Wednesday, May 12, 2010

UPLOADING



Ni time rehearsal Perhimpunan Bulanan KPKT yang dianjurkan oleh JPBD. That gal nama dia Lily@orked JPBD. Orangnye kurus, tinggi dan sangat cantik. Ngetop gitu.. :D






Yang ni pula hari langsungnya Perhimpunan Bulanan KPKT. Yang tengah tu Kak Ina A.K.A Ina Garima ( she so rakusssss ). Yeah! Kak Ina ni Pembantu Khas (PA) untuk Ketua Seksyen Sumber Manusia.

MORNING CIK NANA

Khamis, 13 Mei 2010, Jam 7.30 pagi
Nana pergi Wisma Tun Sambanthan.
Ade perhimpunan Bulanan JPBD untuk Bulan Mei 2010.
Muka semenyeh Nana pagi ni.














Tuesday, May 11, 2010

TIBA TIBA DIA DATANG



Selamat pagi. Hahahaaa... Mood nana harini cam baik aje. Tak taw kenapa? Kalau nak diikutkan tak ada apa pun yang berlaku. Semalam lepas balik kerja Nana jumpa dengan Zaza, Iza dengan Fakhrul (Abang kesayangan Iza). Actually Iza dengan Fakhrul ni sekampung. Hubungan nampak mesra, ceria dan bahagia sekali. Suka sangat bila tengok kawan-kawan bahagia. hahaaaa.. Iskk.. dah lari tajuk pulak.


Pagi tadi sampai office pukul 7.05 a.m. Lambat sikit dari hari-hari biasa. Selalunya pukul 6.50 a.m. Nana dah ada dalam pejabat. Dah lepak-lepak dekat setee kat Seksyen Pentadbiran sambil baca surat khabar (Utusan & The Star). heee... Macam biase, sampai je office Nana akan makesure semua aircond dibuka. mesin photostate di warm up kan. Then nana buka PC. Buka FirdausNet dengan WebMail. Kot-kot ade email yang perlu tindakan segera. Ya. Pagi ni Nana dapat 2 email berkenaan dengan Maklumbalas Minit Mesyuarat Keutuhan. OK. Jap lagi baru bukak. Tetibe rasa Lapar. Nana akan breakfast dengan Yan (Ni lah die membe yang sama-sama masuk dengan nana kerja. Kami interview pon sama-sama) Dalam pukul 8.30 a.m. kami pon turun ke kantin kat depan office. Hilang selera makan bila tengok makan pagi dekat sini. Setiap hari display benda yang sama. Boleh jugak nak dikatakan yang setiap hari Nana makan benda yang sama. ----> Meehon goreng cap Tapaw :D .

Balik ke office terus kami ke pantry. Lapar. Kalau makan lambat nanti gastrik menyerang. Uisshh... Tak sanggup Nana nak menahan sakitnye nanti. kalau kat rumah takpe jugak. Boleh guling-guling kat atas katil. ******* end cerita makan.


Pagi-pagi lagi nana dah kandungkan surat dalam fail. (bersemangat pulak nak kerja harini). Tadi Lily (Orked JPBD) datang. Katanya nak mintak tolong sapa-sapa tampalkan label kat aset-aset Seksyen Pentadbiran. Ohh.. tak pe. Biar Nana je yang tampal. Lagi pun, Nana kan kerani Aset kat sini. heee... Bukan nye susah sangat pun. Kassim Baba pun ade bagi few sampul-sampul kecil yang berminit kat Nana. Hahahaaa.. biase lah tu. Nana dah lali dengan kerenah Si Kassim Baba ni. By the way Kassim Baba ni Penolong Pegawai Tadbir Kanan kat Seksyen Pentadbiran. Boss nana lah kiranya.


Pada sapa-sapa nak tahu tentang tugas san tanggungjawab Nana, ni die Nana listkan senarai tugas Nana sebagai Pembantu Tadbir kat Seksyen Pentadbiran (JPBD). heee..

