Thursday, February 17, 2011

ZAMAN BILA EH..?

Al kisah di zaman serba moden ni. Terkejut beruk nana. Suatu hari, nana ditugaskan untuk menyediakan folder dan lampiran untuk sebuah mesyuarat yang akan diurusetiakan oleh bahagian nana. itu tak jadi masalah walaupun kerjanya agak remeh temeh dan kami dah kesuntukan masa. Syukur ada kawan-kawn yang sedia membantu pabila susah. Yan & Maulana. Tapi masalahnya disini Satu-satunya mesin pencetak di pejabat Nana ni dan rosak. Masalah hardware. Memang tak boleh diperbaiki oleh technician di sini. Tiba-tiba dapat idea. Nana masuk ke pejabat seorang pegawai kanan ni. Nana nak minta kebenaran dia untuk pinjam mesin pencetak (printer) di bilik dia memandangkan pegawai ni langsung tak de menaip apatah lagi mencetak. Jadi mesin pencetak dalam bilik dia tu hanyalah sekadar hiasan tak salah kalau bagi nana pinjam kan. Teliti dialog kami :-

Nana : Encik Pegawai, saya nak pinjam printer encik pegawai boleh?
Saya nak buat folder utk Meeting Keutuhan. Printer saya rosak .

Encik Pegawai : Ohhh....printer saya tu pun rosak. Takde BATTERY .
Kkkkaaahhhhhhkkkaaahhhh!! siot lah...

3 comments: