Saturday, February 28, 2015

LEPAK DEKAT LOMBONG

Weekend hari bersama keluarga

Duduk rumah, rehat rehat. Nak makan masak sebab malas nak keluar. 



Semalam (sabtu), kami pergi memancing dengan Anz dekat Lombong depan Pandan Perdana Lake View Apartment. Hampeh !! Tak dapat hasil. Talapia sekor pun tak de. Balik memancing, kami singgah Tesco Ampang, Nana beli ayam sekor. Balik ingat nak masak. Yea!! Memang kami bertiga dah kelaparan.




Nasi panas - Ayam goreng - Sambal ala ala sambal ayam penyet (sambal ni Dale yang masak) 

Makan pukul 10 malam. Memang nikmat.

Thursday, February 26, 2015

KOIR INOVASI NRE

 Bulan September, nana join Pertandingan Koir Inovasi anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Mai ler singgah tengok gambar gedik gedik kami.











TERINGIN NAK SNOKERLING !! 3D2N

Nana, hhhmmmm .. memang suka buat benda bukan bukan. Ntah camna tiba tiba Bedah ajak bercuti.  "eh, jom pergi lepak pantai." Dapat lepak tepi pantai pun best jugak kan. Snokerling ke. Respon nana always, "aku OK je. Tapi cam biasa. Ko buat bajet, present. Kalau OK, aku ON". Entah kenapa masa tu tak pikir panjang. Nana beli aje tiket. Tak fikir pun lagi nak kesana buat apa. Pikir nak keluar KL je.

Lepas beli tiket terus EXCITED.

Tak Sabar.

Dan hari berlepas. Excited. Bedah bawa kawan. Akak ni nak ikut jugak. Nana OK je. Selama ni lagi lah. Trip dengan mak cik mak cik gomen. Kak sempoi, boleh masuk kepala. Memang best!! 

Sampai sampai kitorang terus check in. Homestay. Recomended. Homestay Islamic betul betul depan Pasar Philiphine. Tapi nana tak de contact dia. Bilik kami, boleh duduk 3 orang RM70 je semalam. Terus bayar dua malam. Settle bab penginapan. Bab makan kitorang tak risau sangat sebab pasar philiphine kat depan. Dah terbayang ikan bakar sekoq !! Kerabu rumpai laut. 

Aktiviti kami : 
First day : Makan dan Shopping
Second day : Makan dan Aktiviti Pantai (Sepanjang hari) 
Third day : Makan dan Balik KL
Kesimpulannya, pergi sana. Makan.

Masa kat KLIA2. Lepas Check in. Selfie one click. 

Oooohhhh .. Teruja tengok ikan dalam kumpulan. Macam tengah menari berirama.

Aktiviti Pantai sepanjang hari bermula di sini. Masuk Taman Laut kene bayar.

RM3 sehari. Sekali bayar boleh keluar masuk mana mana pulau yang ada. 

Lepas bayar cukai. Bergambar dekat guest centre.

 Sebelum keluar Pulau Manukan, bergambar dulu kat jeti.

 Gaya gedik one click

 Suka sangat !!

 View menarik dalam kawasan Taman Laut

Sekitar Pulau Laut banyak babi hutan. Dia selongkar barang nak cari makan. Ada yang beg kene bawak lari masuk hutan. So, kalau korang pergi Pulau Manukan, beware of your belonging. jangan seronok seronok balik kene samak.

 Dari bukit ni boleh tengok Pulau Gaya. Best !!

 Bertaur panjang kat jeti sambil buat kecoh.

I orang Semenanjung Okeh!!


PAKEJ PHOTOGRAPHER - MAJLIS AKAD NIKAH NANA & FADZIL

Wuuhhuuuu .. 

Nak cerita pasal majlis gilang gemilang kami, nana buat check list untuk persediaan, persiapan dan barang baran keperluan. Bajet kami tak besar, jadi kene list down semua untuk mengelakkan ada yang tertinggal. So, harini, nak cerita pasal Photo. 

Photographer sangat penting. Ye lah kan. Kahwin sekali je kot. Mesti nak simpan gambar sebagai kenang kenangan. Tapi sekarang ni, kos photographer tu sangatlah tinggi. Rasanya sewa pelamin lagi murah dari photographer kot. Nana dah puas cari sana sini. Ada yang nak sponsor tapi kami tak mau termakan budi. Bagi nana, buat apa yang kami mampu aje. Bajet kami kecik. Kalau ada yang lagi murah lagi bagus.

Setiap pakej yang nana cari, nana discuss dengan dale dulu. Nak persetujuan bersama. Tapi semua dale reject . Argghh !! Stress !! .. Last last nana suruh dale aje yang cari. Lepas azab. You pulak buat kerja yer sayang. Dalam pencarian dale, lagi mahal dari apa yang nana dapat. You see.  