  1. Menaip Surat, Memo, Laporan dan Kertas-kertas Kerja

  2. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan Mesyuarat Keutuhan, Mesyuarat Keselamatan Jabatan, Mesyuarat Pagi dan Mesyuarat Bahagian

  3. Memesan dan memastikan keperluan barangan / alat tulis untuk Seksyen Pentadbiran dalam keadaan baik dan mencukupi.

  4. Merekod dan Mendaftar Harta Modal dan Aset di Seksyen Pentadbiran (expecially on pergerakan aset)

  5. Membantu tugas-tugas pelupusan Harta Modal dan Aset di Seksyen Pentadbiran.

  6. Membantu menguruskan urusan berkaitan dengan kursus, dan latihan di Seksyen Pentadbiran.

Monday, May 10, 2010

SOAL HATI

Entah kenapa kegatalan melanda diri ini.. Sejak dua menjak nih. Secara tak sengaja fikiran nana terganggu dengan sikap seseorang yang suka bergurau dengan nana.Tak sangka pulak nana kali ini gurauan die bermakna. Haaiiissshhh..

Ya Allah, Ya Tuhanku, hindarilah perasaan curiga dan bukan-bukan dalam diriku ini. Sesungguhnya aku hanya lah insan yang hina. Aku bersyukur padamu Ya Allah kerana kau berikan aku hidup di alam yang indah ini. Ditemani oleh rakan-rakan yang memahami dan sentiasa bersama aku di waktu susah dan senang. Semoga kehidupan insan itu bahagia ke akhirnya dan dijauhi malapetaka. Amin.

I WISH TO HAVE IT IN MY BAG

  1. a new sony ericsson W995 phone (something like IEZA red's)
  2. an underwater camera ( i prefer sony, canon or nikon than others)
  3. a new make up bag (new make up also)
  4. a black pen and a note book ( so i can jot down all sweet memories)
  5. my wet look hair wax - for my curly style
  6. an english novel (i think i should learn reading)
  7. a little cute bag ( for my coins)
  8. a new LOUIS VOUITTION purse

CINTA ATAU PSYCO..?

Kenapa ada orang lepas putus cinta dia jadi PSYCO lepas tu?

Hati dan cinta tak boleh paksa.
Kalau dah dia tak suka.

Dan tolonglah jangan psyco anak orang.
Sebab kau takkan menang.

rimas .. rimas .. rimas dan rimas ..

please..!!

SAYA SEORANG SULUNG


Best ke jadi anak sulung?

1. Kecil-kecil lagi, anak sulung dah diberi tanggungjawab jaga adik. Tak kisah, kau ada orang gaji ke, mak kau surirumah ke, nenek kau jaga kau kat kampung ke...tapi kau tetap kena take care of adik kau..kan.

Kalau mak bapak tak de kat rumah, nana kena jaga adik, bagi makan, mandikan dan lain-lain. Paling tak best sekali kalau dah setting dengan membe-membe nak keluar outing, tetibe mak dengan ayah ada hal penting nak keluar. So keinginan nak keluar tu terpaksa dilupakan aje. Sebab kena jaga adik. Perasaan time tu nana aje yang yang tahu. Kalau dengar je budak-budak tu bergaduh or ade ape-ape yang tak kene. Abes satu kampung dengar suara nana nih. Hahahaa.. (iyea ke?)

2. Kalau ade adik kecik. Tengah lepak-lepak tengok TV. Lepas makan tengah hari pulak tu. Mak panggil. Mintak tolong mandikan adik – cebokkan adik berak – or teman kan adik berak kat toilet. Serius tak cool. Bertambah pulak dengan perasaan malas yang mana baru lepas makan sekenyang kenyangnya. Kengkadang tertanya-tanya bila lah nak besar budak nih. Tak sabar betul nak tengok budak ni uruskan diri die sendiri.

Yeyen. Ala, Nola and Amurd, you owe me for this.

3. Oh, tugas pembantu dapur sudah tentulah nana punya. Dari basuh pinggan mangkuk, ke potong bawang, ke goreng kacang, ke potong timun, basuh cili, kopek telur...eh macam nak masak nasi lemak je mak aku ni :p

Umur 14 tahun aku dah masak sambal tumis untuk makan tengahari wehhh. Okay my point is, Ala and Nola, that's why I know what, how, when and where in the kitchen. Kalau nak buat makan-makan, nana aje lah yang kene tolong mak. Menu kegemaran diorang Rendang. Kerja paling leceh - off course Goreng kerisik. Paling menyampah bila kene Potong daging-ayam semua. Adik-adik yang lain boleh tengok TV aje..lepas tu mereka akan terlena dibuai mimpi indah. Nasib baik nana tak reti anyam ketupat. Hahaaaa...

