Tuesday, August 25, 2015

I ADA ANAK BULUS BARU

 SI BULUS. memang binatang kesayangan kami sekeluarga. tak kira jumpa kat mana pun. mesti kene kejar dengan kitorang punya. halnya semalam, nana balik kerja, tiba tiba buka pintu kereta aje. muncul dua anak bulus. entah sapa punya. cantik dan bersih. comel pulak tu. warna orange. nana angkat seekor. jinak lah. tak lari pun. tengok jantina dedua jantan dalam hati dah agak dah jantan. korang taw tak kita boleh kenalpasti jantina kucing dengan tengok bulu dia. hehee .. nak tips mai jumpa nana. nak story sini kang panjang lebar pulak.


bila angkat yang sekor ni. yang sekor lagi datang main main kat kaki pulak. eh! nak dukung jugak ke dik? nana terus melencong ke rumah sebelah. (kucing yang dekat kaki tu ngekor jugak) tanya mak kucing sapa ni. mak cakap orang buang kot. dari tadi ade aje kat area rumah kitorang ni. mak dah bagi makan dengan minum susu.

seronok lah dengar mak kata orang buang. memang dah plan tadi kalau tuan dia tak tuntut dalam masa tiga hari, nana nak bela. comel kot weh! comel sangat lah. dan manja.  kucing tu ikut nana balik rumah. mak dah bagi makan tadi, nana tak de lah bagi makan lagi. kebetulan pulak makanan kucing dah habis. dale baru topap malam tadi.


kucing dua ekor ni tak reti duduk diam. kita baring kat sofa dia boleh main kejar kejar dan bergurau lagi .. lari sana sini. nana tak kisah dik. ko jangan seronok sangat sampai kencingkan akak dah laa yer. as usual nana akan tertidur dekat sofa sambil tengok tv. kucing dua ekor tu pun lentok sama berhimpit. nana boleh rasa hangat badan diorang. rasanya diorang ni adik beradik lah. sama besar. warna pun sama. 

dale balik kerja aje terkejut! tengok ade kucing baru. ayah pulak belanja KFC. untung lah kucing makan kepci rini. apa pun AKI still senior kat rumah okay. bila ade kucing baru aki nampak tua pulak. kucing baru dua ekor ni tak bagi nama lagi. nanti lah fikir nama diorang. aki dah jadi pakcik. hahahaaa .. kalau AK ade. mesi lagi best. 

Al-Fatihah

well adik adik .. when there is a house, there must be some rules. okay! akak tak mintak banyak.

first and the most important thing, STRICKLY DILARANG masuk kedalam bilik bilik yang ada expecially bilik akak OK!

second, jangan terbalik kan tong sampah rumah akak untuk cari sisa makanan or tulang tulang OK.

third, dilarang kencing, berak dan muntah di merata rata tempat. please use the toilet. sila belajar dari AKI. pergi sana sembang dengan aki. camana dia pandai guna toilet. OK

dan yang last sekali, jangan garu garu dekat sofa akak.

PROMISE yea! kalau tidak nanti korang jadi kucing kurung. sangkar kat rumah akak tu dah lama tak bertuan taw. hahahhaaa .. 

Monday, August 24, 2015

GOLD vz GOLD PLATED

morning preps! how do u do..? hope everything is fine with blessed and barakah from Allah S.W.T.

harini isunya pasal human and their behavior. now a days people did everything with reason or in other words with intent or with advantage. susah babe nak jumpa the real people sekarang. macam nak cari perempuan melayu terakhir. !

why people being fake?

simple ...

they are afraid of being judge, of being not good or not being liked. some protect themselves by acting tough or being sarcastic.some keep making jokes or sometimes terpaksa buat diri nampak bodoh. hahahaa .. ada yang pemalu, make small talk or talking about celebrity gossip or sports.

i love to worked being open minded.  pernah dengar tak orang cakap "our attitude determine who we are" dengan "what goes around comes around". up to you people nak percaya or tidak but for me, nana seriau betul dengan perkataan KARMA ni. dah banya tengok sebab mulut and attitude yang kononnya baik and perfect sudahnya, their own family and relatives kelaut. astaghfirullah al azim. semoga dijauhkan dari nana dan keluarga.



by the way i had a sweet chat with an old friend semalam. mostly about our current life. yang best dengan tak. end of the conversation, lepas penat potpetpotpet .. nana termenung jap .. and these thing came out from my mind. i get my phone and text my friend, "dear,we must learn to recognise who is GOLD and who is simply GOLD PLATED babe. ahaks! and gud nite". early in the morning, she replied "thanks babe. i like your words". 

