Monday, February 20, 2017

GANTI PUASA

assalamualaikum.

harini nak masuk hari ke-4 nana ganti puasa ramadhan, memandangkan bulan ramadhan yang lepas burn 30 hari sebab dalam pantang.  alhamdulillah setakat ni production susu maintain. by the way mommy masih pening lalat fikirkan aqil tak mahu botol. alahaiii anak.

badan pun OK. tak lemah tak angin tak pening tak pitam cuma bibir kering. nana just kne make sure nana cukup makan pada malamnya dan sahur untuk bagi tenaga keesokan hari.

so, nak ucap semoga berjaya kepada diri sendiri. kita buat selagi mampu.

hancur lebur plan diet bila puasa. berbuka aje macam macam nana sebat. mat aqil pun sengeh tumpang suap dari mommy.

entah kenapa selera dua tiga hari ni nak makan snack dengan fast food je.


mommy taaaa kuattttt !! hahhahaaa ... 




Thursday, October 6, 2016

SUSU DROP

hai.

stress susu drop

kononnya target nak susukan baby aqil sampai 2 tahun. tapi ni baru 4 bulan setengah susu macam nak kering dah.

selalunya bila pam dapat jugak 4 ke 7 oz. minggu lepas 2 oz aje. pump malam semalam 2 oz pun tak sampai. 

tertanya jugak kenapa susu mengering. 

sekarang ni tengah fikir balik apa ubat yang doctor bagi dulu nak bagi tambah susu. 

kesian price aqil tak puas susu dan terpaksa topup dengan susu fomula.

Monday, September 19, 2016

SYUKUR, ALHAMDULILLAH :)

38.5

Alhamdulillah

Syukur Nikmat

nana selamat bersalin seorang putera dengan berat lahir 2.65kg pada usia kandungan 38 minggu 5 hari di Hospital Selayang secara pembedahan. anugerah dan amanah yang tak ternilai dari Allah untuk keluarga kami. bersyukur sebab dapat peluang untuk menjadi seorang emak.

darah naik bila masuk labour room

masuk air dan ubat

aqil masa baru lahir 

geram pulak tengok baby menguap

 sementara nak tunggu waktu melawat. nasib baik dapat katil tepi tingkap 

malam masa ibu dan anak <3 p="">

Tuesday, September 8, 2015

OMG !! I MADE A GREEN POPIE!!

assalamualaikum semua.

nana masih rasa tak sedap badan lagi. entah kenapalah .. alahaiiii .. pagi ni, nana berak hijau pulak. terkejut weh !! serius hijau.  apsal lah pulak ni. is it serius? selalu orang cakap kalau berak hijau tandanya nak mati. persoalannya. betul ke? am i gonna die?

atau aku nak bertukar jadi HULK? aishhh .. risau ..

Tuesday, September 1, 2015

REZEKI MAK DENGAN ATOK

assalamualaikum and good morning. ahaks!!

hari sabtu dan ahad. nana dah berjalan sakan. pergi kenduri dengan window shopping area KL. weekend ni jugak, mak, abah dengan atok datang KL. sebab nak wakilkan keluarga nyang, si nurul bertunang. nurul bertunang hari ahad. Alhamdulillah. majlis berjalan lancar.

dah siap nak g majlis bertuang uyun

dah lama cari tube macam ni. bila dah jumpa terus grab. kebetulan ada 50% sale.

 kalau boleh nak semua. alahhaaiii .. nana memang suka blink blink. tiga pun cukup lah. murah RM20 each. pernah beli dulu dalam RM35 jugak kalau tak silap .. lepas tu tak tahu hilang kemana

 singgah jap stall tako yaki pekene unagi (my favaurite) dengan octopus (dale's favaurite)

duduk jap sementara dale cari barang dia. hehheee ..

hari isnin pulak cuti peristiwa sempena hari kemerdekaan. nana dengan dale tak rancang kemana pun. duduk rumah rehat aje. tengah hari tu mak pah dengan wan datang rumah. nak ambil kain untuk jahit baju. diorang cuti cuti merdeka dekat subang. wan tak berapa sihat. sakit lutut teruk. faktor usia. petang tu pulak, mak, atok, ude dengan akak datang rumah. nana hidangkan kuehteow goreng dengan fries and wedges. atok tak makan kueh teow. layan tengok atok makan fried dengan wedges. mak dengan atook balik dengan akak. sebab kami ada plan nak pergi mancing udang. boleh mak dengan atok bawak balik ipoh esok.