Malas nak pening pening kepala lagi, kitorang pun amik pakej ni. Dari Roh Studio . Photographer dia Apiq. By the way, Apiq ni kawan Dale. So kami dapat lah diskaun sikit. Harga kawan kawan.
Tak sampai sebulan kami kawin, tgk Facebook Roh Studio, diorang shoot Jue Aziz. Wooowww .. Bukan calang calang juga yer photographer i. Ahaks !!

Nana dengan Dale banyak bincang dekat Whatapps aje

DESIGN KAD KAHWIN SENDIRI

Sementara nak dapat tarikh nak buat majlis, nana dah start design kad kahwin.

Masa nak buat kad banyak benda nak kene ambil kira. Paling penting dekat sini design dan warna.
Bila sebut warna, orang selalu kaitkan dengan tema. 

Ohhh .. my wedding theme.. Apa ek ..?
Vintage English Theme
Nak main dengan warna warna pastel
Just Simple
and
nampak sweet sweet lah kononnya

Kad kahwin pulak buat tema Chalk Board.

Design Kad Sendiri - Madcam Hebat aje

First Design yang nana buat, Tema Chalk Board belah kiri Save the Date 17.01.2015
Nama kitorang dengan wording
"Formal invitation to follow"
kebetulan kami buat private event

Belah Kanan letak gambar kitorang masa tengah hangat bercinta 
Hak Tuih

Kiri Belakang, Map, Aturcara Majlis, Contact Number
Kanan Belakang, Perenggan menjemput


 First Design 

Lepas dapat date, terus bagi design dekat designer. Masalah timbul. 
Gambar kami tak sesuai. Pixel kecik jadi gambar pecah. To solve the problem we went for outdoor photoshoot dekat Tasik Ampang.

Nak diceritakan pulak, photographer kitorang ni janji nk bagi softcopy gambar sebelum dia edit and buat apa yang patut. Lepas seminggu. Dale call dia, dia cakap pendrive hilang. Hergh !! Stress aku. Kalau hilang kenapa ko tak ganti aje. Atau bagitaw kami. 

Lepas tu dia kata OK nanti dia bagi. Lepas dua hari tak dengar berita lagi. Okay!! Thats it !!
Dale call dia cakap kat Thailand, Holiday. Pastu kami terus senyap.

"Takpe. I ada banyak lagi idea nak dicurahkan ni". Kata hati kepada Dale. Hahahaaa..
Next, terus sambung design. Nyah gambar sweet sweet kami, ganti kan dengan 3 gambar lain.
Whatapps kat Dale suruh pilih. Dale pulak bagi designer tengok mana yang dia rasa OK and senang.

 Second Design - Ring (dah tentu symbol of Marriage)

 Third Design - Pearl (Lambang Gubah Hantaran)

 Third Design - Vase and Flower on Table (Lambang Wedding Event)

Sudahnya, designer kami, Encik Nabil pilih yang ring. Cincin. Sebab yang lain tu macam tak kene dengan budaya kita. Nabil pun ubah beberapa benda yang nana dah design supaya nampak lebih kemelayuan. 

Almost Done

Final Front View

Thank Nabil for Everything !!

Wednesday, February 25, 2015

STEP ONE - RISIK

Zaman sekarang ni orang buat majlis risik dan tunang, besar besaran. Tapi nana plan buat kecik aje. Tak taw nak jemput siapa. Mak dengan ayah pun cakap kita jemput orang datang sembang sembang dan kenal family aje lah. Nana okay aje. Dale pun Okay.

Tarikh tak ingat. Tapi hari bekerja. hari Rabu kalau tak silap. Janjinya jumpa malam. So siang, nana pergi kerja macam biasa. Balik, kelam kabut. Sediakan barang nak masak untuk hidangkan dekat tetamu. mak cakap , ko masak simple simple je. Buat Mee goreng, buah sikit, kek sikit, air panas, air kosong.

Lepas siapkan barang nak masak, nana terus tumis. Buat pes awal awal. Hehehheee .. Jap lagi sambung masak aje. Senang. Lepas buat pes, nana mandi dan bersiap. Simple aje. Pakai jeans dengan blouse je.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Cuma tak sempat nak ambil gambar aje. Hhhmmm ..


 Cincin yang nana pilih sendiri. Nana suka yang simple 



U' OLS, I NAK KAHWIN

Lepas raya tahun 2014, tetiba serius pulak Encik Ahmad Fadzil ni cakap bab kahwin.
Mula mula hint hint aje. Nana buat tak tahu.
Lepas tu tak de hint hint dah. Terus dia cakap nak hantar mak dengan ayah dia tandang rumah. 
Set date bulan 10. 

Masa tu memang tak keruan. Betul ke ni.. ? Betul ke ni ...?

HAIR DO

Setelah sekian lama tak pergi ke Saloon, tiba tiba rasa sangat perlu ke Saloon. Rambut dah rosak teruk. Rambut dah mati tapi still lekat pada diriku ini. Bayangkan. benda dah mati, tak elok tapi nana still simpan. Sambil dok bedek bedek HRMIS kat opis, selang selikan pulak dengan Groupon dengan Streetdeal. Terjumpa voucher buat rambut. dekat saloon dekat Kepong. Dekat je dengan rumah.
RM70 je. 
Cut, Wash, Chemical Service and Treatment.
Terus beli.

