Thursday, March 12, 2015

THANK YOU ALLAH FOR THE BEST FATHER EVER!!

Ya Allah. Nana bersyukur sangat dengan apa yang nana ada sekarang. Expecially bab kekeluargaan. Family nana ada 8 orang kesemuanya. Mak, Ayah dan kami 6 beradik. Nana anak sulung. Bawah nana, Aan. Then Yeyen, Ala, Nola dan last skali Amad si bongsu. Kami semua rapat dan biasalah. Kami suka sakat sesama sendiri. Gurau adik beradik.

Ayah, susah payah besarkan kami semua. Dulu ayah berniaga. Ada syarikat sendiri. Tapi tak de rezeki berpanjangan. Ayah terpaksa tutup Ismadin Sdn Bhd. Dalam kami berenam, nana yang rasa semua. Zaman senang dan zaman susah. Nana memang respek dengan ayah. Semakin lama semakin tua. Tapi tetap gagah untuk mencari rezeki nak membesarkan kami. 

Kalau kami dalam kesusahan, ayah nampak relaks aje. Tapi sebenarnya dia lah yang ligat fikirkan jalan penyelesaian. Haritu, kereta nana rosak. Actually tayarnya pancit. Ayah susah payah dengan kudrat dia. Hantar nana pergi kerja. Cari tayar ganti. Tukar tayar. Check balancing dekat kedai tayar. Sampai semua baik pulih.

Sedar tayar pancit depan kedai cina. Nasib baik masih dalam kawasan rumah


Ayah tengah tukar tayar

Pengorbanan Mak dan ayah memang tak dapat kami adik beradik balas. Jasa mereka. Hanya doa yang nana dapat curahkan. Semoga Mak dan Ayah diberkati dan segala yang mereka lakukan untuk kebaikan dipermudahkan. Amin.

Doa untuk kedua ibu bapa

SAYANG MAK !! SAYANG AYAH !!


Monday, March 9, 2015

ATHSMA

Dale, memang ada Athsma. Dari kecik. Dulu masa mula mula kenal, agak terkejut juga. Sebab kalau athsma menyerang, teruk. Memang nampak tak cukup nafas. Nak buat apa tak boleh. Takut tengok!! Selalu nana dari Putrajaya ke KL sebab nak bawa dale ambil nap dekat Hopital Kuala Lumpur (HKL). Lama lama, dah terbiasa. Dah tak terkejiut dan takut macam dulu.

Dale berhenti merokok. Dale hisap vape (electric cigar). Kurang sikit lelah nya.

Ni, first time dale ambil nap lepas kami kahwin. Anz bawak. Tengah malam. Kebetulan anz datang rumah nak lepak dengan mancing. Lepas settle nap dna ambil ubat, Doctor bagi surat refer. Tapi kompom dale simpan aje. Cheh!! Apapun sayang, nana akan sentiasa di sisi. Insyallah. 

mySuperman


Ubat lepas nap


Teman dale nap

UMPAN MANCING LOMBONG PERISA STRAWBERRY !!

Ingat tak hari tu nana ada cerita pasal LEPAK DEKAT LOMBONG. Actally haritu kitorang memancing. Mancing lombong. Hahhaaa . Bil nak memancing, kene lah ada umpannya. Macam mancing Kolam, kami pakai umpan ikan kembung. Kalau Jeti kami pakai sotong, ikan dan umpum. Kalau Lombong, ini makan dia. Hahhaaaa .. 

Umpan khas (Beli dekat kedai Ah Kuan)

Umpan yang dah siap, dikepal kepal pada mata pancing.

Dah siap kepal, baling dan tunggu ikan makan.

RESEPI NAK BUAT UMPAN :

Bahan-bahan:- 
1 Paket Umpan Bulat
1 Paket Umpan Bujur
1/2 Biji Kelapa Parut
1/2 Cawan Air Panas
Perisa Strawberry

Cara-cara:-
Tuang Umpan Bulat dan Bujur kedalam bekas plastik. Curahkan Air Panas. Biarkan selama 3-5 minit. Campurkan Kelapa Parut dan Perisa Strawberry then gaul rata. Siap !!

AKU PERCAYA KEPADA BALASAN ORANG YANG BERSABAR

Sabar.

Boleh tak nak cakap sabar tu sesuatu yang subjektif.