kolam mancing udang harimau favaurite kami dekat sungai long. D'Ombak nama kolam dia. oklah. mancing dua orang (dale dengan ude) dapat hasil 2 kilo lebih. ude mengene pulak parking dekat tiang depan tu. letak aje makan. letak aje makan. seronok mancing macam ni. nah ... ni gambar yang sempat nana snap.

ini umpan untuk mancing udang harimau . umpan UMPUN

 port bertuah uda, dekat tiang

 port favaurite

 dale dengan ude fokus!!

 ini jaring untuk letak udang yang dah titangkap

 ini antara hasil yang kami dapat malam tu

dua kilo lebih sikit. penambahan akhir akhir sebelum masa nak habis.
alhamdulillah. rezeki mak dengan atok

Friday, August 28, 2015

TERIMA KASIH DAUN KELADI

salam jumaat kawan kawan

dua tiga hari ni rasa lega sikit. sebab perjalanan pulang ke rumah dari pejabat, agak smooth. alhamdulillah. perjalanan ku dipermudahkan. apapun nana nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis trafik expecially diorang yang bertugas di setiap exit dekat bulatan pahang tu. kerja time pick hour. tak kira berpanas or berhujan. semoga segala urusan tuan juga dipermudahkan.

ini exit nana dekat bulatan tu. 
nana tak boleh straight naik flyoever sebab nana nak lalu depan dynasty hotel.
sejak ada polis jaga exit ni. mudah sikit perjalanan. 
tak de individu yang pentingkan diri yang block jalan untuk kami masuk ke simpang ni
tak tahulah kalau polis ni ditempatkan sementara sebab jalan tutup sempena bulan kemerdekaan

BOLEH TAK NAK MINTA POLIS TRAFIK TU KAWAL BULATAN NI
EVERY WEEKDAYS

Wednesday, August 26, 2015

MASIH ELOK JIKA DIJAGA BAIK

assalamualaikum .. 

semalam balik kerja nana kemas kasut. since raya, kasut yang dipakai tak disimpan dalam almari. sambil sambil tu nana kemas almari kasut. nak buang mana yang dah tak boleh pakai. misi mengosongkan almari kasut. yang peliknya ada pulak kasut yang ade kotak tapi kasutnya ntah kemana. mungkin kat rumah mak kot. kat bawah ni antara koleksi kasut nana yang dalam almari tu. yang dah lama tak berusik. selalu aje rasa macam takde kasut. hahhahaa ... 

 brand : vincci      color : brown

 brand : charles & keith      color : blue/black

 brand : vinnci      color : beige

 brand : sembonia      color : black
this is my favaurite hills. got special detach on it outter side 
so lovely babe!!

  brand : nose      color : yellow

brand : vincci      color : black

brand : tak hengat      color : cream

brand : kronos       color : pink/grey


AAAAAPPPAAAAAAA...??

JAWAB SECARA SPONTAN:

menguji sejauh mana konsentrasi korang sekarang ni.
jawab secara spontan, jangan fikir banyak.

baca SATU demi SATU

CONCENTRATE

OK. KITA MULA.

soalan konsentrasi warna

1. kertas A4 apa warna dia?
2. asap apa warna dia?
3. tisu warna dia apa?
4. lembu minum apa?

yang jawab susu tukonsentrasi korang terganggu.

1. rambut warna apa?
2. tulisan ini warna apa?
3. jalan raya warna apa?
4. kelawar tidur bila?

yang jawab malam tu konsentrasi korang terganggu. 
kelawar tidur siang

1. warna cendol apa?
2. daun kelapa warna apa?
3. warna bagi kebanyakan rumput?
4. harimau makanannya apa?

yang jawab rumput tu hahhahaa ..
harimau makan daging

Tuesday, August 25, 2015

HEBAT ANAK MELAYU

hai gang!

aim nana sekarang ni wekend, nak berjalan aje. off. tak nak duduk rumah. so last week kami lepak publica. dekat aje dengan rumah. mari lepak cafe rare sikit. nama dia WONDERMILK. cafe milik anak melayu. bagi nana lagi hebat dari setabak. deco yang sangat cantik dan menarik. dengan nama dia pun kita dah tahu main course dia adalah milk. kalau lapar, ade sandwich, ada cupcakes, cookies and so ever.