Sebelum beli tu call bedah. Dah lama tak spend time dengan bedah. Tapi Bedah kata dia takde bajet lagi bulan ni. Nak belikan dulu tapi dia berat hati. Katanya nak buat dekat rumah dai (Galaxy Ampang) je nanti. Lepas Bedah cakap cmtu, Nana timbang cara jugak, susah nak buat keputusan nak buat or tidak. Lepas tu, terus decide, buat lah. nak test Saloon lain, yang kat Galaxy tu dah selalu pergi. 

Beli Voucher. Settle satu hal.
Lepas beli voucher terus call and set appointment. Apply cuti.
Weekend Full Booked so terpaksa lah nana pergi on weekday.

On the Booking day, nana ajak Ala temankan. Kebetulan cuti sekolah. Ingatkan nak belanja ala potong dengan cuci rambut. Tapi Saloon sini MAHAL YAAAAA AMAT.. !! Tak Berbaloi weh !! 
Lenkali aje lah nana belanja ala yer .. 

Saloon ni Stylish dia best tapi untuk Saloon not recomended. Stylish ni dari awal lagi dia layan nana, semua pandang serong dekat dia. Lepas tu kebetulan ada orang lain yang masuk, pun nak dia yang service. Terus diri ni rasa, Alhamdulillah. nana dapat stylish yang elok kali ni. Nama dia Danny. Banyak dia komen pasal rambut nana. This time nana sendiri setuju dengan apa yang dia cakap. Sebab memang betul. Berbalik kepada kengkawan dia tadi, patut lah yang lain muncung and jeling je kat dia. Jeles ler tu. Dah korang customer masuk pun tak reti nak senyum, camna rezeki nak masuk.
Kompom Danny banyak kommisen Danny ni. Sementara nak tunggu rambut nana di steamkan, dia potong rambut customer lain. HEBAT!!

Sebelum dia start menggunting dan mengerinting, cuci rambut dulu.

Rambut rosak yang dah digunting. Warna rambut tu pun pucat lesu jer.

 Dah letak Chemical, dia steam kan kejap 15-20 minit jugak ler

Lepas treatment terus balik. Nampak rambut i bouncing tu. 

 Lepas few days, rambut jadi camni. Tak bouncing dah

HAPPY 26TH BIRTHDAY NANA

Hadiah harijadi tahun lepas (2014) 

11 Novermber 1988, my birth date. 

11 November  2014 genap 26 tahun, and i feel old. Dahi pun dah terang terang berkerut .

Since nana kenal dale, kami tak pernah ada peluang nak celebrate birthday nana bersama. Selalu ada aje penghalangnya. First year, dale kerja. Outstation. Masa tu dale kerja under Nilam, kene jaga event Petronas dekat Pantai Timur. 

Nak cerita pasal tahun 2014 pulak, still the same. Jarak kami lebih kurang 500KM . Kalau travel ikut jalan darat lebih kurang 8 - 10 jam tapi kalau naik flight sejam je. Dale dekat Langkawi. Ada kerja sikit nak di settlekan dekat Langkawi Branch. Masa ni dale kerja dengan SopanSantun.

Sedihnya laaa rasa bila big day kita, yang tersayang takde kat sisi. Ntah kenapa rasa sedih sangat. Seminggu lepastu, dale balik. Muka nana, monyok, moncong je. Tanda mogok. Tapi nana jugak yang ambil dale dekat KL Sentral. 

Dua tiga hari, dale masih busy dengan kerja dia dekat KL pulak. Lagi bertambah moncong lah nana. Ntah macam mana tiba tiba, satu malam, nana dapat kotal dari dale. Buka buka ... Tadaaaa ...
Kickers Leather Wallet in Red, special made dengan nama nana print dekat bahagian dalam. Ohhh .. teruja .. speech less .. tapi mulut ni terlepas pulak cakap "Alllaaaa.. tak best .. takde tempat duit syiling.." .. Tetiba muka dale berubah. Sambil cakap "Terima ajelah I belikan khas untuk you, special as birthday present". Nana balas "Thank You Sayang. I Love You".

By the way, nana memang nak mencari wallet. Tapi tak de yang berkenan. Asal pergi shopping mall, ternampak kedai jual wallet, singgah. Tapi tak de yang berminat. Wallet sekarang banyak yang tak tahan. Dalam dia kain nipis aje. Pakai sekejap koyak. Harga tetap ratus ratus. Alhamdulillah, dapat hadiah dari dale. So, wallet lama yang dah koyak tu dah masuk dalam kotak khazanah. hehheee .. 

Thanks again Sayang !!


Kickers Leather Wallet in Red

 Special Made for Me

Birthday Cake - Celebrate dengan lovely family

Birthday Wish from Family

and few Birthday Wishes yang nana sempat nak Screenshot !!