Kita kene train sabar dalam diri. Sabar tak datang dengan sendiri. Orang kata sabar tu sebahagian dari iman.


Nana percaya dengan ganjaran orang yang bersabar. Kalau ikutkan, nana ni panas baran. Kuat melenting dan mungkin sedikit pendendam. Bila makin dewasa, dah makin sedar perangai buruk sendiri, mula lah niat nak berubah. 

Belajar besabar.


Alhamdulillah, sikit demi sedikit, akhirnya nana dapat rasa nikmat ganjaran berkat dari bersabar. Best sangat rasa. Hati pun tenang. Jiwa pun happy happy je. 

Kalau korang tak percaya korang test lah. Tak rugi weh didik diri dengan benda positif.

MINUM UNTUK SIHAT

Harini bermula lah azam baru. Azam nak minum air banyak. Sejak akhir akhir ni asik sembelit aje. So, tanya tanya tips sana sini. Ramai yang suggest, suruh nana minum air banyak banyak dengan minum green tea. So, nana nak cuba amalkan. nana ni susah nak minum air. Setengah liter pun tak mungkin habis dalam sehari. Terukkan!!

Green Tea Lipton pilihan nana

Minum bila bila masa pun boleh. Kalau pekat, pahit sikit

Tadaaa .. Nana selalu minum kat office

DESIGN INAI

Ini design inai masa nana kahwin. Masa pakai inai tu, Farah (Adik ipar) ada sekali. Farah dengan Safuan pun ada. Seronok ramai ramai. Ala pun pakai inai jugak. Beth tak dapat datang. Ada hal katanya.

Nana pakai inai sehari sebelum majlis. Dalam pukul 6:30 camtu. Tapi inai ni tak tahan. Mandi esok pagi dah pudar. Dale punya lagi lah. Macam tak pakai je. So terpaksa pakai lagi sekali. Nasib baik kedai India belakang rumah ni ada jual inai tiub.

Inai ni Kak Megha yang pakaikan. Nana booking dia masa kitorang pergi beli barang nak buat hantaran dale. Kak Megha dia lukis lukis inai tangan dekat jalan tar. Dekat depan mydin yang dah tutup tu. Harga dia bagi RM120. Harga asal RM150. Total untuk semua yang berinai haritu RM180.

Corak tangan dengan kaki

Sebenarnya nana nak pakai inai corak simple aje. Tapi kak Megha kata tak cantik. Tapi kalau serabut sangat pun tak cantik kan. 



Sunday, March 8, 2015

TOP 10 FISHING HUNT FOR A FUN TRIP !!

Ada kawan kawan yang perli dan pelik bila nana selalu ikut dale memancing. Ada komen positif ada komen negatif. Siap kutuk kutuk. Nana seronok support apa yang suami nana suka. Dia happy, nana pun happy. Mungkin ada segelintir yang tak minat dan bagi alasan memancing ni membosankan, tak berfaedah, membazir dan lain lain. Apa kata, korang cuba. Cuba menganggap memancing ada lah satu aktiviti yang menyeronokkan. Maca pergi shopping. Dibawah ni nana nak kongsi beberapa tips untuk awek awek yang tak seronok bila temankan boyfreind diorang memancing.


1) Memancing adalah sebahagian dari rekreasi. Jika anda tidak berasa gembira, mesti ada yang tak kena.


2) Find the bait, and you find the fish. This is true on many levels- from finding bait schools holding up at temperature breaks, current changes, structure (piers, rocks, wrecks), and kelp paddies to using bait appropriate to the local fishing situation.



3) Be flexible. When conditions are right, the bait is there, the fish are there, but nothing is happening, be creative! Try different approaches- fish bait pieces, different baits, different depths, iron jigs, lighter line- the list of things you can do is only limited by your imagination.

4) Match your hook size to your bait- small for small, large for large. It makes a difference in holding your bait, and in how many strikes you will get.


5) Know your gear and how to use it. Learn the features and functions of your reel: how to set the drag, how to cast. Practice, Practice, Practice (darn shame you have to go fishing to practice fishing!)

6) Change your line. Fishing line has memory- it will retain the twist, nicks scrapes, and it gets weaker every time it is used. Losing the fish of a lifetime to old, brittle line is about as bitter and preventable a problem as there is.

7) Learn a strong knot and stick with it. A good, non-slip knot makes a good fisherman a great fisherman. Need a new knot? See the links on the top right of this page.

8) Maintain your gear. Rinse/soak your reels (lubricate according to mfg. instructions), wash your fishing rods (paying special attention to the guides), and clean your tools. Your gear will last longer and perform better when it counts.


9) Fishing is patience, practice, and skill. Take the time to properly set up your gear, tie a solid knot, and check your surroundings. Be aware at all times of what you are doing- sharp hooks and knife blades are accidents waiting to happen.

10) See tip #

PERIOD PULAK !!

Hai semua. Apa Khabar.

Mood mood wanita

Harini badan rasa lesu aje. Almaklumlah Isnin. Mood tu tak berapa nak sampai lagi. Dekat office pun semua macam kepenatan. Kurang bercakap dan bergurau.

Alkisah yang nak diceritakan, nana suspek nana mengandung. Bila kawan kawan dekat opis tegur. Perut kembung, berat badan naik dan selalu penat, lelah. Nana siap google ciri ciri orang mengandung. So far memang ada lah yang mengena. Excited.


Tiba tiba harini period pulak. Kene kat office. Aiyoooo .. Simpan jap angan angan nak jadi mak tadi. Patut lah badan out habis seminggu ni. Memang tak larat. Tapi ada suami kan nak dilayan kat rumah, gagahkan jugaklah. Masak, ngemas, membasuh.

Masa bujang dulu, nana tak adelah lesu sampai macam ni. Dah kahwin ni, sebelum period, badan dah terasa lemah lemah. Sakit sana sini. Pening pning bagai. Lepas tu. bilaperiod pulak, masa bujang OK je. Lepas kahwin period pain menyerang. Rasa nak tumbuk tumbuk aje perut ni. Nana tido nak hilangkan rasa sakit tu. Tido meniarap  atas lantai sambil tekan perut kat lantai. Sebenarnya, tido pun tak hilang rasa sakit tu. Cuma terganggu sikit ajelah. Bila dah tido tu tak rasa dah. Kalau rajin, tuam atau tungku.

 Selain tido meniarap, boleh buat senaman macam ni

 Bertungku dengan beg panas

Sakit weh!

Saturday, March 7, 2015

DAPAT HUSBAND BODY BUILDER

Since sebelum kahwin lagi dale memang dah berjinak jinak dengan gym dan body building. Memang nampak hasilnya. Perut ada kurang banding dengan dulu. Lengan berketak ketak. Dada naik. Cuma kene trim lagi biar Fit. Hahahaaa .. Pandai nana complain. 

Untuk buat badan ni, kene ambil suppliment. Memang cepat dan berkesan. Antaranya protein. Selalu kitorang keluar date, semata mata nak cari suppliment gym dale. Merata. Dari Mutiara Kompleks kat sebelah rumah ni, sampai lah ke Subang. 

Antara suppliment yang dijual

Ni kedai dekat Sri Rampai. Regular customer kat sini

Gym tools dale. Tali pinggang dengan glove. Yang ni dale beli online

Few of dale punya suppliment. Ada lagi dekat dapur. Yang packaging macam sabun basuh pun ada. Hahahaaa .. 

Good Luck Sayang. Sikit je lagi.

CUTI YANG MEMBOSANKAN !!

Hai semua. Cuti harini pergi mana je..? Nana, seharian duduk rumah. Tak taw nak kemana. 

Bangun pagi pukul 8. Almaklumlah cuti kan. Terus buka tv sambil kepala ligat fikir nak buat apa harini. Pukul 9 baru settle fikir. Kemas rumah, masak, lipat baju then santai. 

Harini Menu, Bawal Masak Kicap. Pukul 11:30pagi. Ude (Adik ipar) datang rumah. Nak pinjam motor dale nak pergi niaga. Masa tu nana dah siap masak. So nana pesan kat dale, jemputlah ude makan dulu. Lepas makan, ude terus keluar. Janji dengan kawan dia pukul 12tgh hari.

Nana pulak tengah settlekan lipat baju. Lepas settle lipat baju, Nana mandi then bagi dale makan sambil santai tengok tv.

Sampai ke Malam.

Maaf lah yea, rumah masih sepah. Tak habis kemas lagi.


Petang, dalam pukul 6, minum petang. Menu fish ball dengan hotdog goreng. Air nescafe-o.



