Thursday, January 14, 2010

GERAM

Aku tak suka cakap benda berulang-ulang.

Bila aku bagitau benda yang aku tak suka, tolong jangan buat.
Bila aku bagi nasihat, sila fikir bulat-bulat.
Bila aku dah senyap, sendiri mau ingat.

Tapi dalam banyak-banyak hal, aku menyampah bila orang minta nasihat tapi dia taknak dengar. Maksudnya, kamu dah bagi nasihat berbakul-bakul tapi dia tetap macamtu jugak.

Membazir air liur aku je.

Lagi-lagi bila dia ada masalah dengan boyfriend. Padahal kita dah cakap macam-macam dan dia pun beriya-iya mengiyakan apa yang kita cakap. Kemudian kata, "oklah aku akan tinggalkan dia". Tapi esoknya, mereka masih bersama. Dan seminggu selepas itu dia datang jumpa kamu semula dan ceritakan masalah yang sama.

Ye, masalah yang sama.

Aku tak faham lah. Lain kali kalau rasa nak bersama sampai mati, jangan tanya lagi pendapat orang lain sampai menyakitkan hati. Kau terima jelah apa pun pukulan, sepakkan yang boyfriend kau bagi.

Tadah je sampai bernanah.
Sebab bila kau asyik cerita yang sama, kau buat aku jadi menyampah.

Akhir sekali aku nak ingatkan, walau macamana pun masalah kita. Jangan lah sampai mengganggu gugat orang sekeliling, kerja di pejabat dan juga hubungan baik orang lain. Tak baik simpan HASAT DENGKI kat orang. Kau yang cari masalah, pandai-pandai lah kau selesaikan. Harap kau faham dan aku nak benda ni berakhir sampai sini je. Tolong jangan hantui hidup aku lagi. –END-

1 comment: