Monday, March 26, 2012

BENGKEL AIR COND

bengkel dekat segambut

ini punca masalah

 tukar yang baru
order barang
5 minit aje smpi

operasi bermula

masukkan gas

koleksi bengkel dari satu sudut 

keseluruhannya bengkel ni best sebab service yang cepat
bengkel yang bersih dan selesa

Wednesday, March 21, 2012

TAK BERBALOI

hhhmmm
ko buat lah cerita apa pn dekat kawan kawan aku
nak buruk buruk kan aku
aku xpernah kisah
diorang kenal aku macam mana
yang padah nya kau jugak 
di label - BUKAN ORANG YANG BAIK

kesian 
conclusion nya 
apa yang ko buat tu 
memang 
TAK BERBALOI

STRESS TAHAP WANITA MEROYAN

membebel-bebel macam mak nenek
dan aku rasa apa yang aku perlu buat adalah
campak mulut dia dalam tong sampah
dan hanyut kan ke sungai gangga
seperti abu bakar mayat orang india
namun aku sabar
agak sentap dan mengecewa kan

JODOH



Jodoh terbahagi kepada tiga jenis. Pertama, jodoh dari syaitan. Kedua, jodoh dari jin. Dan ketiga, jodoh dari Allah."

"Yang pertama, jodoh dari syaitan."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka dia, dia suka kamu. Kamu bercinta, berpegangan, berzina, dan dia mengandung. Kamu bernikah. Itu jodoh dari syaitan."

"Yang kedua, jodoh dari jin."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka dia, tapi dia tidak suka kamu. Kamu pergi jumpa bomoh, mintak tolong jin. Kamu pun bernikah. Itu jodoh dari jin."

"Yang ketiga, jodoh dari Allah."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka sama suka, kamu bernikah." 


CEMBURU

sifat cemburu wanita kepada wanita.

daripada Aisyah,sesungguhnya Rasulullah saw keluar dari rumah Aisyah pada suatu malam.lalu Aisyah berkata,"aku merasa cemburu terhadapnya jika dia mendatangi isteri yang lain"

lalu Rasulullah saw kembali kepada Aisyah dan bertanya,"adakah engkau cemburu?"

Aisyah menjawab,"bagaimana wanita seperti aku tidak mencemburui suami sepertimu?"

Rasulullah saw menjawab,"rupanya syaitan telah mendampingimu"

Aisyah bertanya,"adakah syaitan bersamaku?"

Rasulullah saw menjawab,"tiada seorang pun kecuali ALLAH yg tak didatangi syaitan"

Aisyah bertanya,"adakah syaitan juga turut bersama mu?"

Rasul saw menjawab,"benar,tapi ALLAH telah membantuku untuk mengalahkannya sehingga aku selamat(ditakrij muslim dan annasai)

I DO

aku



kemudian



and


Tuesday, March 20, 2012

INSOMNIA

http://en.wikipedia.org/wiki/Insomnia

PESAN DARI KAWAN


kawan aku pesan

walau sesibuk mana pun kita jangan sekali kita lupa untuk sembahyang

kata kawan aku

kalau kita sibuk dan rasa takda masa untuk bersembahyang

Allah akan buat kan kita lebih sibuk dan masa kita takkan pernah cukup

dan kawan aku kata lagi

kalau kita mudah-mudahkan diri untuk ingat pada Allah

Allah akan mudahkan segala yang kita lakukan

walaupun masa yang ada sangat sikit

aku saja tulis apa kawan aku kata

sebab aku harap aku akan ingat dan amalkannya

sebab aku adalah manusia yang selalu leka

BILA LAH SOLAT AKU NI NAK CUKUP YER?

H & S

happiness and sadness
run parallel to each other
when one takes a rest
the other one tends to take up the slack.



✿~ Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah

diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-

mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal

dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku

impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yan...g ada dalam dirimu

yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun

sandaran PERJUANGANMU..~✿

✿~ Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan

rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu

pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah.. ~✿


TENANGLAH WAHAI HATI


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.Tapi.. kenapa hati kita tak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi.. kenapa susah sangat doa kita nak

makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak

pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita. Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah minta ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih.. minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita? Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat... solat tahajud.. solat taubat? Pernah? Ada... waktu

zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu... ada?

Ada... time dah nak exam... waktu rasa result macam ada aura nak gagal. Siap buat solat hajat

lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm... entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah

sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan

umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi

kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda.

Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Artikel : Unit Penerbitan Bahagian Dakwah (JAIS)

TIPS ELAK KANTOI



Bagi yang dah kawin atau ada gf tapi ada pasang gf lagi satu, mari berkongsi tips mengelakkan kantoi oleh bini atau gf (sekadar pengetahuan sahaja.. jangan di tiru pulak.. ^^v)

1. Kat phone letak nama awek pastu hujung dia letak nama company, kalau awek tercall, cakap je ni budak keje ngan company xx , vendor ke , client ke

2. Pastikan ada phone extra yg tak bawak balik rumah .. tinggal je kat office

3. Kalau pakai phone sama, pastikan off phone bila tidur , kalau iphone boleh set flight mode, kalau blackberry boleh turn off all connection , kalau masuk message atau call lepas kul 12 malam .. memang kes naya

4. Pastikan ada baju spare dalam kete atau dalam beg, pastikan habit untuk bawak baju spare, bagi alasan lepas keje kadang2 nak jumpa/lepak ngan kawan, leceh pakai baju office

5. Jangan update secara detail kalau pegi kesana-kesini, kalau tak tanya jangan cakap pegi mana, generalize kan je ..

6. Bersihkan phone sebelum sampai rumah, pastikan delete segala message dan call history, jangan clear all nampak sangat, kalau iphone agak susah nak delete satu call history je, ada caranya ..

7. Pastikan ada sorang kawan yg boleh kawtim pada masa2 diperlukan sebagai alibi, dan pastikan wife kenal kawan tu

8. Pastikan ada simpan duit extra untuk kasi kat wife suruh pegi shopping bila keadaan agak suspicious, harap2 dia lupa pasal balik lewat

MESIN UNTUK MEMIKAT AWEK

harini baru nana tahu, ada mesin yang boleh digunakan untuk memikat awek 

 guess what?


ATM MACHINE 
sumber dari blog ntah sapa sapa ntah :p

20 FAKTA UNIK ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN




1. Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam pada waktu malam berbanding lelaki.


2. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.


3. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) waktu mengandung bayi lelaki berbanding bayi perempuan.


4. Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1,4 kg daripada berat otak perempuan.


5. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan oleh lelaki.


6. Perempuan kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu bilik yang lebih hangat.


7. Lelaki lebih suka bercakap secara terus terang sesuai tujuannya, sementara percakapan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logik ) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.


8. Perempuan lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.


9. Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.


10. Kemampuan indra lelaki untuk merasa rasa masam, manis dan masin lebih rendah daripada perempuan.


11. Lebih dari dua kali ganda perempuan cenderung homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.


12. Pada saat usia tua perempuan mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki ).


13. Berselisih dengan perempuan pada tempat orang ramai, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dilewatinya. Perempuan cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.


14. Kira-kira 48% lelaki berdengkur ketika tidur, manakala perempuan hanya 22%.


15. Llelak lebih banyak memilih warna merah, dan perempuan warna biru.


16. Perempuan rata-rata menghabiskan masa di toilet selama 153 saat berbanding, lelaki 113 saat.


17. Satu berbanding empat, perempuan dibanding dengan lelaki yang bercakap adalah gagap.


18. Penyelidikan di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali ganda untuk berbelanja berbanding lelaki.


19. Perempuan secara umum lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.


20. Penyelidikan yang dilakukan di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi/diperdaya daripada anak perempuan.

CONVERSATION MASA KINI


Sengal : OIt ! HeY NuCk TeNaL NuN AwaCK BolerH ?

Me : Huh ? Ohhh …

Sengal : SoH , AwAck DuCk MaNeRW , UmOXx AwaCK BaPerW ?

Me : sk, 24 .

Sengal : ArE SaL NuN AwACK NhEe SorMBowng SanaRD ?

Me : Huh! ==’

Sengal : KawO InGaRt KaWo BaGush SanArd KHeeR , BerLaRGark , SormBornG , Bajet Nuck MaRMPoZ GOdIeeYaa PhUii !!

Me : Oke .


*After a few Minute Later ==’


Sengal : AwAck ToWiEe ArhH , SaiYer MeMaEN JHeeE TaRk BeTOrl TowieE YerHh :)

Me : K .

