Best ke jadi anak sulung?
1. Kecil-kecil lagi, anak sulung dah diberi tanggungjawab jaga adik. Tak kisah, kau ada orang gaji ke, mak kau surirumah ke, nenek kau jaga kau kat kampung ke...tapi kau tetap kena take care of adik kau..kan.
Kalau mak bapak tak de kat rumah, nana kena jaga adik, bagi makan, mandikan dan lain-lain. Paling tak best sekali kalau dah setting dengan membe-membe nak keluar outing, tetibe mak dengan ayah ada hal penting nak keluar. So keinginan nak keluar tu terpaksa dilupakan aje. Sebab kena jaga adik. Perasaan time tu nana aje yang yang tahu. Kalau dengar je budak-budak tu bergaduh or ade ape-ape yang tak kene. Abes satu kampung dengar suara nana nih. Hahahaa.. (iyea ke?)
2. Kalau ade adik kecik. Tengah lepak-lepak tengok TV. Lepas makan tengah hari pulak tu. Mak panggil. Mintak tolong mandikan adik – cebokkan adik berak – or teman kan adik berak kat toilet. Serius tak cool. Bertambah pulak dengan perasaan malas yang mana baru lepas makan sekenyang kenyangnya. Kengkadang tertanya-tanya bila lah nak besar budak nih. Tak sabar betul nak tengok budak ni uruskan diri die sendiri.
Yeyen. Ala, Nola and Amurd, you owe me for this.
3. Oh, tugas pembantu dapur sudah tentulah nana punya. Dari basuh pinggan mangkuk, ke potong bawang, ke goreng kacang, ke potong timun, basuh cili, kopek telur...eh macam nak masak nasi lemak je mak aku ni :p
Umur 14 tahun aku dah masak sambal tumis untuk makan tengahari wehhh. Okay my point is, Ala and Nola, that's why I know what, how, when and where in the kitchen. Kalau nak buat makan-makan, nana aje lah yang kene tolong mak. Menu kegemaran diorang Rendang. Kerja paling leceh - off course Goreng kerisik. Paling menyampah bila kene Potong daging-ayam semua. Adik-adik yang lain boleh tengok TV aje..lepas tu mereka akan terlena dibuai mimpi indah. Nasib baik nana tak reti anyam ketupat. Hahaaaa...
4. Kalau bergaduh adik-beradik dah tentu nana yang kalah bila mak bapak masuk campur. Especially, kalau adik tu anak kesayangan mak kan. My Parents selalu cakap “ yang TUA kene lah beralah dengan yang MUDA” – tak suka tol wordin ni.
I know you are smiling Aan.
5. Bila dah boleh memandu kereta, kena ambil/hantar adik kat sekolah and kolej. Sekolah tak nak kalah, nak sekolah yang ada nama aje. Ambil/hantar adik kat Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS). Ambil/hantar adik kat kolej. Amik/hantar asik g kelas tambahan malam kat sekolah die. Amik/hantar adik pergi Tadika. Then bawa mak pergi pasar beli lauk untuk masak. Kadang-kadang tu kene shop by my own. Time tu kabuit lah tak taw nak beli apa untuk mak masak. Kalau tak sempat/malas masak beli bungkus je lah. When school holiday coming nana kena bawa adik-adik pergi jalan. Kena tolong carikan maklumat kat internet sebab adik-adik nak buat folio Sejarah dan lain-lain. Kena pergi CC print kan kerja sekolah adik. Kena beli topap adik setiap minggu supaya line telefon die sentiasa aktif. Kena beli stationery adik masa tengah outting dengan Zaza. Selagi tak settlekan kes-kes yang melibatkan adik-adik ni. Selagi tu hati si sulung ni tak tenteram. Okay over. (-_-“)
Jadi, best ke jadi anak sulung?
Actually ------> Best!
Sebab sekarang nana boleh suruh korang semua buat kerjaaa. Yeah!
Nola pernah cakap, “Eee, nana ni..suka hati je nak suruh.”
Hey, aku kan kakak! (by the way adik-adik nana tak penah pon panggil nana KAKAK)
No comments:
Post a Comment