Malam ni nak tengok cerita hantu thailand (Mae Nak) kt Channel Citra-131.

Tekak teringin nak makan roti canai. Oohhhh .. teringin .. sangat .. sangat ..

Thursday, March 5, 2015

DOOR GIFT UNTUK TETAMU

Majlis kami, tak ramai pun. So naba gagah laaa bak buat doorgift sendiri. Excited!! Nana tak risau sebab adik adik boleh tolong. Cuti sekolah kan bln 12. 

Dalam pada tu, kepala ni ligat fikir. Door gift nak bagi apa. Nak buat berapa banyak. End up, Untuk tetamu dewasa 150. Untuk budak 50. Hope cukup. 

Untuk dewasa mula mula nak bagi keronsang dengan butang baju melayu. Tapi dale bising. Pastu, bagi makanan je. 
Budak dapat makanan yang sama dengan special gift, tabung. 

Makanan tu, Mak nana suggest bagi kismis dengan cranberry. Seronok mak sebab 2-3 kali kami pergi kedai jual makanan sunnah dekat Lake Garden. Yea!! Seronok sebab tetiap kali pergi, ada je hasil dia dapat. Mak dale pulak sponsor chocolate in jar. Chocolate tu dale beli masa dia balik dari Langkawi haritu. Ohsem!! 

Kitorang siapkan door gift ni sehari sebelum event day. Ho yea !! Bukan apa. Takut makanan rosak. Nanti guest keracunan.

Nak tengok gambar tunggu nana collect dari photographer yea. 

For Kids. Masa ni tgh masukkan gift yang mak mertua i sponsor. 


HANTARAN UNTUK DALE !!

Hhheeehheee .. Lepas confirm tempat dan tengok layout venue. Nana terus proceed to next step. Benda nampak simple tapi leceh weh. Hantaran. Nak buat camna yea ..?

Nana memang niat nak buat sendiri hantaran untuk dale. Tak kira lah camna pun. Tengok tema lokasi tu, sesuai buat warna pastel. Sweet sweet gitu. Dan pilihan nana kuning. Nak menyerlahkan warna kuning. Kompom Cantik. 

Masa tengah planning buat hantaran. Ni letak letak aje dulu. 

Kasut

Cincin

Al-Quran dengan sejadah

Body set. Ada perfume, hand made soap, Aftershave dengan Deoderant

Ini bekas nak isi pulut kuning

Alhamdulillah. Jadi. Boleh laaa. Bagi nana cantik je. Tapi hantaran sireh junjung, Beth dengan Farah (Adik dale) yang settlekan. Nana sempat nak buat. Safuan  pulak sponsor putu arnab, special made from sungai siput. Thanks Beth, Farah and sapu for the help. Sangat sangat berterima kasih. Tak taw nak cakap camna kalau korang takde. Touching ada kawan kawan macam
korang. Love u ols!! 

Nanti nana upload gambar hantaran sebenar. Belum collect dari photographer.

Happy!!

BERAT NAIK MENDADAK LEPAS KAHWIN !!

Aaaaarrrggggghhhhh !!!

Sebulan sebelum kahwin, berat nana 49 kilo je. Masa tu relax. Tak rasa nak turun lagi. Tapi masa tu tengah senang hati kot. Tak perasan seminggu nak kahwin, berat naik ke 52 kilo. Haaaiii .. 

Masa kahwin tu sedih sangat sebab gemuk. Rasa tak kemas. Make Up Artist pulak tak setting rambut elok elok, Serabai sangat. Malas nak ingat. Benda dah lepas. 

Stress weh.

Lepas kahwin ni, berat naik mendadak. Menjadi jadi. Nafsu makan pun tak hengat. Macam macam cara dah usaha nak turunkan. Semua gagal. Minggu lepas 53 kilo. Harini timbang 55 kilo. Nak nangis rasa. Perut lah paling teruk sekali. Membuncit. Memang dari zaman anak dara lagi nana buncit. Sekarang ni makin teruk.

Current weight : 6 March 2015

Nak tak nak .. Next week insyaallah start diet. Kene buat. Kene disiplin. Kalau tidak sampai bila.

TERNGORAT ABANG JUAL SAYUR DEKAT PASAR KERAMAT

Hhaahhaaa .. Yang ni lawak ..!!

