entry kali ni macam mana nak kira kitaran haid
kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari
tetapi wanita mempunyai kitarannya sendiri
ada yang 25 hari dan ada juga yang lambat iaitu 35 hari
tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari
.empat fasa dalam kitaran haid.
Fasa Pertama (Hari 1 - hari 4)
ini dipanggil fasa Pengeluaran Haid (menstruation) atau lebih senang nak faham, hari di mana haid keluar. hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid adalah penting untuk ditanda dikalendar dan tamat selepas beberapa hari. bagi yang merancang untuk mengandung, digalakkan untuk menanda di kalendar pada setiap bulan. ini memudahkan untuk korang mengetahui tarikh subur dan tarikh korang akan datang haid pada bulan hadapan.
Fasa Kedua (Hari 5-13)
ini dipanggil Follicular. pada fasa ini hormon estrogen meningkat. ketika fasa ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. di kawasanovari pula, ovum atau telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Fasa Ketiga (Hari 14)
waktu inilah satu Proses Peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormon (LH). telur ini jika tidak disenyawakan oleh Sperma akan mati dan hilang. sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran folofio ke rahim.
Fasa Keempat (Hari 15-28)
ia dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. selepas telur terkeluar dari sarangnya, sejenis hormon di panggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. setelah Progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, dinding rahim akan runtuh. proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.
maka begitulah yang akan terjadi pada setiap pusingan berulang-ulang
okay! dah faham ...?
bilakah waktu subur?
waktu subur ialah pada waktu ovulasi berlaku
ini kerana pada waktu itu, telur sudah keluar dari sarangnya.
waktu tepat ianya berlaku adalah
14 hari daripada tarikh pertama datang haid atau ketika fasa luteal bermula
kalau tengok kalendar kat atas ni, ini adalah contoh kitaran haid
haid pertama bermula pada 7hb April (pink kaler)
dan kiraan diteruskan hingga hari ke14 (green kaler) jatuh pada 20hb April.
ini bermakna pada 20hb April hingga 22hb April adalah waktu subur anda.
terdapat juga kajian yang menyatakan waktu subur adalah 5 hari
kemudian, kiraan diteruskan hingga hari ke 28 iaitu jatuh pada 4hb Mei
maka haid pada bulan Mei jatuh pada 5hb Mei jika kitaran haid anda sebanyak 28 hari
setiap wanita itu mempunya kiraan masing-masing dari 28-35 hari
jadi, bawak-bawaklah semak semula dan catit pada kalendar ;)
dah pandai kira?
seterusnya.. cara lain untuk mengetahui waktu subur?
pada waktu subur
suhu badan wanita akan naik sebanyak 1 darjah celcius daripada kebiasaannya
juga
terdapat cecair jernih daripada kemaluan disebabkan hormon yang meningkat
pada waktu itu
menganggar waktu terbaik untuk mendapat zuriat kerana telur atau Ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja
maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah terhad
oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula
selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan
ia juga boleh bertahan selama 3 hingga 5 hari
ini bermakna jika suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur
atau 2 hari selepas waktu subur
maka ada peluang untuk Ovum berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama
dear, nak tanya.. yang lepas i period pada 15hb jan 2012, februari tak period, then pada 5 mac i period. dan sehingga harini tak period lagi. kenapa yer? boleh terangkan tak? kenapa period saya tak teratur. saya ada bersetubuh dengan hubby. adakah effect dari itu period sy jd tak menentu? nak kata saya mgndung.. tanda2 untuk mengandung takde pulak.
ReplyDelete