Sengal : AwaCK YerrH POwNG JUnGUn ArHh SoRMBOwnG NuN TiTTEw .. :(

Me : ( Aperw Bubbee ayartt Koh NiH Arhkoe Tak pUrhamm Larhhh BunckSart ! )

Sengal : ape yang awak anta saya tak paham !

Me : Tau pun abistu kAU INGAT AKU PAHAM KE Apa yang KAU ANTA SETAN !


TOLONG JANGAN HANTAR TEXT MCM NI DEKAT NANA . SURE KENE BALIK !!

4 CATAGORY BOSS




Boss boleh dikategorikan kepada empat spesis iaitu; Bos Yang Teruk; Bos Yang Elok; Bos Yang Cemerlang; dan Bos Yang Malang.


1. Bos Yang Teruk.


Hanya pandai mengarah dan marah. Dia sendiri tak pandai buat, sebab dia belum pernah buat. Dia dapat jadi bos, sebab ada degree dan sebab dah lama kerja. Kalau orang bawah tanya, dia jawab “tak kan itu pun nak tanya saya”. Sebenarnya dia sendiri tak tahu nak jawab. Namun begitu dia cukup cekap melihat kesilapan orang bawah tapi jarang perasan kerja-kerja yang telah begitu banyak disempurnakan oleh orang bawahnya ..!


2. Bos Yang Elok.


Dia boleh beri tunjuk ajar. Jika orang bawah buat silap, dia akan betulkan. Kalau orang bawah tanya, dia tunjukkan jalan atau cara nak membuatnya. Dia boleh tunjuk, sebab dia dah pernah buat.


3. Bos Yang Cemerlang.


Dia boleh merangsang orang bawah buat kerja tanpa di arah atau di marah. Kalau orang bawah tanya, dia jawab, “buatlah ikut kesesuaian, tanpa melanggar sebarang peraturan. Yang pentingnya objektif organisasi kita yang telah kita persetujui bersama tercapai”.


4. Bos Yang Malang.


Semua kerja dia kena buat sendiri. Anak buah seorang pun tak boleh di harap. Kalau orang bawah tanya, dia terus nangis. Kesian dia !


Soalan ?


A. Apakah spesis boss anda ?


B. Kalau anda adalah boss, apakah spesis yang rasanya sesuai untuk anda?

JAWAB TELEFON





Ini merupakan cara-cara jawap telefon yang agak kurang sesuai diamalkan.. mungkin dah boring jawap telefon agaknya..






1. Soalan: haloo, may i speak to Nizarazu please?


Jawapan: maap.sini bukan balai polis.






2. Soalan: haloo, siapa disana?


Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..






3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan ayah awak?


Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.






4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?


Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.






5. Soalan: haloo, mak ade rumah?


Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.






7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?


Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.






8. Soalan: haloo, tolong panggilkan nizarazu. saya nak bercakap dengannye.


Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap






9. Soalan: halloo… …


Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?






10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…


Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.






11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?


Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu. ==’






12. Soalan: assalammualaikum…


Jawapan: waalaikummussalam..(papp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab ye kawan-kawan..)


SIAPA YANG MEMBELA IKAN?







~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.


~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.




Antara petunjuk yang di beri :






1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.






Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi






SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??






ZAMAN 80-AN







~ kat sekolah ada salesman jual buku cerita. hari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.


~ kat library, budak2 mmg baca buku tapi just tengok gambar je. bila ada program Nilam, baru sibuk semua nak pinjam buku.


~ RMT kat sekolah makan tak sedap, tapi yg berduit pon join RMT, tak paham…


~ pakai pensel box yang boleh buka depan dan belakang, pastu ada sharpener kat tgh2 die.


~ main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!


~ pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.


~ cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.


~ bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.


~ time pendidikan seni, lukis semua boleh tapi bili time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la…


~ main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.


~ jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.


~ takut BCG tp lepas inject poyo la pulak…


~ balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.


~ Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu…


~ Siri kartun yang femes macam DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv, ps n facebook.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. kan? :)

DIMANA KACAKNYA SEORANG LELAKI














Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni


rohani. Lelaki yang cantik adalah :-






1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.


2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.


3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.


4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.


5) Lelaki yang baik sangka.


6) Lelaki yang tak pernah putus asa.






Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang


Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…






Dan dimana Kegagahan Wanita???






Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada


kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :-






1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.


2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.


3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.


4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.






Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada


pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.






Sabda Rasulullah SAW :






“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71


“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu


dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka


sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”