Masa ikut amy amik suri haritu, kitorang singgah Pasar Keramat. Nak beli Telur Puyuh pastu nak cari barang basah sikit. 

Kami berpecah lepas pergi kedai telur. Kecewa. Telur puyuh tak de. Bawang putih dekat rumah dah habis. Nak topap lah. Kebetulan kedai depan mata ni jual. Mcm murah. 3 barang RM5. Ada bawang besar, bawang kecil, bawang putih, kentang, cili kering. Dia dah packet packet kan. Tak fikir panjang, nana ambil bawang besar satu, bawang putih satu dengan kentang satu. Settle RM5. 

Masa nak bayar tu, nana terfikir nak masak apa malam ni nak bagi dale makan. Kat rumah ada isi ayam. Paprik sedap, goreng kunyit pun sedap kan Letak sayur sikit. Tapi sayur kat rumah dah habis stok. So nana pun ambil lah kobis bunga sikit dengan kacang buncis. Sikit je. Dalam 10-15 batang. 

Terkejut mak kau!! Suruh akak tu kira, dia cakap RM10. Mahalnya. Sikit sangat tu. Bukan takat sekali masak. Sekali hidang aje tu. Sabar je lah. Bayar dalam keadaan sentap dan berlalu pergi. Cari Amy. 

Amy baru lepas beli sotong. Nak beli sayur pulak. Amy cakap dia nak buat sayur masak lemak. Sayur kangkung. Dia beli sayur depan kedai jual ikan. Tengah amy tunggu abang tu packing2. Nana nampak cendawan. Eh, sedap jugak ni. ada dua paket nana ambil satu terus bayar. 

Nana : Berapa yea ni bang ..?
Abang Sayur : Singgit setengah. 

Nana buka kantung duit syiling. Dalam tu ada duit RM2. Terus bayar. Kitorang pun angkat barang masing masing nak beransur. 

Tiba-tiba.

Abang Sayur : Eh, gambar sapa ni ..? (muka terkejut)

Nana dengan amy nyebok tengok. Eh!! Gambar nana terselit dekat duit singgit dua keping tu. Amy gelak besar sambil cakap "Eeeeiii .. Ko nak ngorat abang jual sayur yea". Nana ambil gambar then kitorang jalan. Sambil gelak gelak memikirkan hal tadi. 

Masa kitorang nak beransur tu dengar abang tu cakap "Ingatkan balik terus.. Ni dah bagi ambil semula". 

Sebenarnya, dale tak makan sayur. Nana beli sayur nak buat seri je. Bagi warna warna sikit dalam masakan. Haaahhaaa .. Tapi, nana memang tak puas hati beli dengan akak tu mahal. Daun pudina dah layu pun dia jual jugak. 

Amy cakap lenkali beli dengan abang sayur tu. Abang tu baik. Dia siap bagi amy free kangkung seikat. Murah rezeki.

SAYU TELUR PUYUH ABANG ZAKI ..

Abang Zaki lah ni. Haritu kami keluar pergi beli barang pantry. Dia singgah kedai telur beli telur puyuh. Ntah macam mana nana terbawak bawak pulak telur puyuh tu dalam kepala, sampai harini.

Tengah hari tadi nana semangat nak ikut amy pergi amik suri balik sekolah. Singgah pasar keramat. Kitorang nak beli telur puyuh. Teringin nak makan telur puyuh. Kak Siti dengan Dana pun kirim.

Sedihnya telur puyuh takde. Frust sangat!!
Apa pun. Nak beli jugak.





Tuesday, March 3, 2015

NAGA VS AYAM. DAH KENE DAH !!

33. Membaca setiap hari. 

Tips untuk menjadi orang yang luar biasa, Membaca setiap hari. Membaca apa? Novel ke? Buku Teks ? Article ke? Surat Khabar? Majalah? Mesej Whatapps tu kira baca tak? hahhahahaa .. Bagi nana tak kisah laa. Baca apa pun. Janji nana membaca. Since colleague kat office bagi nana 60 Tips Untuk Hidup Luar Biasa, nana nak cuba amalkan. Nak belajar disiplin diri. 