hahahhaaa .. #ohlife

Thursday, August 20, 2015

LEPAK LEPAK #OVERDOZE AMPANG

OVERDOZE AMPANG, kedai vape favourite kami nak lepak. expecially hujung hujung minggu. ade sofa ade kerusi ade meja. senang korang nak borak and buat kecoh. hahahaa .. sejak dale berkecimpung dalam urus niaga vape ni, nana bagi semangat. mana yang mampu. nana tolong. thanks jugak dekat kengkawan yang support us. u ols made us strong and yakin untuk berkecimpung dalam bidang ni. demi sesuap nasi katakan. thanks guys!!

nana pun support jugak kengkawan yang nak berkecimpung dalam bidang ni. macam nazmie, brew own product at his own brand. liquid dia ade dekat duckvape and overdoze ampang. brand dia bana vape or bana lidquid. u ols yang nak try boleh ke duckvape dengan overdoze. guys so far orang melayu kita yang kontrol business vape ni. alhamdulillah. so pada sesiapa yang nak bertanya or whatever. boleh meet kitorang dekat sini over weekend. biasanya hari sabtu. malam pukul 9 keatas cmtu.

 malam raya at overdoze

 open house eid1436H overdoze
yang baju hijau nazmie. one of malaysian brewer. selalu lepak sama sebab dale pun brewer jugak. 
lepak sharing hal hal sentis.

game fevret kitorang dekat overdoze
baju putih aa(brewer jugak) yang pakai speck tu alex yang lagi sorang tengah sengih tu west.

ALMARI BAJU

Morning ols. pagi ni nana nak cerita pasal almari baju nana. cara nana kendali kan.

badan nana ni tak menentu. kejap naik kejap turun. kalau ikutkan berat tu dari 47 kg ke 60 kg (maximum takat ni). so, baju memang ade banyak size. dari XS ke M.

nana tak sumbat semua baju dalam almari. baju yang ada dalam almari adalah baju yang nana selalu pakai. kaju yang jarang jarang nak pakai tu nana simpan dalam box plastik. kalau simpan dalam almari rasa macam dia makan dek hari. lagipun almari nana kat rumah kecik aje. dua pintu. nana ade banyak sangat baju. bukan nak eksyen. tapi baju baju lama yang dah tak muat. sekarang ni rasa kedekut sikit nak beli baju. entah kenapa. tapi kekadang menyoping jugak kalau dah takde sangat baju yang selesa nak pakai.


inilah kota plastik yang nana pakai untuk simpan baju jarang guna.
beli yang lutsinar so senang nak cari baju. dari luar dah nampak.
kotak plastik ni senang aje nak dapat. 
boleh beli dekat tesco ke giant ke jusco ke atau mana mana kedai plastik.


baju dalam almari, nana kelaskan. baju kurung, jubah n skirt nana hang hang separuh supaya tak halang pendangan baju kat bawah) then jeans, baju outting (tshirt, blouse, kemeja), seluar duduk rumah, seluar tido, baju duduk rumah, baju tido, singlet/camisole, tudung dan lingerie. semuanya ikut size semasa.

lepas lipat, nak susun dalam almari, nana susun pulak ikut warna. hitam bawah sekali. then biru next next next n atas sekali selalunya baju putih. hahahhaa .. banyak cekadak nana ngemas kan. almari dale pun nana buat benda yang sama. mula mula dulu dia rimas jugak. lelaki kan. mana lah kisah sangat. janji ada baju dlm almari untuk dia pakai. tapi lepas enam bulan hidup bersama ni. dia dah dapat suaikan diri. katanya senang nak cari baju bila susun macam tu. hehehee .. (kan..i told ya sayang)


inilah rupanya bila kita dah susun baju ikut warna. senang nak cari baju.
picture taken yesterday. hahahaa ..


baju banyak, nak buang sayang. so nana suruh adik nana pilih dulu mana dia nak. nasib baik ade adik pompuan. lepas tu baru nana donate ke kengkawan or sesiapa yang memerlukan.




Monday, July 27, 2015

PEREMPUAN KALAU TAK MENOLONG KAT DAPUR DIKATA MALAS

BUKAN MALAS 

kalau nana, tak berani nak usik dapur orang. lain orang lain cara dia mengendalikan dapur dia. lain pulak cara masaknya. ada jugak yang tak suka kongsi dapur. silap tak kene dengan cara kita. ditarik muka or ditegurnya kita, kita yang touching. silap haribulan.. tak datang dah rumah member tu .

