Monday, August 14, 2017

TIPS KEPADA PEMBELI RUMAH

Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah
Pastikan Pemaju Perumahan:
  • Mempunyai lesen yang sah dan masih berkuatkuasa
  • Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih berkuatkuasa
Status Tanah
Pastikan status tanah:-
  • Hakmilik Kekal / Pajakan (Tempoh tamat)
  • Rezab Melayu.
    * Semakan dibuat secara carian di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.
Brosur Penjualan Rumah
Brosur / risalah boleh didapati secara percuma daripada pemaju.
Kandungan brosur:-
  • Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;
  • Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku;
  • Nama dan alamat:
    • Pemaju perumahan berlesen
    • Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada)
    • Pemegang surat kuasa wakil (jika ada)
    • Syarikat pengurusan projek (jika ada)
       
  • Status tanah:
    • Pegangan Bebas
    • Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan
    • Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.
       
  • Deskripsi kedudukan
    • Spesifikasi bahan binaan rumah
    • Luas bangunan
    • Kemudahan/perkhidmatan
       
  • Nama projek perumahan;
  • Tarikh projek perumahan dijangka siap;
  • Harga jualan setiap jenis rumah;
  • Bilangan unit mengikut jenis rumah; dan
  • Nama Pihak Berkuasa Tempatan (pelan bangunan dan nombor rujukannya).

Surat Perjanjian Jual Beli (SPJB) dan Jenis Rumah
  • Jadual G - SPJB untuk tanah dan bangunan (landed property)
    • Banglo, Rumah Berkembar, Rumah Teres
  • Jadual H - SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Bangunan Berstrata)
    • Kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar.

Bayaran Pertama
  • 10% daripada harga rumah
  • Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama
  • Tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama.
    Amaran:
    • Pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran.
      • Tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.
      • Ansuran kepada pemaju yang tidak disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.

Faedah Yang Dikenakan
  • Pembeli akan dikenakan faedah 10% sekiranya
    • pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran.
    • Faedah dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.

Prosedur Pembatalan Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB)
  • SPJB boleh dibatalkan jika pembeli gagal membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari.
  • Pemaju bertanggungjawab menghantar Surat Berdaftar (A.R.) kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan SPJB. (subfasal 10(1)(a), 10(2) dan 10(3) dalam Jadual G atau Jadual H, Perjanjian Jual dan Beli)

Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur / Harta Bersama
Pembeli perlu membayar:
  • kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa Berkenaan atau Badan Pengurusan Bersama (bagi bangunan berstrata).
  • Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:
    • Bagi tanah dan bangunan
      • Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi pemajuan perumahan berkenaan.
    • Bagi bangunan berstrata
      • Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi bangunan berkenaan.

Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan
Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:-
   
- Tanah dan bangunan
  1. Bayaran Perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab jalan.
  2. Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  3. Kadar Bayaran Pendahuluan sebanyak
  • 6 bulan pada masa mengambil pemilikan kosong.
  • Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Tempatan, apa-apa pembayaran selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.
    
- Bangunan berstrata
  1. Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama:
  • Bermula apabila pemilikan kosong diambil.
  • Deposit satu (1) bulan
  • Tiga (3) bulan pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan.
  • Apa-apa bayaran kemudian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu
  • Wajib dibayar kepada pemaju sehingga penubuhan suatu Badan Pengurusan bersama di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) atau
  • Sehingga Badan Pengurusan Bersama (Management Corporation) di tubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata (Akta 318) 1985.
   
* Peringatan: - Pembeli wajib membayar selaku pembeli / pemilik petak.

Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)
Bangunan berstrata sahaja.
Pembeli perlu membayar :
  • 10% daripada bayaran perkhidmatan
  • Bermula pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak.
  • Deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan.
Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain
Pembeli perlu membayar:
  • Cukai tanah, kadaran,
  • cukai taksiran dan
  • bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.

Tempoh Pemilikan Kosong
Pemaju perlu menyerahkan :
  • Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
  • Dalam tempoh kalendar dari tarikh SPJB : 
    • 24 bulan (bagi tanah dan bangunan) dan
    • 36 bulan (bagi bangunan berstrata).

Syarat-Syarat Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)
  • Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan / gadaian.
  • Syarat-syarat VP :-
    • Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:
      • Bangunan tersebut telah siap.
      • Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
      • Pemaju telah memohon:
        • Pengeluaran CFO melalui Borang E *
        • PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan diterima oleh PBT.
  • Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT.
  • Kerja ubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta kelulusan pelan oleh PBT.
  • Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan.
  • Pastikan anda mendapat salinan aduan (Untuk kegunaan TTPR).
* Borang E adalah permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk pengeluaran CFO.
 
Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Bangunan Berstrata
  • Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.
     
  • Perbadanan pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara keseluruhan bangunan dan harta bersama.

Bayaran Gantirugi
Pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi:
  • Sekiranya gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli
  • Dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.

Tempoh Liabiliti Kecacatan
  •  
24 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.
  • Pemaju dikehendaki membaiki kecacatan yang diadukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan aduan.
  • Selepas tamat tempoh 30 hari, jika pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan pembeli perlu memaklumkan kepada pemaju kos perbelanjaan yang diperlukan untuk membaiki kecacatan tersebut.
  • Pembeli perlu menghantar notis aduan secara bertulis melalui pos berdaftar atau melalui peguamcara pembeli.
  • Selepas 14 hari dari tempoh pemakluman kos tersebut jika pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan pembeli berhak mendapat balik wang daripada pemaju kos membaiki melalui memotong wang bayaran 5% seperti tercatat dalam Jadual Ketiga Fasal 4 (1) sebagaimana tercatat dalam SPJB yang dipegang oleh peguamcara pemaju.

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
    • TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi/ pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat.
    • Tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas
    • tarikh Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) atau
    • Tamat Tempoh Liabiliti Kecacatan (Defect Liability Period) seperti dinyatakan dalam SPJB
    • Tuntutan tidak boleh melebihi RM 50,000.

    Pengarah
    Bahagian Penguatkuasaan
    Jabatan Perumahan Negara
    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Aras 30, No.51, Persiaran Perdana
    Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62100 Putrajaya
    MALAYSIA

    No. Telefon     : 603 - 8891 4410
    No. Faksimile : 603 - 8891 4045
    E-mel  : enforcement@kpkt.gov.my

    Monday, February 20, 2017

    GANTI PUASA

    assalamualaikum.

    harini nak masuk hari ke-4 nana ganti puasa ramadhan, memandangkan bulan ramadhan yang lepas burn 30 hari sebab dalam pantang.  alhamdulillah setakat ni production susu maintain. by the way mommy masih pening lalat fikirkan aqil tak mahu botol. alahaiii anak.

    badan pun OK. tak lemah tak angin tak pening tak pitam cuma bibir kering. nana just kne make sure nana cukup makan pada malamnya dan sahur untuk bagi tenaga keesokan hari.

    so, nak ucap semoga berjaya kepada diri sendiri. kita buat selagi mampu.

    hancur lebur plan diet bila puasa. berbuka aje macam macam nana sebat. mat aqil pun sengeh tumpang suap dari mommy.

    entah kenapa selera dua tiga hari ni nak makan snack dengan fast food je.


    mommy taaaa kuattttt !! hahhahaaa ...