Tak semua individu boleh membaca. Bukan nana maksudkan tak reti mengeja dan menyebut. Tapi boleh meluangkan masa untuk fokus membaca sesuatu dari tajuk hinggalah ke ayat terakhir, tanpa skip mana mana perkataan dan perenggan. And that's me!! Kalau surat Khabar tu, nana baca tajuk, the baca perenggan pertama. sebab dekat situ kita boleh tahu lokasi, dan nama orang terlibat dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk tu. Then terus tengok perenggan akhir sambil cari gambar (kalau da gambar yang berkaitan dengan rencana tu).

Dan apa yang nana buat untuk melatih diri membaca, cari sesuatu yang menarik perhatian. Contohnya pengalaman hidup seseorang. Cerita seram, Cerita Lawak, etc. Semalam, nana baca perihal zodiak, sempena tahun kelahiran kita, mengikut kalendar Lunar. Terus nana cari tahun Naga (which is tahun nana lahir 1988). Baca baca baca ... Hhhhmmm .. nampaknya 90% mengena. Aiyooo... betul ke ni ..? Dalam rencana tu ada cakap yang orang tahun Naga ni sesuai dipadankan dengan orang tahun Ayam Jaguh. Terus terfikir, "eh, dale tahun apa yea.".




1981. Tahun Ayam Jatuh!! Wah, dah mengena lah maksudnya. Kriteria dale pun sama dengan karakter dia. Kalau u'ols nak try, boleh laa baca dekat web ni PERWATAKAN MENGIKUT TAHUN LAHIR.  Really interesting. Tapi jangan percaya sangat. Khurafat!! 



kredit to kakazz.blogspot.com

Monday, March 2, 2015

BAHAYA SUKAN PADA WAKTU MALAM

Bahaya Sukan Pada Waktu Malam | Majoriti antara kita yang memang bersukan pada waktu malam, ada yang pergi gym, main futsal dan bersukan pada waktu malam, tapi adakah kita tahu yang Bahaya Sukan Pada Waktu Malam ? Jom baca kenapa Bahaya Sukan Pada Waktu Malam.

Keratan Akhbar - KOSMO

Bahaya Sukan Pada Waktu Malam

KUALA LUMPUR – Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.

Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.

Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.

“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya. -Kosmo!

Bersukan adalah suatu aktiviti yang digalakkan, malah ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membantu meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran, disini apa yang dimaksudkan adalah jika bersukan dilakukan pada waktu diri anda dalam keletihan seperti kurang rehat dan sebagainya, mungkin risiko aktiviti sukan itu akan menjadi bertambah teruk.

Pastikan sebelum melakukan sesuatu aktiviti, dapatkanlah rehat yang secukupnya, pengambilan air yang banyak dapat mengurangkan anda terhidrat ketika menjalani aktiviti sukan.

Yang penting, mendapat rehat yang secukupnya sebelum melakukan aktiviti adalah kunci untuk mendapat kesihatan yang baik.

Dulu nana pernah cakap dekat dale pasal bahaya sukan waktu malam. Tapi dia macam tak percaya and buat derk aje. So, malas dah nak ulang. Nak aje cakap sakit tanggung sendiri. Geram!! 

Kredit to Silangjari.blogspot.com

Sunday, March 1, 2015

COUNT ALLAH AZZAWAJAL'S BLESSINGS

If you have food in the refrigerator, clothes on your back, a roof overhead
and a place to sleep ... you are richer than 75% of this world.

If you have money in the bank, in your wallet, and spare change in a dish
someplace ... you are among the top 8% of the world's wealthy.

If you woke up this morning with more health than illness ... you are more
Blessed than the million who will not survive this week.


If you have never experienced the danger of battle, the loneliness of
imprisonment, the agony of torture, or the pangs of starvation...you are
ahead of 500 million people in the world.

If you can pray in a Mosque without fear of harassment, arrest, torture, or
death ... you are more blessed than three billion people in the world.

If your parents are still alive and still married ... you are very rare.

If you hold up your head with a smile on your face and are Truly
Thankful... you are Blessed because the majority can, but most do not.

If you can read this message, you just received a double Blessing in that
someone was thinking of you, and furthermore, you are more Blessed than
over two billion people in the world who cannot read this message at all.

Have a good day, count your Blessings to Thank ALLAH Azzawajal, and pass this along to remind everyone else how Blessed we all are.

Alhamdulillah!

Indeed, His Creations are The Best, as He Is The Best of all Creators.