4. Kalau bergaduh adik-beradik dah tentu nana yang kalah bila mak bapak masuk campur. Especially, kalau adik tu anak kesayangan mak kan. My Parents selalu cakap “ yang TUA kene lah beralah dengan yang MUDA” – tak suka tol wordin ni.

I know you are smiling Aan.

5. Bila dah boleh memandu kereta, kena ambil/hantar adik kat sekolah and kolej. Sekolah tak nak kalah, nak sekolah yang ada nama aje. Ambil/hantar adik kat Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS). Ambil/hantar adik kat kolej. Amik/hantar asik g kelas tambahan malam kat sekolah die. Amik/hantar adik pergi Tadika. Then bawa mak pergi pasar beli lauk untuk masak. Kadang-kadang tu kene shop by my own. Time tu kabuit lah tak taw nak beli apa untuk mak masak. Kalau tak sempat/malas masak beli bungkus je lah. When school holiday coming nana kena bawa adik-adik pergi jalan. Kena tolong carikan maklumat kat internet sebab adik-adik nak buat folio Sejarah dan lain-lain. Kena pergi CC print kan kerja sekolah adik. Kena beli topap adik setiap minggu supaya line telefon die sentiasa aktif. Kena beli stationery adik masa tengah outting dengan Zaza. Selagi tak settlekan kes-kes yang melibatkan adik-adik ni. Selagi tu hati si sulung ni tak tenteram. Okay over. (-_-“)

Jadi, best ke jadi anak sulung?


Actually ------> Best!

Sebab sekarang nana boleh suruh korang semua buat kerjaaa. Yeah!

Nola pernah cakap, “Eee, nana ni..suka hati je nak suruh.”

Hey, aku kan kakak! (by the way adik-adik nana tak penah pon panggil nana KAKAK)


HAPPY BIRTHDAY AMURD




Kalau korang semua pernah baca post nana sebelum ni.. nana copy pos dari blog sepupu nana menceritakan tentang EN. ISMAIL bin YUSUF (sapa lagi kalau bukan ayah nana) heeee.. Ya. Dalam blog ABANG MUAZ (my couzin) menceritakan tentang En. Ismail ni ada 6 orang anak.. Tiga laki-laki & Tiga perempuan.. Hahahaaa..
Kali ni nana nak cerita kan tentang ADIK BONGSU nana. atau SI BONGSU atau MANJA (nama panggilan die suatu ketika dulu, tapi die tak suka orang panggil dia manja)
Nama penuh die MUHAMMAD FIZMAN bin ISMAIL. Nama timangan AMURD. Kalau nak panggil "A" pon ok je. Umur amurd sekarang ni 6 tahun (2010). Birth of date die 8 Mei 2004. Time tu nana masih lagi belajar di Tingakatan 4 ( JIGS).

Dah menjadi lumrah sebagai seorang Bongsu. Amurd ni memang manja dan cepat touching. Paling sensitif sekali kalau kita dah janji dengan die. Tapi kita tak tunaikan. Dan seperti tahun-tahun yang lepas, bila tiba bulan Mei, nana akan celebrate BIRTHDAY amurd. tak kisah lah time tu macam mana pon keadaan kewangan nana. baik ade duit mahupun tak de. Entah kenapa hari jadi amurd dah jadi satu kemestian dalam family kami untuk disambut.

Tahun ni kami sekeluarga celebrate awal sikit. 2 Mei 2010(Ahad) amurd dah tiup lilin. Kenapa? Sebab hari tu, semua ahli keluarga ade dekat rumah.. Family nana ni jarang-jarang FULL HOUSE. Ayah kerja tak kira masa. Bila masa die nak kerja die keluar. Adik lelaki nana sorang belajar di Kolej sekitar KL but he stay dekat asrama.Lumrah Student so busy. Kadang-kadang tu terpaksa miss weekend di rumah. Yang sorang lagi(budak genius)still in secondary school dekat Kuala Selangor- sekolah menengah sains kuala selangor (KUSESS). Kebetulan minggu ni dorang berdua balik, kami pon bersama-sama meraikan hari lahir amurd yang ke enam.

tahun ni uat suprise party. amurd tak tahu pon yang haritu kami nak celebrate birthday die. dia nampak terkejut n seronok sangat.
selamat hari jadi amurd. nana doakan amurd berjaya. nana sayang amurd.

