Ya Allah. Nana bersyukur sangat dengan apa yang nana ada sekarang. Expecially bab kekeluargaan. Family nana ada 8 orang kesemuanya. Mak, Ayah dan kami 6 beradik. Nana anak sulung. Bawah nana, Aan. Then Yeyen, Ala, Nola dan last skali Amad si bongsu. Kami semua rapat dan biasalah. Kami suka sakat sesama sendiri. Gurau adik beradik.
Ayah, susah payah besarkan kami semua. Dulu ayah berniaga. Ada syarikat sendiri. Tapi tak de rezeki berpanjangan. Ayah terpaksa tutup Ismadin Sdn Bhd. Dalam kami berenam, nana yang rasa semua. Zaman senang dan zaman susah. Nana memang respek dengan ayah. Semakin lama semakin tua. Tapi tetap gagah untuk mencari rezeki nak membesarkan kami.
Kalau kami dalam kesusahan, ayah nampak relaks aje. Tapi sebenarnya dia lah yang ligat fikirkan jalan penyelesaian. Haritu, kereta nana rosak. Actually tayarnya pancit. Ayah susah payah dengan kudrat dia. Hantar nana pergi kerja. Cari tayar ganti. Tukar tayar. Check balancing dekat kedai tayar. Sampai semua baik pulih.
Sedar tayar pancit depan kedai cina. Nasib baik masih dalam kawasan rumah
Ayah tengah tukar tayar
Pengorbanan Mak dan ayah memang tak dapat kami adik beradik balas. Jasa mereka. Hanya doa yang nana dapat curahkan. Semoga Mak dan Ayah diberkati dan segala yang mereka lakukan untuk kebaikan dipermudahkan. Amin.
Doa untuk kedua ibu bapa
SAYANG MAK !! SAYANG AYAH !!
amin2.... moga abah ko sentiasa dlm lindunganNya... yap siapalah kite tanpa mereka kn
ReplyDeletekan.. tak termampu nak balas jasa diorang membesarkan aku babe.
Deleteamin2.... moga abah ko sentiasa dlm lindunganNya... yap siapalah kite tanpa mereka kn
ReplyDelete