okay nana rasa 4 jenis cupcake (bukan rasa tapi makan) hahahaa .. 
memang sedap and moist!! 4 biji dalam RM20

sorry lah tak ambil gambar sebab kang orang kata jakun lak kan. takde pun orang jenis tergedik gedik nak selfie selfie kat situ. kalau tengok orang yang lepak situ pun memasing macam nak relax. memang tak de orang kacau.


nana recomend you guys, kalau outting bawak anak lepak cafe ni. dia ada port untuk budak budak. so boleh biar anak korang main kat kids area tu. janji diorang enjoy and seronok while korang boleh nikmati coffee and cake korang dengan aman. cafe ni ade dua area. open and close. close area yang ada tempat mainan budak. and off course close area berhawa dingin yer.

sekarang ni memang musim deco kayu ni kan

so, kalau ade masa tu. tak taw nak pergi mana. try lah lepak sini. kawasannya pun tak kelam kabut. tak de budak budak baru nak up dengan rambut pacak warna hijau lumut. hokey!

 kat depan nana ade awek hot. so i give her a smile yang mendalam maksudnya. hahhaaa ...

I ADA ANAK BULUS BARU

 SI BULUS. memang binatang kesayangan kami sekeluarga. tak kira jumpa kat mana pun. mesti kene kejar dengan kitorang punya. halnya semalam, nana balik kerja, tiba tiba buka pintu kereta aje. muncul dua anak bulus. entah sapa punya. cantik dan bersih. comel pulak tu. warna orange. nana angkat seekor. jinak lah. tak lari pun. tengok jantina dedua jantan dalam hati dah agak dah jantan. korang taw tak kita boleh kenalpasti jantina kucing dengan tengok bulu dia. hehee .. nak tips mai jumpa nana. nak story sini kang panjang lebar pulak.


bila angkat yang sekor ni. yang sekor lagi datang main main kat kaki pulak. eh! nak dukung jugak ke dik? nana terus melencong ke rumah sebelah. (kucing yang dekat kaki tu ngekor jugak) tanya mak kucing sapa ni. mak cakap orang buang kot. dari tadi ade aje kat area rumah kitorang ni. mak dah bagi makan dengan minum susu.

seronok lah dengar mak kata orang buang. memang dah plan tadi kalau tuan dia tak tuntut dalam masa tiga hari, nana nak bela. comel kot weh! comel sangat lah. dan manja.  kucing tu ikut nana balik rumah. mak dah bagi makan tadi, nana tak de lah bagi makan lagi. kebetulan pulak makanan kucing dah habis. dale baru topap malam tadi.


kucing dua ekor ni tak reti duduk diam. kita baring kat sofa dia boleh main kejar kejar dan bergurau lagi .. lari sana sini. nana tak kisah dik. ko jangan seronok sangat sampai kencingkan akak dah laa yer. as usual nana akan tertidur dekat sofa sambil tengok tv. kucing dua ekor tu pun lentok sama berhimpit. nana boleh rasa hangat badan diorang. rasanya diorang ni adik beradik lah. sama besar. warna pun sama. 

dale balik kerja aje terkejut! tengok ade kucing baru. ayah pulak belanja KFC. untung lah kucing makan kepci rini. apa pun AKI still senior kat rumah okay. bila ade kucing baru aki nampak tua pulak. kucing baru dua ekor ni tak bagi nama lagi. nanti lah fikir nama diorang. aki dah jadi pakcik. hahahaaa .. kalau AK ade. mesi lagi best. 

Al-Fatihah

well adik adik .. when there is a house, there must be some rules. okay! akak tak mintak banyak.

first and the most important thing, STRICKLY DILARANG masuk kedalam bilik bilik yang ada expecially bilik akak OK!

second, jangan terbalik kan tong sampah rumah akak untuk cari sisa makanan or tulang tulang OK.

third, dilarang kencing, berak dan muntah di merata rata tempat. please use the toilet. sila belajar dari AKI. pergi sana sembang dengan aki. camana dia pandai guna toilet. OK

dan yang last sekali, jangan garu garu dekat sofa akak.

PROMISE yea! kalau tidak nanti korang jadi kucing kurung. sangkar kat rumah akak tu dah lama tak bertuan taw. hahahhaaa ..