Monday, April 26, 2010

SABTU LEPAS CIK NANA FUTSAL & PICNIC..!!

Syok nya bila bersama dengan teman-teman. Selalunya kami akan menghabiskan masa window shopping, makan-makan, service motor, cuci motor, macam-macam lagi lah. Kali ni lain pula aktiviti kami. Guess what..? ermm.. Kami ber FUTSAL. Hahahaaaa... Sound funny but its really cool. beb.. kenapa lah dari dulu kami tak terlibat dengan aktiviti macam ni..? Nana join event ni pun Zaza dengan Iza yang ajak. Office diorang buat sukan bahagian. happening sungguh office diorang ni. Tak macam office Nana. Kelam Suram. Busan. Sentiasa dalam "boring mode" ade jugak lah rasa cam time tengah berkabung kat office ni. Rase nye Nana ajelah yang buat kecoh tiap-tiap hari kat office. Huh! Mesti semua orang dah busan dengar suara Nana tetiap hari and they feel much better bila Nana Cuti. Hahaaa. Maybe ler kan.

Hari tu Nana ajak Kak Via join sekali. Zaza pula ajak Shahrir (Adik dia bukan boyfren tau). Saje je sesekali menyibuk-menyibuk dalam event orang. Hahaaa.. itulah dia Nana. Ada 4 team semuanya - Mashimaro - Teletubies - erm.. lagi 2 tak ingat lah - :p Zaza kata Sharir tak pandai main bola. Tapi bila tengok Sharir main. Ok lah. Tidak lah kaki bangku. Adegan yang paling kelakar and tak dapat Nana lupakan bila Nana sambut bola yang team lawan(Team Iza) nak sumbat dalam goal team Nana. Tak pasal-pasal dapat Penalty. Dooommmbb.. Masuk sebijik goal Free Iza sumbat. Hahaaa.. Time tu Nana blur-blur jugak. Hahaaa.. mungkin sebab dah terbiasa main Bola Tampar kat JPBD. So bila bola tuh dekat je dengan kita nak sambut. Hahahaa.. I wont repeat it again!! never.. and never...!! Lepas je tamat aktiviti bola-bola, Kami ke Templer Park. Senyum lebar ler Nana. Nana memang suka Mandi Sungai or Laut. Walaupun Nana alergy dengan air laut. Pendek kata Nana suka PICNIC!! Best betul bila duduk celah-celah batu air terjun. Perasaan haritu best sangat. Tak tahu lah camane nak gambar kan. Hope next time ade lagi aktiviti macam ni. - Miss it-

Wednesday, March 24, 2010

DAH LAMA CARIK LAGU NIH..BARU JUMPA..AGAK NYA ADA LAH DALAM 4-5 TAHUN..MACAM TAK PERCAYA JER..!!

Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia mengikat pandanganku

Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat kumelupakan dirinya
Terbayang wajahnya di mataku

Ingin kutanya namanya tapi hatiku rasa malu
Tak terucapkan walau sepatah kata
Mungkinkah diriku telah di lamun cinta
Oh hatiku resah selalu

Haruskah daku menyatakan perasaanku kepadanya
Mungkinkah dia kini telah berpunya
Getar hati makin terasa
Bila terdengar suara dan bertentang mata
Kubagaikan bebunga kehujanan
Berkembang mekar di setiap ketika

Tidur malamku tak lena
Asyik teringat padanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya
Hanyalah dirinya bermain di ingatan
Oh tuhan kurindu padanya

I MISS THE OLD TIMER..!!

Pergh..berhabuk..bersawang blog ni..rasenye ade sebulan lebeh aku tak jenguk-jenguk page ni.. Rutin harian sekarang sangat padat. Bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Lepas office hours view ape yang patut kalau balik terus pon tak guna sebab jalan JAMMED giler. Lepas Maghrib baru dapat balik. Sampai rumah selak BUKU skejap sambil-sambil menghadap FACEBOOK. Pukul 11 malam baru tidur. Rutin tak banyak berubah cuma penat bertambah. Bila tidur malam rasa macam tak sedar apa-apa. Punyalah letih.