Selamat pagi. Hahahaaa... Mood nana harini cam baik aje. Tak taw kenapa? Kalau nak diikutkan tak ada apa pun yang berlaku. Semalam lepas balik kerja Nana jumpa dengan Zaza, Iza dengan Fakhrul (Abang kesayangan Iza). Actually Iza dengan Fakhrul ni sekampung. Hubungan nampak mesra, ceria dan bahagia sekali. Suka sangat bila tengok kawan-kawan bahagia. hahaaaa.. Iskk.. dah lari tajuk pulak.
Balik ke office terus kami ke pantry. Lapar. Kalau makan lambat nanti gastrik menyerang. Uisshh... Tak sanggup Nana nak menahan sakitnye nanti. kalau kat rumah takpe jugak. Boleh guling-guling kat atas katil. ******* end cerita makan.
Pagi-pagi lagi nana dah kandungkan surat dalam fail. (bersemangat pulak nak kerja harini). Tadi Lily (Orked JPBD) datang. Katanya nak mintak tolong sapa-sapa tampalkan label kat aset-aset Seksyen Pentadbiran. Ohh.. tak pe. Biar Nana je yang tampal. Lagi pun, Nana kan kerani Aset kat sini. heee... Bukan nye susah sangat pun. Kassim Baba pun ade bagi few sampul-sampul kecil yang berminit kat Nana. Hahahaaa.. biase lah tu. Nana dah lali dengan kerenah Si Kassim Baba ni. By the way Kassim Baba ni Penolong Pegawai Tadbir Kanan kat Seksyen Pentadbiran. Boss nana lah kiranya.
Pada sapa-sapa nak tahu tentang tugas san tanggungjawab Nana, ni die Nana listkan senarai tugas Nana sebagai Pembantu Tadbir kat Seksyen Pentadbiran (JPBD). heee..
- Menaip Surat, Memo, Laporan dan Kertas-kertas Kerja
- Menguruskan hal-hal berkaitan dengan Mesyuarat Keutuhan, Mesyuarat Keselamatan Jabatan, Mesyuarat Pagi dan Mesyuarat Bahagian
- Memesan dan memastikan keperluan barangan / alat tulis untuk Seksyen Pentadbiran dalam keadaan baik dan mencukupi.
- Merekod dan Mendaftar Harta Modal dan Aset di Seksyen Pentadbiran (expecially on pergerakan aset)
- Membantu tugas-tugas pelupusan Harta Modal dan Aset di Seksyen Pentadbiran.
- Membantu menguruskan urusan berkaitan dengan kursus, dan latihan di Seksyen Pentadbiran.
No comments:
Post a Comment