TRAUMA kisah dapur


nana prefer menolong masak kt dapur orang. intai intai sambil belajar cara diorang kendalikan dapur. kalau kat rumah sendiri pulak, nana tak suka orang kacau nana masak. (tak suka orang kacau dapur) biar nana buat semua sendiri. dari sediakan bahan sampai siap masak. kalau nk tolong hidang tak de hal :)

yang malas tu mungkin yang tak reti nak masuk dapur menolong. dah makan, tuan rumah kutip pinggan. tuan rumah basuh pinggan korang yang sebijik tu. silap ribulan. tangan korang pun nak tuan rumah basuhkan.

Thursday, July 23, 2015

MY FIRST AIDILFITRI AS A WIFE

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Hello guys, how was your eid :) Dikesempatan ini nana nak menyusun jari memohon kemaaf andai ada tersalah dan silap. Terkasar dan terguris. Al maklumlah. Nana ni kasar bahasanya.

Lain sikit mood raya tahun ni. 2015, nana beraya di rumah mak dan ayah mertua di IPOH. Kami balik sehari sebelum raya. Sempatlah berpuasa dan berbuka sehari dengan keluarga belah dale.

Kami sampai di Ipoh dalam pukul 10 pagi. Sesudah sampai, nana kemas baju dalam bag, susun dalam almari. Nanti nak cari baju senang. Sesudah ngemas, nana kedapur. Tolong mak apa yang patut. Esok nak raya. Juadahnya tak masak lagi. Menu raya tahun ni Masak Lodeh, Rendang Ayam dengan Sambal Sotong. Nasi Impit.

Nak tolong masak, takut nanti tak kene pula dengan selera semua. Jadi kalau balik kampung, nana selalu tolong sediakan bahan memasak. Sambil tu jenguk jenguk macam mana mak mertua masak. Belajar cara dia masak expecially makanan fevret dale. Kari dengan asam pedas.

Lepas tolong sediakan bahan nak masak, mak suruh hantar cili blender dengan daun kunyit dekat atok. Rumah atok tak jauh. dalam 5 minit aje dari rumah. Nak jalan kaki pun boleh tapi basah jugak ketiak. Hahahhaaa ..

Nana kejut dale. Ajak pergi rumah atok. Atok sengeh aje tengok kami sampai. Rumah atok sunyi lagi. Anak anak belum sampai. Semua benda nak dimasak dah disediakan. Tinggal nak naikkan kuali aje. Menu atok dengan mak lebih kurang. Menu atok Masak Lodeh dengan Rendang Ayam. Nana tolong atok masak rendang. 2 ekor ayam. kalau dekat rumah mak mertua, nana tolong sediakan bahan, mak masak. Tapi selalunya kat rumah atok, Nana sediakan bahan, nana masak. Atok guide. Hehheee .. Lepas masak rendang, nana kedepan, tolong betulkan langsir atok. Malam tu kami kidnap atok kerumah mak berbuka bersama.

Nnaahhhh.. Belanja gambar raya kami.

 Tema First Raya bersama warna chocolate.


Ni pulak gambar second raya.
Berjalan sakan rumah sedara mara belah dale.
Siang, Malam.


Thursday, March 12, 2015

THANK YOU ALLAH FOR THE BEST FATHER EVER!!

Ya Allah. Nana bersyukur sangat dengan apa yang nana ada sekarang. Expecially bab kekeluargaan. Family nana ada 8 orang kesemuanya. Mak, Ayah dan kami 6 beradik. Nana anak sulung. Bawah nana, Aan. Then Yeyen, Ala, Nola dan last skali Amad si bongsu. Kami semua rapat dan biasalah. Kami suka sakat sesama sendiri. Gurau adik beradik.

Ayah, susah payah besarkan kami semua. Dulu ayah berniaga. Ada syarikat sendiri. Tapi tak de rezeki berpanjangan. Ayah terpaksa tutup Ismadin Sdn Bhd. Dalam kami berenam, nana yang rasa semua. Zaman senang dan zaman susah. Nana memang respek dengan ayah. Semakin lama semakin tua. Tapi tetap gagah untuk mencari rezeki nak membesarkan kami. 

