baru-baru ni nana keluar bersuka ria . jumpa kawan-kawan lama di kenduri seorang kawan baik. seronok sungguh bila dah lama tak jumpa. macam-macam cerita suka duka kami kongsi bersama. namun kali ni nana tertarik dengan cerita si gadis (siti bukan nama sebenar). seorang yang cukup sopan dan penyabar. akhirnya berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang guru.
" SELAMAT PAGI CIKGU "
karier siti bermula sebagai sementara. guru sandaran dan alhamdulillah ade rezekinya, dia dah menjadi seorang guru tetap sekarang ni. tapi apa yang menarik tentang status guru/cikgu itu...?
" HARINI HARGA GETAH NAIK CIKGU"
Siti berumur lebih kurang 25 tahun. dia begitu berminat untuk menjadi seorang pendidik namun dia tidak suka kepada pelajar yang tidak menghormati gurunya dan tidak mahu memajukan diri. Siti pernah mengajar di Sekolah tadika. Sekolah Menengah dan kini Siti mengajar di Sekolah Rendah di Perak. Siti adalah guru kepada murid-murid khas. Pada mulanya aku agak terkejut mendengar "anak murid khas itu". Dulu di sekolah rendah nana ade kelas untuk anak-anak khas ini. Budak-budak nya memang nampak sangat nakal dan begitu menyusahkan. Kencing berak tak kira dimana. air liur sentiasa meleleh. makan hingus.. geli kadang-kadang melihat keadaan mereka. terasa mereka itu sangat bodoh. jijik. namun hari ini Siti tekah menerangkan segalanya tentang anak - anak khas ini.
Siti mula membuka cerita tentang anak muridnya. "macam-macam ade.anak melayu, anak cina, anak india dan kaum lain juga". tapi kita jangan pandang hina kepada budak2 ni. diorang pun manusia juga. kadang-kadang ade sesetengah perkara yang mereka lagi bagus dari kita. setiap mereka sangat unik. mereka mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. lebih-lebih lagi keluar, rakan-rakandan guru.
"APA YANG TERPENGARUH...?"
kisah 1 - anak murid istimewa ku
dia merupakan seorang pelajar yang baik.boleh menerima segala yang diberi. namun lemah sedikit di dalam matapelajaran matematik. boleh menambah namun agak lemah dalam menolak darab dan bahagi. apa yang itimewa tentang pelajar jenis ini. mereka cepat tangkap dengan isu semasa. contohnya :- Ali (bukan nama sebenar) sering menceritakan isu semasa kepada Siti (cikgu kegemarannya). Ali boleh membaca. Ali akan menceritakan apa yang dibaca didalam surat khabar pagi tadi kepada Siti. Siti tidak dapat melupakan kisah yang sungguh sebak namun berjaya mencuit hatinya. ali berkata kepadanya,"cikgu, saya sangat gembira hari ini." cikgu Siti bertanya kepada Ali "bagus lah kalau kita berasa gembira. tapi kenapa...?apa yang sangat menggembirakan ali...?" Jawapan Ali : "harga getah naik cikgu. Ayah dan emak mesti seronok dan mereka tidak perlu risau tentang pendapatan lagi". ali merupakan anak kepada penoreh getah. sedih bukan. seorang anak istimewa memikirkan tentang ibu bapanya. tapi anak - anak yang sihat..? ibubapa dibuang entah kemana.
....... bersambung (dah ngantuk lah)
No comments:
Post a Comment