Thursday, February 28, 2013

PEREMPUAN & LELAKI

Orang lelaki jangan nak merungut kalau perempuan kurang pandai masak. 
Sekurang-kurangya dia belajar masak.

TAPI

 si lelaki patutnya merungut bila diri tiada persediaan untuk jadi Imam masjid/surau, dan keluarga. 
Dalam 24jam tak kan ada istilah bz.
Sempat solat, sempat belajar fardhu 'Ain dan kifayah, sempat belajar mengaji Al-Quran. 
Sempat selagi dipinjamkan umur oleh Allah kpdmu.

Thursday, February 21, 2013

POLITIK DI TEMPAT KERJA

Jumaat 22 Februari 2013, Jam 2 Petang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :)

Alhamdulillah, perut pun dah kenyang lepas santap makanan tengah hari yang ditaja khas oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Heee ... Yang sebenarnya harini kitorang ada Mesyuarat Pengurusan Bilangan 1/2013. 

Harini, tiba tiba nana terfikir tentang satu isu. Isu yang mungkin dikatakan biasa tapi kadang kala boleh jadi srius kalau dibiarkan. Mungkin akan ada yang makan hati atau terjun lombong (kononnya nk bunuh diri ler) .. hahahaa ... Okay, jangan biarkan korang tertanya tanya tengtang apa isu nya. Politik di tempat kerja atau lebih sinonim dengan gelaran office politic . 

OFFICE POLITIC, orang kata benda ni lumrah dan biasa berlaku tak kira dekat mana kita bekerja. Asalkan kerja kita dalam ofis, maka tak boleh lari dari kegiatan-kegiatan politik yang berlaku dlaam pejabat, tak kira lah secara terus, atau halus.

Kenapa ya?? Politik ni berlaku? Padahal semua orang dah serba maklum yang politik ni kotor, perlu dijauhi sifat negatif tu . halo, ofis kan tempat kerja .. tempat kita cari makan .. kalau kat ofis nak main kotor, boleh tak kalau nak samakan - apa yang kita makan tu pun KOTOR .. hahhaa .. baik fikir-fikirkan. Sebab bila orang lain yang buat, kita nampak aje. Tapi kalau diri sendiri - mana nak perasan. Tak adil lah kalau nak kata orang lain aje yang makan "REZEKI TAK BERKAT".

Mungkin mereka ni ada KEPENTINGAN PERIBADI, atau GILAKAN KUASA, atau SUKA MEMPENGARUH ORANG LAIN dan yang paling best sekali, selalunya diorang ni bukan nya rajin. bukan yang terbaik. bukan yang cemerlang . Cuma pura pura, berdrama rajin padahal, dialah manusia yang PALING MENGELAT DALAM NAK BUAT KERJA.

Cara diorang nak berpolitik pun macam macam. Ada yang jenis GOSSIP. Biasanya gossip girl lah. Yang ni bahaya .. gossip gossip lepas tu salah cakap salah maklumat .. tak pasal pasal gossip kecil jadi besar. Yang puji jadi kutuk .. confident aje cakap colleague tu "BODOH", "TAK PANDAI BUAT KERJA", "MALAS", "KAKI AMPU" dan macam macam lagi lah. hhmmm ..

Satu lagi yang jenis kuat mengadu. Memang satu penyakit. Sikit sikit nak mengadu dekat boss. Sampai benda kecik pun nak mengadu dekat boss. Kalau benda yang diadu tu serius, atau boleh jejaskan produktiviti organisasi tak apelah. Ini, kawan minum teh tarik 3in1 waktu pejabat pun nk diadukan. Bukan hal besar pun . Please ... Janganlah buat orang meluat . Wwuuekkk !! Nak muntah !!

Susulan dari Gossip Gossip dengan adu mengadu tadi, timbullah pulak rasa tak puas hati . Haaaa .. Yang ni pernah jadi kat nana . Bila tak puas hati, mulalah manusia ni saling balas membalas .. Yang sana keluar pedang samurai, yang sini sibuk acu M16 .. tak sudah lagi yang sana tak nak kalah kluarkan BOM TANGAN .. Sebab dia punca isu, takkan nak ngaku dia buat cerita kot .. dan since itu, mata masing masing celik, besar membulat. Bukan sebab focus bab kerja.. Tapi focus nak memerhati mencari salah orang. Nak buat evidence kununnya.. HHHaaiishhh .. 


T I K A M   B E L A K A N G


Cuma Allah. S.W.T aje yang tahu betapa susahnya nak bekerja dalam satu enviroment yang mana manusia disekitar ni asyik nak cari salah orang, nak mengadu pasal orang, tak puas hati atau dalam bahasa kampungnya "hati busuk sama orang". Susah .. Yea .. Ini sangat sukar.