 

Lepas dapat date, terus bagi design dekat designer. Masalah timbul. 
Gambar kami tak sesuai. Pixel kecik jadi gambar pecah. To solve the problem we went for outdoor photoshoot dekat Tasik Ampang.

Nak diceritakan pulak, photographer kitorang ni janji nk bagi softcopy gambar sebelum dia edit and buat apa yang patut. Lepas seminggu. Dale call dia, dia cakap pendrive hilang. Hergh !! Stress aku. Kalau hilang kenapa ko tak ganti aje. Atau bagitaw kami. 

Lepas tu dia kata OK nanti dia bagi. Lepas dua hari tak dengar berita lagi. Okay!! Thats it !!
Dale call dia cakap kat Thailand, Holiday. Pastu kami terus senyap.

"Takpe. I ada banyak lagi idea nak dicurahkan ni". Kata hati kepada Dale. Hahahaaa..
Next, terus sambung design. Nyah gambar sweet sweet kami, ganti kan dengan 3 gambar lain.
Whatapps kat Dale suruh pilih. Dale pulak bagi designer tengok mana yang dia rasa OK and senang.

 Second Design - Ring (dah tentu symbol of Marriage)

 Third Design - Pearl (Lambang Gubah Hantaran)

 Third Design - Vase and Flower on Table (Lambang Wedding Event)

Sudahnya, designer kami, Encik Nabil pilih yang ring. Cincin. Sebab yang lain tu macam tak kene dengan budaya kita. Nabil pun ubah beberapa benda yang nana dah design supaya nampak lebih kemelayuan. 

Almost Done

Final Front View

Thank Nabil for Everything !!

Wednesday, February 25, 2015

STEP ONE - RISIK

Zaman sekarang ni orang buat majlis risik dan tunang, besar besaran. Tapi nana plan buat kecik aje. Tak taw nak jemput siapa. Mak dengan ayah pun cakap kita jemput orang datang sembang sembang dan kenal family aje lah. Nana okay aje. Dale pun Okay.

Tarikh tak ingat. Tapi hari bekerja. hari Rabu kalau tak silap. Janjinya jumpa malam. So siang, nana pergi kerja macam biasa. Balik, kelam kabut. Sediakan barang nak masak untuk hidangkan dekat tetamu. mak cakap , ko masak simple simple je. Buat Mee goreng, buah sikit, kek sikit, air panas, air kosong.

Lepas siapkan barang nak masak, nana terus tumis. Buat pes awal awal. Hehehheee .. Jap lagi sambung masak aje. Senang. Lepas buat pes, nana mandi dan bersiap. Simple aje. Pakai jeans dengan blouse je.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Cuma tak sempat nak ambil gambar aje. Hhhmmm ..


 Cincin yang nana pilih sendiri. Nana suka yang simple