Kalau kami dalam kesusahan, ayah nampak relaks aje. Tapi sebenarnya dia lah yang ligat fikirkan jalan penyelesaian. Haritu, kereta nana rosak. Actually tayarnya pancit. Ayah susah payah dengan kudrat dia. Hantar nana pergi kerja. Cari tayar ganti. Tukar tayar. Check balancing dekat kedai tayar. Sampai semua baik pulih.

Sedar tayar pancit depan kedai cina. Nasib baik masih dalam kawasan rumah


Ayah tengah tukar tayar

Pengorbanan Mak dan ayah memang tak dapat kami adik beradik balas. Jasa mereka. Hanya doa yang nana dapat curahkan. Semoga Mak dan Ayah diberkati dan segala yang mereka lakukan untuk kebaikan dipermudahkan. Amin.

Doa untuk kedua ibu bapa

SAYANG MAK !! SAYANG AYAH !!


Monday, March 9, 2015

ATHSMA

Dale, memang ada Athsma. Dari kecik. Dulu masa mula mula kenal, agak terkejut juga. Sebab kalau athsma menyerang, teruk. Memang nampak tak cukup nafas. Nak buat apa tak boleh. Takut tengok!! Selalu nana dari Putrajaya ke KL sebab nak bawa dale ambil nap dekat Hopital Kuala Lumpur (HKL). Lama lama, dah terbiasa. Dah tak terkejiut dan takut macam dulu.

Dale berhenti merokok. Dale hisap vape (electric cigar). Kurang sikit lelah nya.

Ni, first time dale ambil nap lepas kami kahwin. Anz bawak. Tengah malam. Kebetulan anz datang rumah nak lepak dengan mancing. Lepas settle nap dna ambil ubat, Doctor bagi surat refer. Tapi kompom dale simpan aje. Cheh!! Apapun sayang, nana akan sentiasa di sisi. Insyallah. 

mySuperman


Ubat lepas nap


Teman dale nap

UMPAN MANCING LOMBONG PERISA STRAWBERRY !!

Ingat tak hari tu nana ada cerita pasal LEPAK DEKAT LOMBONG. Actally haritu kitorang memancing. Mancing lombong. Hahhaaa . Bil nak memancing, kene lah ada umpannya. Macam mancing Kolam, kami pakai umpan ikan kembung. Kalau Jeti kami pakai sotong, ikan dan umpum. Kalau Lombong, ini makan dia. Hahhaaaa .. 

Umpan khas (Beli dekat kedai Ah Kuan)

Umpan yang dah siap, dikepal kepal pada mata pancing.

Dah siap kepal, baling dan tunggu ikan makan.

RESEPI NAK BUAT UMPAN :

Bahan-bahan:- 
1 Paket Umpan Bulat
1 Paket Umpan Bujur
1/2 Biji Kelapa Parut
1/2 Cawan Air Panas
Perisa Strawberry

Cara-cara:-
Tuang Umpan Bulat dan Bujur kedalam bekas plastik. Curahkan Air Panas. Biarkan selama 3-5 minit. Campurkan Kelapa Parut dan Perisa Strawberry then gaul rata. Siap !!

AKU PERCAYA KEPADA BALASAN ORANG YANG BERSABAR

Sabar.

Boleh tak nak cakap sabar tu sesuatu yang subjektif.


Kita kene train sabar dalam diri. Sabar tak datang dengan sendiri. Orang kata sabar tu sebahagian dari iman.


Nana percaya dengan ganjaran orang yang bersabar. Kalau ikutkan, nana ni panas baran. Kuat melenting dan mungkin sedikit pendendam. Bila makin dewasa, dah makin sedar perangai buruk sendiri, mula lah niat nak berubah. 

Belajar besabar.


Alhamdulillah, sikit demi sedikit, akhirnya nana dapat rasa nikmat ganjaran berkat dari bersabar. Best sangat rasa. Hati pun tenang. Jiwa pun happy happy je. 

Kalau korang tak percaya korang test lah. Tak rugi weh didik diri dengan benda positif.

MINUM UNTUK SIHAT

Harini bermula lah azam baru. Azam nak minum air banyak. Sejak akhir akhir ni asik sembelit aje. So, tanya tanya tips sana sini. Ramai yang suggest, suruh nana minum air banyak banyak dengan minum green tea. So, nana nak cuba amalkan. nana ni susah nak minum air. Setengah liter pun tak mungkin habis dalam sehari. Terukkan!!

Green Tea Lipton pilihan nana

Minum bila bila masa pun boleh. Kalau pekat, pahit sikit

Tadaaa .. Nana selalu minum kat office