Sunday, October 7, 2012

WANITA TIDAK SEMESTINYA MEMERLUKAN LELAKI

wanita tidak semestinya memerlukan lelaki
tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan
cinta itu anugerah
mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya?
untuk beberapa waktu dahulu

fikir sambil memukul-mukul kepala
apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? 


bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat
berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus 

dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan


cinta tidak datang dipaksa-paksa
cinta tidak juga datang kala kita mahukannya
jika kita mahukan ia menjadi air
ia datang seperti apitetapi
jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan
seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga

lelaki yang baik itu tidak turun dari langit 


lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap janggut selambak 
atau harta membuak-buak

tetapi lelaki yang baik
jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat
membimbing kelakuan kita
menjaga kemurnian kalbu bersama-sama
mendidik
membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana
dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya


dia akan datang apabila tiba masanya
lambat atau cepat
Allah itu yang lebih mengetahui. kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya

dia menyempurnakan kita

namun
tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina
selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek
wanita harus bersedia menerima
kehodohan kehodohan perhubungankerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita 
untuk sepanjang hayat
bererti kita harus juga mempersilakan sekian masalahnya
berbaring di bahu kitatidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita

yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin

lelaki memang mendatangkan bahagia
tetapi 
lelaki juga mendatangkan sengsara

namun jika kita bijak menatangnya
semuanya pasti baik-baik sahaja
itulah adat dalam perhubungan

yang buruk-buruk pasti ada. 
mungkin daripada si diaatau diri kita sendiri
tetapi kita harus cermat mengimbangkannya 

agar jodoh berkekalan ke hari tua

bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa 
tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak
jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia 
tanpa restu ibu bapa

maka ada baiknya anda menyerah kalah saja
walaupun tidak saling memiliki dan cinta tidak diwali dan dinikahi
anda dan dia tetap bersama di dalam hati
mungkin sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain 
untuk dibawa pulang menemui ibu bapa
dan semoga lelaki yang dipilih

melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri
kita dicipta dengan kemuliaan syahadah
kerana benih seorang lelaki
kita ini tersenyawa
dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar 

dari rahim ibu untuk melihat dunia
kerana benih seorang lelaki
kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia
dan mencari seorang lelaki untuk dicintai
sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa

dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta
kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki
tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki
tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki tetapi 
kerana 
ciptaan Tuhan itu indah
kita terbit daripada rusuk lelaki
bukan dekat kepala untuk dijunjungi
bukan dekat bahu untuk membebani
bukan dekat lengan untuk dijulangi
bukan dekat jari untuk disakiti
bukan dekat pinggul untuk dihenyaki
bukan dekat lutut untuk ditindihi
bukan dekat kaki untuk ditunggangi
tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia disayangi dan dicintai 


andai lelaki itu burung yang terbang

kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya 
tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi
maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata
kita mahu menjadi bunga menghias sayapnya
kita mahu terus bersama-sama terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka
sehingga jalannya yang paling hujung
sehingga kita tua, rapuh dan mati 
tetapi kita bahagia dalam dakapannya

semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment